Wednesday, October 26, 2011

aku baru bekerja

assalamualaikum dan salam sejahtera. baru 2 hari aku ke sekolah untuk mengajar. semalam, aku telah ambil inisiatif untuk belajar mobiliti di sekitar sekolahku. aku telah meminta bantuan salah seorang rakan baikku untuk menunjukkan aku jalan di dalam kawasan sekolah iaitu pergerakan  ke kantin,  bilik resos, pejabat, jalan ke tempat perhimpunan dsb. dari sehari ke sehari, aku akan berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat kerjaku sama ada persekitaran luaran mahupun dalaman. aku akan mempelajari dan memahami selok-belok yang berkaitan dengan bidang tugasku dan juga memahami sikap dan karenah rakan-rakan sejawat dan para pentadbir. aku akan cuba jadi dan buat yang terbaik untuk kebaikan diriku dan semua orang. aku akan kuatkan semangat dan perbanyakkan usaha serta doa bagi mengatasi setiap permasalahan yang kuhadapi. sekarang, aku dalam proses untuk mencari kenderaan atau rumah sewa bagi memudahkanku untuk pergi dan pulang dari kerja. walaupun untuk permulaannya aku pergi dan pulang dari sekolah dengan bantuan ahli keluargaku, namun bagi memudahkan lagi urusan kerjaku, aku bercadang untuk menyewa teksi atau mencari rumah sewa di yang berhampiran dengan sekolah tempat aku bertugas. smoga permasalahanku ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya, awal tahun hadapan.

Sunday, October 23, 2011

impian jadi kenyataan

assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah 5 bulan menanti dengan penuh pengharapan, pada 20 oktober 2011, aku telah menerima arahan daripada pihak KPM untuk lapor diri di sekolah Kebangsaan Indera Mahkota kuantan. dengan itu maka bermulalah tanggungjawabku sebagai seorang pendidik kepada pelajar-pelajar yang senasib denganku. aku tahu, selepas ini aku akan berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang lebih berat yang akan menguji ketahanan emosi, fizikal dan mentalku. aku amat berharap agar aku dikurniakan semangat yang kental serta hati yang tabah bagi menempoh segala ranjau berliku dalam menjalankan tugas serta memikul amanah yang telah diberikan kepadaku.
aku amat bersyukur dengan nikmat Allah ini. aku akan berusaha gigih untuk membaiki segala kelemahan diri dan mempertingkatkan potensi diri untuk membuktikan sesuatu yang terbaik dalam mendidik dan memajukan golongan  cacat penglihatan. aku yakin, apa yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik untukku. hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan maha Pentu segala.

Tuesday, October 18, 2011

kisah semalam

pagi semalam, pada kira-kira jam 9.30, aku telah menerima satu panggilan dari jabatan pelajaran Pahang. aku telah diminta untuk menghadiri taklimat untuk guru KPLI ambilan jun 2010. taklimat akan diadakan pada 20 oktober 2011 bersamaan hari Khamis. ini bolehlah dikatakan berita gembira setelah hampir 5 bulan menunggu untuk ditempatkan sebagai guru.
namun, 2 jam kemudian, aku dihubungi semula oleh pegawai dari unit rendah JPN tersebut. beliau mengatakan saya dan beberapa orang lagi rakan, tidak perlu menghadiri taklimat seperti yang dinyatakan tadi disebabkan terdapat masalah yang berkaitan dengan SPP. aku akan dihubungi kemudian iaitu setelah mendapat kelulusan dari pihak atasan yang berkaitan. walau apa pun keputusannya, aku bersyukur kerana aku telah dapat mengetahui negeri mana aku akan ditempatkan. syukur Alhamdulillah. aku yakin, setiap masalah yang dihadapi akan ada jalan penyelesaiannya. namun kadangkala, kita perlu terima dengan redha apa sahaja keputusan yang telah ditentukan.
sebenarnya, jauh di sudut hatiku, aku amat mengharapkan agar aku ditempatkan di negeri lain, ini kerana, aku ingin hidup berdikari dan mencari pengalaman baru di tempat lain. kalau boleh, itu lah yang aku harapkan sebenarnya. tapi, keluargaku dan orang2 tertentu inginkan agar aku dapat ditempatkan di pahang. puaslah hati mereka kan. apa yang mereka hajatkan dah tercapai. aku akan bersabar untuk tempoh 3 tahun. setelah itu, aku akan berusaha untuk berkhidmat di tempat atau negeri lain pula. aku ingin mencari pengalaman baru dan belajar berdikari serta ingin menikmati kemudahan yang pelbagai yang disediakan untuk OKU cacat penglihatan. tapi tidak mengapalah, aku akan usahakan sesuatu yang baru dan terbaik untuk golongan cacat penglihatan di negeri aku sendiri. aku akan berusaha untuk memajukan diri aku dan orang yang senasib denganku di negeri aku sendiri selama aku ditempatkan di sini. semoga Allah akan permudahkan dan memberkati setiap usaha baik yang bermanfaat. aku hanya merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan. redha je lah. 

Sunday, October 16, 2011

coretan malam dan luahan hatiku

pada ketika ini, hatiku dilanda rasa sedih dan sayu. terlalu sukar untuk aku yakinkan orang2 sekelilingku terhadap kemampuan diriku untuk berdikari. pada hakikatnya, mereka sudah tahu yang aku mampu dan selalu bergerak ke mana2 destinasi dengan menaiki bas sendirian. aku telah memberitahu mereka yang aku selalu pergi dan balik dari satu tempat ke satu tempat sorang2 diri dengan menaiki  bas.aku pernah bergerak dari kuantan ke KL, pahang ke ipoh, melaka ke pahang, kl ke pinang dan sebagainya. aku telah maklumkan kepada mereka dengan tujuan agar mereka memahami kebolehan diriku dan mereka berasa yakin terhadap kemampuan dan dapat memberi sedikit kebebasan kepada  diriku.
namun, sehingga ke masa ini, mereka sering tidak membenarkan aku untuk pergi balik sendirian dalam negeri aku sendiri sebagai contoh dari rompin ke kuantan padahal hanya mengambil masa 2 jam sahaja. dari sudut yang negatifnya, aku menganggap mereka telah mengongkong dan menyekat kebolehanku. kalau difikirkan secara positifnya, memanglah mereka tidak membenarkan aku berjalan2 secara seorang diri ke satu-satu destinasi kerana memikirkan tentang keselamatan, tambahan pula, aku adalah seorang perempuan.sepatutnya, aku perlu diberi peluang untuk bergerak sendiri kemana mana destinasi atas tujuan yang tertentu bagi menyelesaikan segala urusan. aku berasa amat buntu bagaimanakah caranya yang berkesan bagi membolehkan mereka membenarkan aku pergi ke mana2 sahaja dengan menaiki kenderaan awam. jika mereka sayangkan aku, sepatutnya mereka perlu memahami keperluanku sebagai seorang yang buta bukannya mengongkong dan menghalang serta menyekat kebebasanku. walaupun aku ni buta, aku perlu menyelesaikan segala urusan hidupku sama sahaja seperti mereka yang normal dari segi penglihatan. aku juga perlu pergi bekerja, keluar membeli-belah, membayar bil, menziarah rakan2 dan berbagai-bagai lagi urusan harian dan kehidupan. wahai ahli keluarga celik penglihatan, tolonglah jangan terlalu mengongkong kehidupanku. jika aku sering mengharapkan pertolongan, sama ada dari keluarga sendiri atau pun rakan-rakan, orang lain akan menganggap aku tidak mampu berdikari dan bergerak sendiri bagi menyelesaikan urusan hidup yang pelbagai. tetapi jika aku ingin berdikari seperti pergi ke mana2 sendirian, ahli keluargaku yang tidak memahami itu tidak membenarkan aku berbuat demikian. walaupun, pada hakikatnya, mereka telah tahu yang aku mampu lakukannya. mereka tetap tidak membenarkan dengan memberikan beberapa alasan.
kadangkala, aku terpaksa bertindak sendirian tanpa memaklumkan kepada mereka yang tidak memahami itu tentang sesuatu tindakan dan pergerakan diriku. tujuan aku bertindak demikian adalah kerana aku hendak belajar berdikari seperti bergerak sendirian ke satu-satu tempat dengan menaiki kenderaan awam. mereka perlu sedar, sejauh dan setinggi mana pun rasa sayang mereka terhadap diriku, sampai di suatu masa, mereka tetap akan tinggalkan aku iaitu apabila mereka telah ditakdirkan untuk menghadap Allah suatu hari nanti. oleh yang demikian, mereka tidak perlulah terlalu mengongkong diriku. aku perlu meneruskan hidup ini seperti mana insan lain. itu juga merupakan hak aku sebagai seorang manusia walaupun aku ni cacat penglihatan. aku juga tetap merupakan seorang anggota masyarakat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap agama, bangsa dan negara.

Monday, October 3, 2011

rumah dikunjungi malaikat diberkati Allah



Pedoman: Rumah dikunjungi malaikat diberkati Allah


DALAM kehidupan di dunia ini, setiap orang memerlukan tempat tinggal yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni sebagai tempat berlindung atau berteduh.
Malah, sebagai umat Islam, pasti kita juga mengharapkan rumah yang diduduki sentiasa mendapat rahmat dan berkat Allah.

Persoalannya, bagaimanakah cara kita selaku umat Islam untuk mendapatkan rumah yang dirahmati? Sebenarnya, antara faktor menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah itu sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat.

Malaikat Rahmat sentiasa taat menjunjung akan perintah Allah SWT dan tidak pernah menderhakai-Nya sebagaimana firman Allah dalam Surah At Tahriim ayat 6, yang bermaksud: “Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Apabila Malaikat Rahmat memasuki rumah seseorang, inilah yang disifatkan sebagai satu rahmat, keuntungan dan kebaikan bagi penghuninya.

Penghuni yang beriman akan dikawal dan dijauhkan daripada gangguan syaitan, memperoleh ketenangan dan ketenteraman hati serta dipohonkan keampunan oleh malaikat.

Mereka dipelihara ketika tidur dan jaga, didoakan malaikat, selain doa mereka turut ‘diaminkan’ malaikat ketika mengerjakan solat.

Ini antara kebaikan atau faedah rumah yang dimasuki Malaikat Rahmat. Oleh itu setiap orang mukmin hendaklah sentiasa memelihara perkara yang boleh mendekatkan dan memudahkan Malaikat Rahmat memasuki rumah kita.

Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya.

Apabila syaitan berada pada satu tempat disebabkan ada maksiat dilakukan, malaikat tidak akan masuk ke tempat itu kerana syaitan adalah musuh malaikat.

Perlu diketahui, ada banyak sebab mengapa rumah atau tempat kediaman tidak dimasuki Malaikat Rahmat, antaranya:
·  Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib, manakala memutuskannya maksiat dan berdosa besar.
·  Rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Menderhaka adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah terletak pada kebencian ibu bapa terhadap anaknya.
·  Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)
·  Rumah yang mempunyai anjing. Islam menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan adanya najis pada persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing atau seumpamanya.
Riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, Abi Talhah mendengar baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.”
·  Rumah yang mengadakan majlis namun langsung tidak menyebut perkataan mengingati Allah. Sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tidak diisi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya syaitan dalam majlis itu.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah satu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah SWT melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala.” (Riwayat Al-Imam Ahmad)
·  Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya.
Ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang yang beriman bukan orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya.” (Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi)
·  Rumah orang yang dilaknat. Antara golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhadsumber : harian matro

coretan petangku

pagi tadi aku yang ditemani rakanku telah pergi ke BSN untuk mengeluarkan sedikit wang simpananku untuk membayar hutang PTPTN, iaitu hutang pinjaman pelajaranku. aku akan membuat bayaran hutang ini pada setiap bulan melalui bank simpanan nasional atau di bank islam. walaupun belum dapat pekerjaan tetap lagi, aku telah mengambil keputusan untuk membuat bayaran balik terhadap pinjaman PTPTN kerana bimbang kadar bunganya akan meningkat jika lambat membuat bayaran balik. pada setiap bulan, aku akan membayar dalam jumlah yang tidak menentu mengikut kemampuan kewanganku. nasib baik lah aku mempunyai sedikit2 simpanan untuk menanggung perbelanjaanku sepanjang tempoh menjadi 'penganggur' ni. aku masih belum mendapat tahu bilakah tarikh sebenar posting untuk KPLI SR jun 2010.
setelah selesai urusan di BSN, aku pun ke kedai maxis untuk melangsaikan satu lagi hutang bulanan ku iaitu bayaran broadband. selepas itu, aku ke sebuah pasar raya untuk membeli sedikit barang keperluanku. kalau diikukan kata hati, pelbagai jenis barang yang aku hendak beli tapi disebabkan belum ada gaji, aku terpaksalah membeli barang-barang yang betul-betul menjadi keperluan sahaja, belum boleh lagi nak shopping macam-macam. harap2 cepat2 lah dapat posting. tak sabar rasanya nak tunggu gaji pertama. tapi tak tahulah bila. sab