Wednesday, November 23, 2011

nenek suruh balik kampung

semalam aku telah dihubungi oleh bapa saudaraku yang telah pulang ke kampung nenekku untuk bercuti di sana. beliau telah bertanyakan kepadaku sama ada aku ingin pulang ke kampung atau tidak. pakcikku memberitahu aku yang nenek berharap agar aku pulang. sebentar tadi pula, jiran yang tinggal bersebelahan rumah nenekku pula telah menghubungiku dan memberitahu yang nenekku mengharapkan agar aku dapat pulang ke kampung. aku pun tidak faham kenapa dia beria-ia mengharapkan agar aku dapat berbuat demikian, sedangkan, aku baru sahaja pulang bersama keluargaku pada hari raya aidil adha baru-baru ini. terasa amat sukar untuk aku memahami dan menjaga hati orang tua-tua ni. aku bukannya tidak mahu memenuhi kehendak beliau, namun, aku telah mempunyai pengisian yang lain untuk memenuhi musim cuti persekolahan kali ini. terdapat beberapa orang kawanku telah meminta bantuan aku untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer dan menunjukkan cara menggunakan brailler dan kod braille. namun semuanya belum menetapkan tarikh secara muktamad bilakah mereka akan mula belajar dengan aku. hal ini telah membuatkan aku berasa serba salah untuk menetapkan keputusan sama ada memenuhi harapan nenek atau menolong rakan-rakanku. di samping itu, aku pun mempunyai rancangan aku yang tersendiri bagi mengisi masa cuti persekolahan ini. aku tidak dapat untuk memuaskan hati semua orang. apabila   membuat suatu keputusan , aku terpaksa memilih salah satu dan tidak mampu untuk menunaikan semua kehendak orang lain.  jika aku memilih untuk menemui nenek, tidak akan jadi masalah jika dia membenarkan aku pergi ke tempat-tempat lain dengan menaiki bas. aku boleh duduk di sana selama untuk beberapa hari dan kemudian aku pergi pula ke rumah rakan-rakan ku. tapi yang merumitkan keadaan sekarang ini adalah sebab nenek tidak membenarkan aku menaiki bas seorang diri ke mana-mana. sedangkan aku mempunyai banyak pengisian lain. dia terlalu risaukan tentang keselamatan diriku jika aku menaiki bas seorang diri. tapi bagi aku, jika sesuatu perkara malang itu hendak berlaku, dimana-mana sahaja ianya boleh berlaku, malah di dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat. contohnya, kejadian sumbang mahram. kebanyakannya berlaku hanya di dalam rumah sendiri sahaja dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri juga. begitu juga dengan kes kecurian. kita duduk di dalam rumah pun, pencuri boleh masuk ke rumah dan mencuri barang- barang di dalamnya. saya sering membaca tentang kejadian-kejadian ini di dalam akhbar. jadi, pada pandangan saya, di mana sahaja, kemalangan boleh berlaku. tapi itulah kan, susah untuk kitapuaskan hati semua orang. orang yang lebih senior dengan cara mereka berfikir. orang muda pula mempunyai cara dan pemikiran yang berbeza. semua itu hanyalah dugaan dunia yang sementara semata-mata. sabar je lah.

Monday, November 21, 2011

ttidak akan terhenti di sini

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. untuk posting kali ini, saya ingin menceritakan tentang impian saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. walaupun saya baru sahaja sebulan bekerja, namun saya mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian di peringkat master. perkara ini hanya boleh dilakukan setelah 3 tahun berkhidmat. kalau tak silap saya lah. iaitu apabila sudah dilantik secara tetap dan sah jawatan. bagi saya, biarlah berapa lama pun saya perlu menunggu untuk meneruskan impian saya ini, namun saya amat mengharapkan agar semangat untuk belajar ini tidak hilang atau lemah dengan mudah apabila berhadapan dengan cabaran atau dugaan semasa bekerja. memanglah cita-cita sebenar saya sejak dahulu lagi ingin menjadi guru tetapi pada masa yang sama, saya merupakan seorang yang amat suka mempelajari dan belajar sesuatu yang baru. oleh yang demikian, tidak salah rasanya anugerah Allah ini saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya. smoga impian saya ini akan dapat direalisasikan suatu hari nanti iaitu untuk belajar sampai ke tahap tertinggi. pohon kalian mendoakan agar saya dapat ditetapkan hati dan dikuatkan semangat bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.

Sunday, November 20, 2011

coretan malamku

assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1malaysia kepada semua pembaca setia blog ini. smoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia. tadi, saya telah keluar menemani sahabat saya ke kedai untuk membeli sedikit barang keperluan beliau. kemudian, kami singgah di kedai makan untuk menikmati sedikit hidangan. saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan dan dipertemukan dengan rakan-rakan yang baik dan memahami. saya amat menghargai rakan2 saya yang sanggup bersusah payah membantu saya ketika dalam kesusahan. menurut rakan saya, ramai orang di sekeliling yang memandang kami dengan pandangan yang pelik iaitu apabila melihat saya yang buta atau bermasalah penglihatan ni dibawa oleh rakan2 saya ke sana ke sini. dalam erti kata yang lebih mudah, masyarakat di sekitar tempat tinggal aku ni berasa amat pelik apabila melihat orang buta seperti aku ni. mereka melihat aku ni macam melihat makhluk asing je. kenapakah masyarakat di sini terlalu berfikiran sempit? salahkah orang buta macam aku ni keluar rumah untuk menikmati kehidupan macam orang lain? kenapa perlu tengok kami macam tengok makhluk asing je sedangkan aku yang buta ni mempunyai hak yang sama dgn mereka yang normal. cuma bezanya, aku ni tidak dapat melihat sedangkan mereka normal. kenapa masyarakat di sini terlalu pelik melihat orang buta? ini bukan lah pertama kali perkara seperti ini berlaku. sebelum2 ni pun sama juga. apabila aku keluar membeli belah di supermarket atau pasar raya, atau aku bersiar2 dan pergi makan di mana2 restoran atau gerai makan, setiap kali itulah ada sahaja mata yang memandang kami seolah2 kami ni pesalah.
wahai orang2 normal umumnya dan orang2 kuantan khususnya, marilah buka minda dan buka hati. janganlah berfikiran terlalu jumud dan sempit atau bersikap terlalu prijudis terhadap orang oku penglihatan seperti aku. aku bukannya nak meminta simpati, tetapi, tolonglah faham keperluan dan hak orang2 buta seperti aku. aku amat bersyukur kerana rakan2 baikku di sini, tak pernah berasa malu walaupun apabila mereka keluar dengan aku, orang2 sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang sinis. walaupun aku ni buta, namun aku telah berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan alhamdulillah, aku kini telah menjadi seorang guru dan bekerja dengan kerajaan. aku bukan nak bangga diri tapi aku cuma nak bagitahu supaya masyarakat sedar akan kemampuan orang2 kurang upaya penglihatan seperti aku ni. mereka tak perlulah memandang rendah dan bersikap prijudis apabila melihat orang2 buta. aku bukannya pesalah jenayah. aku juga manusia biasa macam orang lain yang perlu bersosial dan bermasyarakat. salahkah kalau aku keluar bersiar2 dengan rakan2ku yang prihatin? salahkah kalau aku keluar untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan keluar untuk menyelesaikan rutin harian urusan hidupku?
masyarakat di sini perlu diberi kesedaran terhadap kewujudan golongan minoriti seperti aku ni. bukan kami yang minta dilahirkan dalam keadaan buta begini. kalau di kuala lumpur, masyarakat di sana sudah biasa dengan orang buta. mereka lebih memahami tentang keperluan dan kewujudan orang2 buta. cara mereka berfikir pun lebih terbuka dan ada antara mereka yang sangat mesra dan biasa dengan orang buta.  

Saturday, November 5, 2011

salam aidil adha.

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidil adha kepada seluruh umat Islam. semoga ianya memberikan seribu makna kepada kita semua. marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan iaitu bersempena meraikan hari raya korban yang akan disambut pada esok hari. kepada mereka yang diberi peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan telah terpilih untuk menunaikan haji, saya doakan agar kalian berada di dalam rahmat Allah dan semoga mendapat pahala ibadah yang banyak di akhirat kelak.