Monday, August 29, 2011

ramadhan berlalu, syawal menjelma

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. terima kasih atas sokongan anda atas kesudian untuk berkunjung dan membaca coretan saya yang tiddak seberapa ini. bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan telah berlalu pergi meninggalkan kita. semoga kita telah dapat memanfaatkan sebulan ramadhan yang telah dilalui itu dengan pengisian rohani dan smoga ibadah2 yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT. insya allah. pada hari ini, 1 syawal, bersamaan 30 ogos 2011, saya syafawati abd. jamal ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut aidil fitri kepada pembaca blog ini khususnya dan kepada semua yang mengenali diri ini umumnya. saya juga ingin memohon kemaafan atas segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang perkenalan. semoga kalian berbahagia meraikan hari raya aidil fitri ini bersama-sama keluarga tercinta dan sahabat handai sekalian.

Thursday, August 25, 2011

menunggu keputusan peperiksaan KPLI

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang dikasihi. aku kini dalam mood menanti dan menunggu. keputusan peperiksaan KPLI yang belum lagi diposkan ke rumah. dua minggu yang lepas, aku telah pun menulis surat permohonan dan mengeposkannya ke IPGIK tetapi sehingga ke saat hari ni, aku masih lagi menunggu ketibaan pakcik posman yang menjadi pengantara antara aku dan pihak maktab. dalam tempoh ini, selagi aku belum dapat mengetahui keputusan peperiksaan akhirku, aku sering dilamun beraneka rasa: bimbang, sedih, marah, risau dsb. namun di sebalik dihantui pelbagai emosi itu, terselit juga setitis harapan iaitu, dapat keputusan yang baik,  biarlah kalau tidak dapat pangkat cemerlang pun, jika boleh dapat kepujian dan lulus dengan baik itu pun, aku berasa amatlah bersyukur. ini kerana, setahun berhadapan dengan cabaran sebagai peserta kursus KPLI pendidikan khas masalah penglihatan, pelbagai dugaan dan rintangan yang kurasakan amat berat terpaksa aku harungi. dengan menyedari kekurangan pada diri namun disedari kelebihan, semangat yang kuat dan pengorbanan serta pertolongan ikhlas daripada insan-insan yang berhati mulia, kuhargai dan kusyukuri seadanya walaupun apa keputusan / hasil yang bakal kuterima. hanya aku harap, agar aku tidak perlu repeat paper, itu sahaja. bilalah agaknya sekeping kertas (slip peperiksaan) itu akan sampai ke rumahku? aku masih menanti ketibaan pakcik posman.

Tuesday, August 2, 2011

tempayan yang retak




Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan
panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan
yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu
sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya
ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat
air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya
sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf
pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan
di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga
di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita
berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan
kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Moral:
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita
untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah,
di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Block quote end

titik ais di dalam hati


Dalam sebuah syarikat pengangkutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik. Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab.
Tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya. Dia melihat dunia ini dengan pandangan
kelam tanpa harapan langsung.

Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka. Mereka semua pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.
Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan. Nik menjerit, memukul
pintu dengan kuat sambil meminta tolong, namun hampa kerana kesemua rakannya sudah pun pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya. Maka tidak ada yang
mendengar jeritan pertolongannya.

Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat menjerit kuat, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya.
Akhirnya dia terduduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.

Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata: Dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak
segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan. Dia memaksakan diri dengan tangan yang gementar kesejukan, mencari secarik kertas dan sebatang pen,
menuliskan surat wasiatnya.

Keesokan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut
menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantar Nik ke hospital untuk rawatan, tetapi malangnya Nik sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi yang
paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dan dalam bilik kontena yang besar itu cukup
oksigen di dalamnya. Dan yang paling menghairankan mereka adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja. Tetapi Nik mati “kesejukan”!

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah tetapi dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghukum dirinya dengan hukuman
mati. Bagaimana dia dapat hidup terus?

Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah
sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.

Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah diri kita juga selalu memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan suatu perkara, sehingga kita kehilangan
banyak kesempatan untuk berjaya? Kehilangan banyak kesempatan untuk belajar berdikari? Untuk jadi lebih mengerti tentang kehidupan ini?

Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita
sendiri. Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan membantu jika kita berfikiran negatif setiap masa.

selamat menjalankan ibadah puasa.

assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. terima kasih kerana anda sekalian masih sudi untuk menziarahi blog ini. bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mengerjakan ibadah fardhu dan sunat di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini. syukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi kerana masih memberikan kita peluang untuk bertemu dengan bulan ramadhan almubaraq yang mulia ini. sesungguhnya, terlalu banyak nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita. terpulanglah kepada kita semua sama ada tahu menghargainya atau pun tidak. sesungguhnya, sesuatu nikmat yang telah hilang itu tidak akan datang kembali. hargailah apa yang ada dengan sebaik-baiknya. kalau tersilap, perbaiki lah kesilapan tersebut. kita boleh jadikan kesilapan itu suatu pengajaran yang bermakna. dengan kata lain, belajarlah dari kesilapan. sebagai manusia, sememangnya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan sama ada disengajakan atau tidak sengaja. apa yang penting, kita mesti teruskan hidup ini dengan semangat yang kuat supaya dapat menjauhkan diri kita daripada sifat-sifat yang negatif. sekianlah coretan saya buat kali ini. assalamualaikum dan slamat berpuasa.