Friday, July 29, 2011

laptopku rosak

pada petang semalam, adikku hendak meminjam laptopku iaitu laptop ASER ku. kebetulan aku pun dah lama tak menggunakan laptop tersebut. tiba2, apabila adikku menekan buton on,  laptop tersebut didapati laptop tersebut didapati pada seluruh skrin laptop tersebut hanya kelihatan hitam sahaja. aku pun tidak tahu apa punca sebenar yang menyebabkan laptop lamaku mengalami kerosakan secara tiba-tiba. sedangkan sebulan lepas, laptop tersebut masih lagi berfungsi dengan baik walaupun ianya mengalami sedikit retak dan hampir pecah di bahagian skrin akibat pernah terjatuh suatu masa dahulu. menurut adikku, jika mengalami masalah begini, laptop tersebut tidak lagi boleh untuk dibaiki atau diformat kerana langsung tak boleh 'on'. aku berasa amat sedih kerana laptop tersebut banyak berjasa kepadaku sepanjang aku belajar di universiti malaya dahulu. itulah alat utama yang membantu memudahkan segala urusan pelajaranku seperti membaca nota, mengulangkaji, membuat tugasan dan sebagainya. namun, jika laptop tersebut benar-benar tiada harapan untuk dibaiki, apalah dayaku. suka tak suka, aku perlu terima hakikat yang laptop tersebut telah tamat riwayatnya.dengan kata lain yang lebih mudah, "redha je lah kan, nak buat macam mana."

Tuesday, July 26, 2011

impianku yang belum kesampaian.

salam semua. semua orang pasti mempunyai impian mereka yang tersendiri. bagi diriku, aku mempunyai dua impian utama iaitu untuk menjadi guru dan juga untuk menghafaz al-Quran. dalam usaha untuk merealisasikan sesebuah impian itu semestinya kita terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. namun dengan usaha gigih dan diiringi semangat yang kuat serta doa dan tawakal kepada Allah Swt, insya Allah, kita mampu menjadikan setiap impian itu sebuah realiti. aku amat berharap agar impianku yang belum kesampaian ini dapat direalisasikan tidak lama lagi. smoga Allah mempermudahkan segala-galanya dan smoga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap rintangan yang mencabar demi mencapai sebuah kejayaan.

Sunday, July 24, 2011

sebuah penantian.

penantian itu satu penyiksaan. kita sering saja mendengar frasa yang berbunyi penantian itu satu penyiksaan. kini aku juga sedang menanti dan terus menanti. apa yang aku nantikan, adalah menanti dan menunggu surat panggilan untuk ditempatkan sebagai guru di mana2 sekolah yang belum lagi aku ketahui. sehari ke seh ari berlalu, aku masih di sini, masih menanti dan terus menanti. namun aku amat bersyukur, sekurang-kurangnya aku telah diberikan peluang dan mendapat kerja tetap, insya Allah.bagi mengisi kelapangan waktu ini, aku telah mengisi masa dan hari-hariku dengan aktiviti membaca. aku telah membaca pelbagai bentuk penulisan seperti cerpen, artikel2 kesihatan, berita, rencana dan pelbagai lagi. di samping itu, aku juga mengisi masa lapangku dengan melakukan kerja2 rumah yang menjadi kebiasaan bagi seorang anak perempuan seperti membasuh pinggan, mencuci baju, dan sebagainya dengan harapan agar masa-masa yang kulalui cepat berlalu. kadang-kadang aku terasa amat bosan dengan rutin harianku yang hanya duduk di rumah dan bercuti sebelum aku dipostingkan untuk aku menyahut cabaran dan dugaan baru sebagai seorang guru. kadang-kadang aku berasa sedikit risau dan bimbang kalau-kalau aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawabku nanti. namun aku yakin dengan janji Allah iaitu Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang terdaya olehnya. semoga Allah mempermudahkan segala-galanya, insya Allah.

Monday, July 18, 2011

mari membaca

salam semua. membaca merupakan salah satu cara untuk kita mengisi masa lapang. jika berkesempatan, marilah kita sama-sama mengisi minda kita dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan supaya kita menjadi orang yang sentiasa berpengetahuan luas. dengan membaca, ilmu pengetahuan kita akan bertambah. daripada membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik kita memanfaatkan masa yang ada dengan amalan mulia ini.

rahsia pemakanan genious islam

Rahsia pemakanan genius islam
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam
bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada
umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan
- penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang
telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat
menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan
enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah
s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak
dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan
yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari
penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan
bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam
kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi
nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat
sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Monday, July 11, 2011

telah tamat kursus induksi

salam kepada semua pembaca yang setia. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy.
pada 28 hingga 30 jun yang lalu, saya telah menjalani kursus induksi yang telah diadakan di institut pendidikan guru kampus ilmu khas. pada 30 jun, telah diadakan ujian akhir kursus manakala pada dua hari sebelumnya telah diadakan ceramah sahaja yg menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. sepanjang menjalani kursus tersebut, saya telah menetap di rumah rakan di brickfield kerana para peserta kursus tidak disediakan tempat tinggal dan kami terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. aku amat berterima kasih kepada kawanku yang telah bermurah hati membenarkan aku dan seorang lagi rakanku yang sama2 mengikuti kursus tersebut untuk tinggal di rumahnya untuk beberapa hari tersebut. pagi-pagi lagi, seawal jam 6.30 pagi, aku dan rakanku telah keluar rumah untuk ke tempat kursus. kami terpaksa menaiki monorel, kemudian menaiki star LRT dan akhir sekali menaiki teksi untuk sampai ke maktab. walaupun kelihatan seperti agak jauh sedikit, namun ini bagiku merupakan suatu usaha dan pengorbanan untuk mencapai sesuatu kejayaan. biarlah kita bersusah payah sedikit sebelum mendapatkan sesuatu. sekurang-kurangnya, kita berusaha walaupun dengan segala kekurangan yang ada. ini kerana, walaupun diuji dengan kekurangan dari segi penglihatan, namun aku bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan semangat dan ketabahan untuk meneruskan perjuangan mengharungi ranjau kehidupan. aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untukku berusaha sampai ke puncak kejayaan. kini, aku sedang menunggu keputusan dan surat panggilan untuk 'posting' namun belum tahu lagi ke sekolah mana dan di negeri mana. sabar menanti.