Thursday, December 30, 2010

minat atau hobi

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. pada kali ini, saya akan bercerita tentang hobi saya pada masa lapang. sejak di bangku sekolah lagi,  minat atau hobiku adalah membaca. bahan bacaan yang saya minati adalah seperti bahan2 yang berunsur keagamaan, motivasi, novel, cerpen dan tidak ketinggalan juga berita-berita atau hal ehwal semasa. selain itu, saya juga gemar melayari internet. hobi terbaru saya ialah membaca blog dan juga mendownload lagu terutamanya lagu nasyid. sekian sahaja buat kali ini....

Tuesday, December 28, 2010

keputusan muktamad

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blok sekalian. terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya. untuk pengetahuan rakan2 sekalian, saya akan menjalani latihan mengajar selama tiga bulan yang akan bermula pada 16 januari. keputusan penempatan praktikum telah pun dikeluarkan oleh  pihak maktab dan inimerupakan keputusan akhir. saya telah diarahkan untuk menjalani latihan mengajar di SKPK Princes  Elizabeth Johor Bharu. berbagai perasaan yang entah apa-apa melanda diri setelah mendapat tahu tentang berita penempatan praktikum tersebut. rasa risau pun ada, sedih dan takut turut melanda. kadang kala datang juga rasa gembira kerana ku yakin akan dapat mencari pengalaman dan maklumat baru apabila berada disana nanti. entahlah, apabila mengenangkan cabaran yang bakal mendatang, tiba-tiba hati ini dilanda  pula rasa       risau dan takut untuk kuhadapi semua itu. maklum sajalah, bagiku yang belum ada pengalaman mengajar dan ditambah pula aku pun tidak pernah menjejakkan kaki di situ. tetapi syukurlah kerana aku ditempatkan di sekolah pendidikan khas, rasanya mudahlah sedikit untuk kupelajari macam mana untuk bergerak di kawasan sekolah itu. aku harap agar segala urusan akan dipermudahkan berkat sokongan, usaha, doa dan ikhtiar sehabis daya. walaupun berat untuk kutempuh   dugaan ini, aku yakin disebalik kesukaran, pasti ada kesanangan dan setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. ku harap rakan2 dapatlah membantu memberi sokongan dan dorongan serta doa yang tulus ikhlas. bagiku, ini merupakan cabaran baru dan pengalaman baru kepada diriku. sekian buat kali ini. wassalam.

Saturday, December 25, 2010

coretan kenangan 2010

sedar tak sedar, kita akan memasuki tahun baru 2011 tidak lama lagi. begitu cepat masa berlalu namun apakah kita sudah memanfaatkan masa yang berlalu itu dengan sebaik2nya? antara kenangan dan pengalaman aku sepanjang tahun 2010 pada bulan januari 2010, aku telah menghadiri beberapa sesi temuduga. maklumlah pada masa itu aku sedang mencari kerja. melalui temuduga itu, aku dapat belajar banyak perkara dan pengalaman baru, contohnya, bagaimana untuk berkomunikasi  secara formal dan berkesan. ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain dan juga apabila berada di khalayak ramai. alhamdulillah, pada bulan februari 2010, aku telah terpilih untuk mengikuti kursus persijilan tahfiz OKU di darulquran, jakim, yang terletak di kuala kubu baru, selangor. kursus tersebut merupakan kursus selama 6 bulan untuk mendapatkan sijil tahfiz. para peserta kursus disyaratkan untuk menghafal sebanyak 6 juzuk Alquran  iaitu bermula dari juz 1 hingga 6 dalam tempoh tersebut. selain itu, mata pelajaran lain turut diajar, termasuklah bahasa Arab, Feqah, tauhid, tajwid, dan tarannum. para peserta juga akan dibiayai oleh pihak Jakim dari segi asrama dan elaun turut diberikan. kepada rakan2 oku masalah penglihatan yang berminat, terutamanya yang lepasan spm, dialu2kan untuk mengambil peluang ini. kemudian, pada bulan april 2010, aku terpilih untuk menghadiri satu lagi sesi interview iaitu temuduga Kursus perguruan lepas ijazah (KPLI). sesi interview kali ini amat mencabar dan menguji minda. namun alhamdulillah, aku telah cuba untuk buat yang terbaik sedaya upayakuu. beberapa minggu kemudiannya, keputusan temuduga diumumkan. alhamdulillah kali ini rezeki Allah sekali lagi menyebelahi diriku. aku telah terpilih untuk mengikuti kursus KPLI pula selama setahun. sekali lagi hati dan mentalku teruji apabila terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan kursus tahfiz dan juga kursus kpli. setelah berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk mengikuti kursus KPLI dan terpaksalah menarik diri dari kursus persijilan tahfiz yang sedang aku ikuti ketika itu. aku berasa sedih juga dengan keputusan yang aku buat namun, aku bersyukur kerana telah mendapat ilmu asas tentang teknik menghafal Quran dengan betul dan ianya amat berguna kepada diriku. pada 28 jun, aku telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus KPLI di institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas di jalan yaacob latif, cheras. sesungguhnya, kursus ini amatlah mencabar. persediaan untuk menjadi guru, bukanlah sesuatu yang mudah, fizikal, mental, emosi, rohani dan emosi perlu dilatih dan didik dengan baik sebelum kita mendidik anak bangsa pada masa akan datang. apa pun dugaan dan cabaran yang mendatang, aku akan tempuh demi satu niat suciku iaitu untuk membantu golongan senasibku agar menjadi insan yang berguna kepada negara dan   dipandang mulia dalam masyarakat.
  

Thursday, December 23, 2010

persiapan untuk kembali ke maktab

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian. pejam celik pejam celik tak sedar cuti semester aku sudah hampir sampai ke penghujungnya, cuma berbaki lagi seminggu sahaja. semalam aku telah pergi membeli belah di carefor ditemani oleh rakan zaihasra yang merupakan kawan lamaku sejak sekolah lagi. aku membeli sedikit barang-barang keperluan untuk kubawa ke maktab nanti. aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa orang kawan yang sanggup membantu di kala aku dalam kesusahan. antara rakan-rakan baikku yang satu sekolah denganku ialah hidayah, syikin, farah, mas, dan zai. kami selalu keluar bersama2 apabila masing2 ada kelapangan. pada 3 hb 1 nanti, aku akan memulakan semester baru kursus yang amat  penuh dengan cabaran. bulan depan juga, aku akan menjalani prakctikum selama 3 bulan tetapi tempatnya belum diketahui lagi di sekolah mana aku akan ditempatkan sebagai guru pelatih. aku berasa amat risau untuk berhadapan dengan cabaran ini. tetapi aku yakin, setiap ujian yang Allah berikan kepada setiap hambaNya adalah mengikut kempuan, seperti firman allah dalam surah albaqarah, allah tidak akan bebani seseorang hambanya melainkan apa yang terdaya olehnya. sekian sahaja buat kali ini, wassalam.

Thursday, December 16, 2010

bercuti di rumah nenek

sudah lebih seminggu aku berada di rumah nenek. ini merupakan salah satu pengisian aktiviti cbersempena cuti semester yang panjang ni. di sini, tak banyak perkara yg aku lakukan setiap hari. dalam erti kata lain, memang cuti dan rehat sungguhlah. masau seharian banyak dihabiskan di depan laptop je lah seperti membaca cerpen, membaca email dan akh bar. kadang-kadang tu aku rasa amatlah boring tapi apakan daya dah tak tau nak buat apa. selain mengadap laptop, aku sembang-sembang jugak dengan nenek dan bertandang ke rumah jiran-jiran. kalau ada cuti yang panjang begini, sudah menjadi kemestian bagiku untuk balik menziarahi nenek di kampung. ini kerana beliaulah insan yang telah menjaga dan memeliharaku semasa aku kecil dahulu. sungguh banyak jasa dan pengorbanannya terhadapku. sekianlah saja buat kali ini. terima kasih.

Tuesday, December 14, 2010

aktiviti semasa cuti semester

cuti semester kali ini aku bercadang untuk menziarahi rakanku Siti Atikah yang didapati menghidap penyakit barah usus. rakanku itu menetap di Pulau pinang. beliau telah hampir setahun  menderita menghadapi ujian tersebut namun setelah pelbagai usaha, ikhtiar, doa rakan dan keluarga serta tawakal kepada Allah, kini beliau didapati sudah hampir sembuh daripada penyakit itu. aku mengambil keputusan untuk pergi ke ipoh terlebih dahulu sebelum ke pulau pinang.di ipoh, aku tinggal di rumah kawanku dan juga merupakan seniorku di universiti malaya dahulu. pada 24 november bersamaan hari rabu, aku bertolak ke parit buntar dengan menaiki bas. kemudian setibanya di sana, salah seorang ahli keluarga rakanku itu telah mengambilku di stesen bas parit buntar. pada lebih kurang jam 5 petang, aku pun sampai di rumah rakanku itu. alhamdulillah, keadaannya sudah beransur pulih setelah hampir setahun menderita sakit barah usus tersebut. setelah beberapa hari berada di sana, aku bertolak ke ipoh semula dengan menaiki bas. pada 2 disember aku menaiki bas untuk pulang ke kuantan. aku terpaksa duduk selama hampir 10 jam di dalam bas. ini kerana bas itu telah melalui kl dan singgah di beberapa stesen di kuala lumpur untuk mengambil penumpang antaranya termasuklah stesen bas jalan duta, dan bukit jalil. sepanjang perjalanan, aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam karenah pemandu. pemandu bas itu bersikap tidak sabar dan sering mengeluarkan kata-kata kesat apabila berhadapan dengan keadaan jalan raya yang kebetulan jam teruk di kuala lumpur. selain itu, dia juga kerap kali menghisap rokok semasa memandu, langsung tidak menghiraukan perasaan penumpang yang terpaksa menghidu asap rokok yang menyesakkan dada dan hidung itu. sabar je la. pada kira-kira jam 7 petang, aku pun sampai di terminal makmur iaitu stesen bas kuantan. ayah dan ibu telah datang untuk menjemputku di situ. sesungguhnya, sesuatu pengalaman yang dilalui itu amatlah berharga dan dapat mematangkan pemikiran. sekian sahaja buat kali ini.

Monday, December 6, 2010

mari mengenali dan memahami tentang kanak-kanak buta serta keperluannya

Peningkatan Keupayaan Deria
1)    Kemahiran mendengar
·        Listening skills do not develop naturally but need to be taught through systematic programs of instruction. (Bischoff 1979, Margold 1982)
2)    80% maklumat yang diperoleh oleh individu normal adalah melalui deria penglihatan. (Best,1992)
3)    Mereka perlu memahami dan menyerapkan maklumat di persekitaran melalui bunyi dan bahasa, seterusnya membina dan menguasai kemahiran mendengar dalam pelbagai aplikasi.
4)    Kepentingan deria dengar dalam kemahiran orientasi dan mobility.
5)    Listening to material recorded on tape provides an efficient alternative medium to print & Braille for some study purposes.
6)    Highly developed listening skills can also help students to take full advantage of the opportunities for access to computers, electronic reading devices and talking calculators that synthesized speech provider.
7)    According to Welsh & Blasch (1980), the child develops auditory perception by:
·        Becoming aware of the sound.
·        Discriminating one sound from the another.
·        Identifying the source of the sound.
·        Attaching meaning to the sound.
8)    Harley et.al (1979) maintain that when listening to a text, the pupil with a visual impairment needs to be taught strategies which will enable them to:
·        Discover the main ideas
·        Recognize a sequence of events.
·        Predict outcomes.
·        Remember details from a complicated text.
·        Recognize stated / inferred cause and effect.
·        Recognize pivotal words that are cues to sequence, contrast, cause and effect.
·        Distinguish between text and opinion.
·         Appreciate shades of meaning expressed by various words.
·        Make value judgement (kekuatan, kelemahan)
·        Evaluate the source of the info.
·        Adjust the pattern of listening and thinking to the type of material and listening purposes.
·        Select summarize material pertinent to the listening purposes.
Kemahiran Takstual (sentuh)
1)    One vital developmental step is for the children to be able to place their hands together at the midline (Fraiberg, 1977)
2)    Seseuatu objek yang dipegang /disentuh dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Tidak menghasilkan penerokaan sesuatu objek yang berkesan.
Kemahiran visual
1)    Menggalakkan murid menggunakan penglihatan yang masih ada sepenuhnya dengan berkesan.
2)    Latihan awal stimulasi visual dapat merangsang dan meningkatkan perkembangan psikomotor dan perkembangan kognitif.
3)    As more and more visual stimulation occurs, the child will naturally begin to use vision with greater efficient.
4)    Persekitaran dan peralatan yang sering digunakan oleh murid bermasalah penglihatan boleh diadaptasi bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas/contrast. Cth:
·     Contrast things – kontras membolehkan mereka melihat sesuatu objek dengan lebih jelas.
·     Texture things
5)    Kemahiran menghidu dan rasa memainkan peranan penting kepada individu cacat penglihatan.
6)    Penggunaan dgn teknil yang betul bagi mengelak ‘socially unacceptable’.
7)    Bau dan rasa biasanya saling berkaitan (cth: apabila merasa sesuatu, dia juga akan membaunya).
8)    Oleh itu, bimbingan dan latihan adalah perlu. (cth: sesuatu yang menarik baunya tidak semestinya baik)
9)    Berikan bimbingan dan latihan utk membezakan bau dari pelbagai aspek dan kegunaan. (cth: makanan, persekitaran, keselamatan)
Pengajaran dan pembelajaran murid buta
1)    Kesediaan emosi dan tumpuan
·        Buta sejak lahir
·        Buta akibat hilang penglihatan – akibat deteriorating(merosot) vision/ a sudden lost of sight memberi kesan berbeza.
Keputusan sama ada print / Braille?
·        Murid bermasalah penglihatan/rabun
·        Peranan guru khas / kaunseling.
2)    Kesediaan bahasa dan pengalaman
·        Kefahaman bahasa
·        Kepelbagaian pengalaman
3)    Kesediaan persepsi
·        Kefahaman konsep terhadap ruang, masa, ukuran, bentuk.
·        Perbezaan sesuatu konsep, perkaitan antara satu sama lain dan kesannya.
4)    Kesediaan motor halus
a.    Aspek kesediaan kanak-kanak buta untuk membaca Braille.
·        Perkembangan motor, kemahiran mendengar, perkembangan bahas, dan kesedaran membaca.
b.    Perkembangan motor – wrist flexibility & finger dexterity, handed coordination, light finger touch, perception and line tracking skills.
c.    Kemahiran mendengar : auditory discriminating, sequencing and rhythm.
d.    Kemahiran bahas : berkaitan concrete understanding tentang bahasa yang didengar dan diguna oleh murid buta, concrete experience ‘concepts’ such as ‘ same & different, big & little, up & down, left & right’.
e.    Kesedaran membaca : meliputi aktiviti mendedahkan murid buta kepada  konsep membaca. (cth: melabel objek di rumah dengan kod Braille, ibu bapa membacakan buku cerita)
*Motivasi ialah kunci utama kejayaan dalam kemahiran Braille.















Tanggungjawab / Peranan Guru Khas
1)    Berkemahiran dlm komunikasi dan penggunaan peralatan khas.
2)    Berpengetahuan dan memahami implikasi pendidikan disebabkan keadaan penglihatan.
3)    Berpengetahuan terhadap perkembangan / keperluan kurikulum dan adaptasi.
4)    Berkemahiran dalam O & M, low vision, Braille.
5)    Berupaya menjalankan teacher consultant.
6)    Memahami perkembangan dan keperluan psikososial dan psikologi kanak-kanak buta.
7)    Berkemahiran dalam paper and record keeping.
Peranan guru sekolah khas
·        Tulis pindah
Peranan sebagai guru khas sepenuhnya
Peranan guru program integrasi
Peranan sebagai guru RESOS vs guru normal
·        Kerjasama antara guru normal dan guru RESOS
Program guru beredar (Itinerant teacher)
·           Beri nasihat kaunseling
·           Pertolongan kepada buta / rabun teruk.
Pengajaran kaedah membaca Braille
1)    Jenis2 pendekatan kepada proses membaca
2)    Firm & flat reading surface untuk memudahkan pergerakan tangan.
3)    Dalam keadaan selesa dan relaks.

Kod Braille Gred 1 & Gred 2
1)    Kefahaman tentang jenis-jenis kod Braille (BM,BI)
2)    Abjad, tanda angka, tanda huruf besar, tanda bacaan, pemendekan perkataan, tanda kata, tanda khas.
3)    Peraturan penggunaan kod Braille.
4)    Pernggunaan model sel – the first Braille word introduced to the child should be a familiar word. (cth: child’s name)
Modifikasi model sel
1)    Kedudukan titik timbul – eg : swing cell, track-tiles.
2)    Penggunaan nombor kepada titik timbul.
3)    Penggunaan kedudukan (titik atas, tengah dan bawah)
Spatial characteristics concepts
Cth : 
·        Y – has a big hole on the top left.
·        J – has a little hole at the top left.
·        R – have 3 dots on the left and one on the right.
·        E – slides down to the right.
Kemahiran mekanikal
1)    Pergerakan tangan dan jari.
2)    Finger pad.
3)    Maximum contact with Braille letter.
4)    Hands need to be arched slightly with the fingers at an acute angle to the reading surface.
5)    Angle of around 30° (Ashcroff & Henderson, 1963)
6)    The lightest of touch.
7)    The smooth scanning movement.
8)    Using index / middle fingers.
Efficient Tracking Skills
1)    Penggunaan jari kedua-dua tangan à lebih berkesan
2)    To ensure the hand travels straight along the line and to detect when the end of the line is approaching.
3)    With the right hand reading the second half of a line while the left finds the next line and reads the first part of it as soon as the right hand finishes.
4)    Back tracking and scrubbing.
5)    To aid in recognizing a Braille character but my develop into a bad habit that hampers efficient Braille reading. It mat indicate that the child requires more practice in recognizing certain characters / contractions. (Wormsley & D’Audrea,97)
Pengajaran kaedah menulis Braille.
1)    Mesin Braille
·        Fungsi dan bahagian-bahagian mesin Braille.
·        Kedudukan tangan dan jari.
·        Cara masuk dan mengeluarkan kertas Braille.
·        Teknik penulisan Braille.
2)    Slate & Stylus
·        Dots mesti terbalik.
·        Fungsi dan peralatan slate & stylus.
·        Cara penggunaan slate & stylus.
·        Meletakkan kertas Braille.
·        Teknik penulisan Braille.
3)    3 steps approach to beginning Braille instruction (Swenson, 94):
                      i.        Selecting beginning tactile sight words (go, I, have, like and will)
                    ii.        Teaching letters and numbers – dapat menghubungkaitkan/membanding beza huruf dan ayat seperti l dan like, huruf g dan go dan angka 7.
                   iii.        Introducing emergent reader books
-       murid membaca ayat / cerita yang dihasilkan oleh guru.
-       Penggunaan bahan-bahan seperti buku cerita yang ada perkataan, ayat dalam kod Braille.
4)    Menulis jurnal ialah aktiviti berkesan dalam proses pengajaran menulis Braille iaitu berdasarkan apa yang mereka ketahui dan alami à mengembangkan kemahiran murid berkaitan sebutan, bacaan dan penulisan.

Pengajaran dan pembelajaran Murid berpelinghatan terhad (Low vision)
Kecekapan penglihatan (visual efficiency) di pengaruhi oleh faktor2 tertentu:
·        Baki penglihatan yang masih ada
*      Tidak merosakkan apabila digunakan
*      Boleh ditingkatkan dengan menggunakan low vision devices – LVD yang betul
*      Penilaian tentang fungsi visual perlu bagi menentukan LVD

·        Pencahayaan

·        Kontras
*      Penting utk penggunaan penglihatan dengan lebih efektif
*      Penggunaan tekstur yang berbeza

·        Saiz objek – objek lebih besar mudah untuk dilihat/dikenal/dibeza
*      Memberi kesan kepada kecekapan visual murid
*      Locating and fixating on an object
*      Mengenal dan membezakan objek





Jenis-jenis Pencahayaan
·        Kepentingan cahaya
*      The most effective LVD is light (Mason, 1999)
*      Cahaya merupakan perkara utama dalam membantu individu rabun menjalani kehidupan harian
*      Dua jenis pencahayaan
*      Cahaya keseluruhan – cahaya matahari / cahaya dalam bilik
*      Cahaya tumpuan – dari satu sumber
Panduan penggunaan cahaya untuk mengoptimumkan deria penglihatan:
·        Pastikan ruang di sesuatu tempat dibekalkan dengan cahaya keseluruhan yang cukup
·        Dekatkan lampu dengan tempat kerja murid. Lampu yang diletakkan di sebelah kiri atau kanan boleh mengelakkan bayang-bayang.
·        Gunakan lampu meja boleh laras yang diletakkan di sisi bagi mengelak silauan.
·        Gunakan langsir atau blinds utk mengelakkan silauan cahaya dari luar tingkap.
·        Kurangkan penggunaan bahan bersinar yang boleh memberi silauan.
Modifikasi persekitaran dapat membantu murid rabun:
·        Meletakkan murid dekat dengan tingkap untuk memberikan cahaya yang cukup / sesuai.
·        Galakkan murid menggunakan pen bermata besar.
·        Cetakan besar (large print)
·        Galakkan murid menggunakan cermin mata hitam atau topi untuk mengurangkan silau apabila berada di luar bangunan.
Terdapat alat bantu (low vision devices – LVD ) untuk melihat objek dekat dan LVD
LVD dapat memaksimumkan penggunaan penglihatan yang masih ada dan dapat membantu menjalankan aktiviti harian dengan lebih mudah.





Alat-alat bantu low vision (low vision devices-LVD)
·        Alat-alat optikal
o   Dengan fungsi tertentu (cth: utk jarak dekat)
o   Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk
o   Perlu latihan untuk penggunaan berkesan (cth: kedudukan jarak mata dan cara memegang LVD)

·        Alat-alat bukan optikal
o   Penggunaan meja boleh laras untuk mengelak badan daripada membongkok
o   Langsir boleh menghilangkan silau
o   Penggunaan topi dan cermin mata hitam apabila menjalankan aktiviti di luar
o   Cetakan besar (large print)
o   Alat-alat bersuara
o   Telefon dengan bebutang huruf besar, dsb.

·        Alat-alat elektro optikal
o   Memberikan keamatan penglihatan paling luas dan pembesaran paling tinggi.
o   Harga yang mahal berbanding LVD lain.
o   CCTV, Optelec Clear Note, The optelec traveler. Dsb

Jenis-jenis LVD
o   Reading stands
§  Memudahkan bacaan
§  Mengelakkan badan membongkok dan mudah letih.
§  Reading stands boleh memberi keselesaan semasa membaca
o   Magnification devices
§  Penggunaan magnifikasi
Ø  Pilihan bahan bacaan menjadi lebih meluas dan bebas
Ø  Meningkatkan saiz objek
Ø  Decreasing the working distance to the object
Ø  Increasing the visual angle



§  Magnification devices
Ø  Basic low technology magnifiers
ü  Hand magnifier:
Paling popular dan ringkas untuk diguna. Perlu digunakan dengan betul untuk mendapatkan magnifikasi yang sesuai.
ü  Stand magnifiers:
Dengan lampu
Tiada lampu
ü  Flat  bed magnifiers
Juga dikenali brightfield magnifier
Pencahayaan yang baik
ü  Line magnifier
Aplikasi yang sama seperti flat bed magnifier
Ø  Mid –range technology magnifiers
ü  Spectacle mounted devices:
Di klip pada cermin mata. Boleh di flipped up.
ü  Telescopic devices:
Galilean- concave lens
Keplerian-  convex lens
ü  Fixed focus telescopes:
Dikenali sebagai finger ring telescope.
Untuk pandangan jarak jauh

Ø  High technology magnifier
ü  CCTV:
High degree of magnification
Dilegkapi dengan kamera tv, pelantar bergerak, dan monitor.
Monochrome atau warna.
Background boleh ditukar
Kepada hitam atau putih namun hitam dan putih lebih berkesan kepada murid yang bermasalah retinitis pigmentosa.
Iluminasi dan kontras meberi kesan keselesaan kepada murid bermasalah macular degeneration

Terdapat CCTV yang boleh dihubungkan dengan computer

ü  Electro magnification
Cth: Optelec Clear view desktop video magnifiers, optelec clear note, perisian MAGic, dsb.

Kriteria untuk menggunakan LVD
·        Aspek psikologi (cth: penerimaan) murid hendaklah ditkankan dalam menentukan alat bantu visual
·        Adakah murid mahu atau enggan menggunakan alat bantu visual tersebut?
·        Elakkan daripada memaksa murid – akan memberontak dan langsung tidak berminat tentang faedah penggunaan alat tersebut.
















RAJAH TIMBUL
1.    Rajah Timbul (tactile perception)
·        Tactile skills need to be taught in a systematic way from a very early age - kemahiran menyentuh perlu diajar sejak awal.
·        Tactile information is processed sequentially and a mental image of the whole is built up gradually through an accumulation of it parts.
·        Kebanyakan tactile diagram memerlukan penerangan awal sebelum ianya dapat digunakan dengan bermakna.
·        Penggunaan elemen tiga dimensi akan menyukarkan

2.    Guru khas perlu sedar – cara dan kefahaman yang berbeza antara murid buta dan murid normal dalam mendapatkan maklumat sesuatu rajah / rajah timbul.

3.    Bermula drpd mudah kepada kompleks agar eslari dengan kemahiran interpretasi.

4.    Teknik menggunakan rajah timbul dengan berkesan:
·        Spreading the fingertips of both hands across the top of the page and then running them down the page, to gain a general impression of where textures, lines and labels are located.
·        From reference points at the periphery (pusat), the fingers of each hand move in a clockwise spiral motion until the centre of the page is reached.
Prinsip Menghasilkan Rajah Timbul
Persoalan yang perlu diutarakan:
·        Apakah pengalaman sedia ada murid dengan penggunaan rajah timbul berkenaan?
·        Bolehkah maklumat yg sama diberi melalui cara yang lebih mudah? ( cth: melalui nota, sentuhan/raba model, atau objek sebenar)
·        Adakah maklumat yang diperlukan oleh murid telah ada dalam nota? Adakah rajah timbul redundant (bertindih)?
·        Bagaimanakah print diagram dipermudahkan tanpa tercicir maklumat yang diperlukan?
·        Bagaimanakah print diagram dapat diadaptasi dengan lebih berkesan bagi kegunaan murid buta?
·        Adakah lebih baik utk memecahkan maklumat print diagram yg kompleks kepada beberapa rajah timbul yg lain?
Adakah bahan yang akan dihasilkan merupakan one-off use (sekali guna / pakai buang) – dgn aluminium foil? Atau dijadikan bahan resos (mastercopy) utk kegunaan masa depan?
·        Perlu menggunakan bahan yang tahan lama ( cth: kertas pasir, wire)
·        Mastercopy – perbanyakkan salinan dgn mesin thermoform
·        Bagi rajah timbul yg simple dan one-off use – boleh gunakan german film.
·        Terdapat usaha beberapa buah Negara utk meyelaraskan penggunaan bahan dalam menghasilkan rajah timbul (cth: Scandinavia – embroidery canvas utk laut, RNIB menyediakan Notingham Map Kit).

Teknik menghasilan Rajah Timbul
Labelling
·        Memerlukan ruang yg lebih berbanding print labels
·        Gunakan Braille label secara paling minima – gunakan kekunci (use a key).
·        Letakkan Braille label di tengah bahagian symbol
·        Letakkan Braille label scr melintang (horizontally)
·        Bagi rajah tertentu, letakkan Braille label tambahan
Kekunci/ Petunjuk Rajah Timbul
·        Menghasilkan kekunci/ petunjuk yg konsisten amat perlu.
·        Edman (1992) mencadangkan :
·        Tajuk rajah hendaklah didahulukan
·        Kekunci/ petunjuk hendaklah disediakan pada masa yang berasingan
·        Simbol di sebelah kiri & penerangan di sebelah kanannya.
Pemilihan dan Penggunaan Bahan
·        Kebiasaannya pelbagai bahan yang digunakan seperti kertas pasir, dawai halus, jaring halus, tali, textured wallpaper, dsb.
·        Bahan-bahan tersebut dipotong mengikut bentuk dan ditampal.
·        Perlu disimpan dengan baik. Elak drpd terlekat.
·        Ciri ketahanan perlu diambil kira.
Vacuum forming
Rajah timbul asal (mastercopy) boleh digunakan utk memperbanyakkan salinan secara vacuum forming process- mesin thermoform,
·        Mempunyai alat pemanas gril
·        Mastercopy diletak atas tray  atau platen
·        Brillion diletak atas mastercopy
·        Letakkan frame dengan kemas
·        Pastikan braillon dan mastercopy sama saiz utk diletakkan pada metal frame tanpa ada sebarang gap.
·        Tarik bahagian gril utk memanaskan braillon (proses pemanasan dan penyedutan berlaku)
·        Tanda isyarat akan berbunyi menandakan proses vacuum telah selesai
·        Jika braillon atau mastercopy tidak diletak dgn betul, proses vacuum terjejas dan menghasilkan salinan yang tidak jelas.
·        Pastikan margin kiri dan kanan mastercopy lebih kurang 1.5 cm
·        Pastikan suhu panas dan tempoh vacuum bersesuaian
·        Teks Braille juga boleh diperbanyakkan dengan menggunakan mesin thermoform.
Kebaikan dan kelemahan menggunakan mesin Thermoform
Kebaikan
·        Penyenggaraan minima
·        Dapat perbanyakkan bahan Braille dengan mudah dan kos yang terkawal
·        Salinan yang tahan dan kalis air
·        Hujung simbol akan menjadi lebih jelas
Kelemahan
·        Mastercopy mengambil masa yang banyak utk disediakan
·        Penyediaan mastercopy memerlukan lebih banyak bahan spt gam, benang, kertas pasir, dll.
·        Mastercopy tidak semudah diperbanyakkan di kedai-kedai Photostat.
·        Mastercopy tidak mudah utk di updated atau diperbaiki.
·        Memerlukan tempat penyimpanan yg sesuai.
·        Memerlukan kemahiran menggunakan mesin thermoform

Penggunaan bahan microcapsular
·        Mastercopy disediakan dengan black outline di atas kertas A4
·        Kemudian diphotocopy pada microcapsule paper – special paper coated with microscopic plastic capsules containing alcohol
·        Kertas microcapsule akan dipanaskan – garisan / bahagian yg hitam akan menjadi timbul
·        Kertas microcapsule adalah mahal
·        Limitasi :
*      Simbol yg kecil menjadi tidak jelas
*      Salinan tidak tahan lama (boleh menjadi flat jika tertindih / tertekan dgn kuat)
*      Sesuai utk rajah timbul tertentu yang agak mudah.
Kebaikan dan kelemahan menggunakan microcapsule
Kebaikan
*      Mastercopy boleh disediakan dgn lebih mudah
*      Tidak memerlukan bahan seperti penyediaan rajah timbul
*      Mastercopy boleh di update dan dipinda dgn mudah
*      Mastercopy boleh disimpan
*      Mastercopy boleh diphotocopy dan digunakan oleh sekolah lain
Kelemahan
*      Peralatan yang mahal
*      Kos kertas microcapsule yg tinggi
*      Simbol kecil dan garisan yang berdekatan menjadi tidak jelas
*      Mudah rosak apabila kerap digunakan
*      Symbol mudah tercalar atau terpadam oleh jari
*      Kertas A4 berlainan saiz berbanding kertas Braille menyebabkan sukar utk disimpan.

Jenis penempatan program pendidikan
1)    Sekolah harian
2)    Sekolah asrama
3)    Integrasi
4)    Inklusif
Sekolah asrama
·        There is warden to take to hospital, buy ticket
·        The blinds ger 30% off for the bus ticket.
·        Masalah disiplin rendah.
·        Masalah social serius.
·        Cut hair.
Sekolah integrasi
·        Dalam sekolah normal
·        Seorang penyelaras dengan guru-guru khas.
·        Belajar dengan murid normal dan guru RESOS.
·        Teaching aids – rajah timbul dsb.
Sekolah inklusif
·        From integration school there are students competing.

Kognitif – aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
Afektif – perkembangan perasaan, emosi, kelakuan individu.
Psikomotor
·        Kasar – pergerakan tangan
·        Halus
Kognitif
·        Pemahaman konsep sukar bagi murid buta.
·        Sukar untuk kumpul pengalaman.
·        Ambil masa yang panjang untuk memahami objekdengan anggota badan.
·        Sukar untuk menerima maklumat dan menilai perkara yang abstrak.
·        Ketinggalan 3 tahun.
Afektif
·        Konsep kendiri kurang
·        Kecewa
·        Masalah bergaul mesra
Psikomotor
·        Kurang motivasi utk bergerak
·        Sukar melakukan pergerakan lokomotor seperti angkat kepala.
·        Takut utk bergerak
·        Masalah utk berjalan dan melakukan imbangan badan.
·        Gagal mengatur postur kaki.
·        Kurang latihan dan peneguhan sukar dijalankan.
Perkembangan kanak-kanak istimewa
·        Perlu ada rangsangan seperti latihan dan tunjuk ajar.
·        Ibu bapa, jiran, kawan dan NGO perlu memberi bantuan/pertolongan.
Kanak-kanak Buta
1)    Cacat penglihatan
·        Kurang stimulasi visual selepas pembetulan atau guna alat bantuan penglihatan.
2)    Kanak-kanak buta hanya mengatasi perasaannya semasa remaja.
3)    Kalau early interventation, kanak-kanak buta akan menjadi normal.
4)    Implikasi cacat penglihatan – social/emosi.
5)    Social/emosi – bahasa
6)    Kurang komunikasi – kognitif.
7)    Tidak menunjukkan tindak balas aktif terhadap rangsangan.
8)    Bayi buta hanya senyum/ketawa selepas 2 bulan.
9)    Kanak-kanak buta hanya belajar kemahiran lepas 2 tahun.
10) Kanak-kanak buta ada austic – stereotype / blindism.
11) Perkembangan motor dan deria
·        Perkembangan deria
·        Sentuh dan dengar ke tahap maksima
12)  Mereka tidak dapat menghubungkaitkan antara aktiviti / tindakan yang dilakukan. Cth: masalah dlm penukaran nilai spt jisim, isipadu, luas permukaan dsb.
13) Bayi buta yang 8-12 bulan, tidak dapat sebut perkataan pertama.
14) Kesan masalah penglihatan
·        Sukar utk mengumpul dan membanding pengalaman yg berbeza ttg sesuatu situasi/keadaan.
·        Bersifat animism, lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate.

15) Kerencatan –kognitif menyebabkan limitasi:
·        Pengalaman
·        Bergerak
·        Interaksi dgn persekitaran
16) Perkembangan
·        Bahasa
·        Emosi & social
17) Kekurangan
·        Kehidupan harian
·        Pengurusan diri
·        Pendidikan
·        Peniruan
18) Kesan-kesan kekurangan peniruan:
·        Ketinggalan – pertumbuhan terjejas
·        Mengalami masalah fizikal
·        Xfaham akan pendidikan
·        Kefahaman tentang makmal kurang
·        Bahasa isyarat
·        Tindak balas yang lambat
·        Self esteem dan keyakinan rendah
·        Pendedahan kepada lukisan kurang.
·        Penggunaan visual kurang
·        Aktiviti yang spesifik
·        Sukar utk meniru nilai-nilai murni sesuatu budaya dalam masyarakat.

1)    Intervensi Awal
·        Menyesuaikan diri dengan persekitaran, belajar kemahiran yang lebih, memaximumkan pengetahuan.
2)    Intervensi sejak lahir hingga 6 tahun melibatkan:
a)    Pendidikan asas sebelum sekolah
·        Orientasi & mobility
·        Braille
·        Interaksi social
·        Guna peralatan untuk membantu penglihatan
b)    Pemakanan
·        Penting, sangat perlu diambil perhatian. Cth: kalau makan terlalu banyak gula/ makanan ringan akan menyebabkan mereka (kanak-kanak cacat penglihatan) menjadi hiperaktif.
·        Beri makanan seimbang.
·        Kebanyakan kanak-kanak cacat penglihatan mengambil makanan yang berlebihan. (mengantuk).
Stereotypic
1)    Blindism – gerakan-gerakan khas.
2)    Faktor
·        Kurangnya rangsangan deria
·        Kurangnya sosialisasi – mencari rangsangan tambahan melalui tingkah laku stereo.
·        Kembali ke pola-pola tingkah laku kebiasaan bila mengalami tekanan.
3)    Kesan
·        social
·        fizikal.
4)    Pencegahan
·        Guru – beri ganjaran kalau kurang stereotaip
·        Ibu bapa
5)    Tindakan guru semasa p & p
·        Aktiviti yang seronok
·        Permainan
Peranan ibu bapa dan keluarga
1)    Mengenal pasti kesukaran yang timbul
2)    Hospital – rehab
3)    Daftar di JKM.
4)    Kad OKU
5)    Dapatkan perkhidmatan pemulihan
·        Hospital
·        Pusat pemulihan dalam komuniti
·        MAB
6)    Program intervensi awal.
7)    Beri sokongan moral dan kasih sayang.
8)    Rangsangan deria yang lain.
Perkembangan kemahiran motor:
·        Kasar dan halus / kemahiran fizikal.
·        Cth: guna manic masukkan ke dalam pancang besi (motor halus), berlari, melompat(motor kasar).
Penjagaan dan pengurusan diri
·        Mempunyai kebolehan mengawal diri yang terhad jadi perlukan pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan dan pengurusan diri.
·        Belajar untuk mengurus diri sendiri.
Intervensi social
·        interpersonal dan intrapersonal
·        melibatkan kaedah pembelajaran, melibatkan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kemahiran komunikasi dan interaksi social.
·        Sangat perlu untuk elakkan rasa rendah diri, pasif, menarik diri daripada bergaul dan meningkatkan keyakinan diri.
Perkembangan bahasa
·        Fonetik (bunyi) dapat mengesan masalah bahasa yang dialami memerlukan terapi.
·        Struktur ayat yang tidak diguna pada tempat yang sesuai à perlu diajar.
Pendekatan intervensi
1)    Berpusatkan guru
·        Guru menentukan teknik, memantau dan menilai.
2)    Berpusatkan pelajar
·        Pelajar memainkan peranan utama, guru hanya membimbing.
3)    Berpusatkan keluarga
·        Keluarga meminkan peranan utama.
Tracking – mata, kepala
Scanning – mata
Skimming – mata gerak.





Khidmat Sokongan
1)    Perkhidmatan pendidikan
2)    Alat bantuan penglihatan
3)    Alat bantuan pendengaran
·        Alat auditori
-       pita rakaman
-       talking pedometer
-       voice it all
-       talking food
4)    Kaunseling.
5)    Latihan kemahiran
·        Pusat dalam komuniti
·        MAB
·        Membimbing orang buta berdikari.
6)    Khidmat kerjaya
·        MAB - cari pekerjaan seperti menganyam.
7)    Khidmat perubatan – percuma di hospital kerajaan.
8)    Khidmat intervensi.
9)    Khidmat rehabilitasi.
Rahabilitasi
1)    Membantu individu dan keluarga
2)    Memahami, berdikari dan menyesuaikan diri dengan masalah penglihatan yang mereka hadapi.
3)    Rehabilitasi melibatkan:
·        Anggota – motor kasar dan halus
·        Kemahiran hidup – memasak, melibat baju, berkebun, menjahit, pengurusan diri.
·        Perubatan – fizikal dan mental
·        Penglihatan – baru ada masalah penglihatan.
·        Orientasi dan mobility – kira duit, jalan sendiri.
·        Kaunseling.
·        Social – pengasingan antara orang buta dan celik.
·        Komunikasi – orang buta cakap kuat.
·        Emosi – rungsing.
·        Fizikal – kecacatan – telinga, tangan, kaki hilang (guna tongkat jalan).

Antara Contoh Agensi yang Terlibat:
1)    Pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK – CBR )
2)    Hospital kerajaan dan swasta
3)    NGO
4)    Institusi pendidikan
5)    Kaunselor – semua tempat ada kaunselor, NGO, hospital, sekolah.