Monday, January 31, 2011

pengalaman baru

salam semua. apa khabar? saya telah menjalani praktikum selama dua minggu. ternyata banyak perkara baru yang sedang dan perlu saya pelajari. bukan senang untuk jadi seorang guru. semestinya ia memerlukan ketahanan fizikal, mental, emosi dan rohani. hampir setiap hari, ada sahaja cubaan dan dugaan yang datang silih berganti. kadang-kadang saya terasa amat sedih atas apa yang berlaku

Friday, January 14, 2011

alhamdulillah.

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. aku rasa amat bersyukur kerana beberapa masalah besar yang kuhadapi menjelang praktikum telah pun dapat  diatasi. terima kasih kepada pihak2 yang terlibat kerana sudi mendengar dan memahami masalahku. terima kasih juga kepada salah seorang sahabatku kerana sanggup membantuku dan memahami diri ini. segala jasa dan pengorbanan semua, hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.

Saturday, January 8, 2011

masalahku belum selesai.

seminggu menjelang tarikh praktikum, masalah untuk mendapatkan tempat tinggal semasa praktikum masih belum selesai. kini aku sedang mencari rumah sewa untuk aku duduk selama tiga bulan praktikum. namun sampai ke hari ini, aku masih belum berjaya menemuinya. aku tak pernah tinggal atau pergi ke johorbharu, aku cuma bertanyakan kepada rakan2 dan  kenalan sahaja. pihak sekolah pula tidak menyediakan penginapan untuk cikgu praktikum. aku tidak tahulah apakah nasibku di sana nanti. aku pun telah mengajukan masalah ini kepada unit praktikum di institut ini tetapi ianya masih dalam perbincangan. aku buntu sekarang ni.

Thursday, January 6, 2011

selamat datang tahun 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  bersyukur kita ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia serta diberi nikmat untuk menghadapi   tahun baru 2011. aku berharap agar tahun ini akan menjanjikan kejayaan kepada diriku berkat usaha dan doa  yang berpanjangan. kuharap agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi pelbagai cabaran di tahun baru ini.

Wednesday, January 5, 2011

luahan hati insan yang dizalimi.

Luahan hati insan yang dizalimi.

Di manakah letaknya keadilan? Di manakah nilai perikemanusiaan seseorang insan?
Tentu saja sesiapa yang membaca tulisan ini mengatakan  ini terlalu kasar bunyinya. Namun sebagai seorang manusia yang lemah dan diciptakan dengan dikurniakan sifat kekurangan, aku juga mempunyai perasaan yang tersendiri. Aku akan menjalani praktikum tidak lama lagi. Hanya tinggal beberapa hari lagi, menjelang tarikh tersebut. Namun, masalah yang aku hadapi bertambah banyak. Aku yang buta ini ditetapkan untuk pergi ke sana bersama seorang lagi kawan buta. Dah tu lelaki pula. Tak boleh ke pihak maktab tu tempatkan aku dengan seorang rakan celik? Sudah lah aku tak biasa ditempat baru tu? Ingatkan dapat duk asrama, last2 minit baru dapat tau yang sekolah tu tak menyediakan asrama atau kuarters untuk cikgu praktikum macam aku. Terpaksalah pulak bertungkus lumus cari rumah sewa. Entahlah boleh dapat atau tidak dalam masa beberapa hari ni. Aku tak tau… aku buntu… macam2 lagi yg aku kena fikir. Macam mana nak menyesuaikan diri di tempat baru dengan ditambah pula aku ni belum ada pengalaman mengajar lagi.. macam mana nanti kalau tiba2 ada masalah untuk mengajar, kat manalah aku boleh dapatkan pertolongan, nak buat rph lg, nk buat abm (alat bantu mengajar lagi, nak belajar orientasi dan mobility lagi kat tempat baru tu. Dalam sekolah mahupun luar sekolah, bukan mudah untuk hadapi semua tu. Kenapalah orang
Yang pandai cipta dan bagi masalah tu tuhan tak jadikan dia je yang buta?? Kenapa aku yang kena tanggung semua masalah ni seorang diri? Tak kan lah aku kena sewa rumah di tengah2 bandaraya johor bahru tu sorang2 diri? Bila kah masa aku nak belajar jalan dari rumah sewa ke sekolah? Siapa yang nak ajar aku  onm tu? Sedangkan kawan sekelasku yang celik, ditempatkan dengan rakan celik juga. Mcam tu gak dengan rakan kelasku yang rabun, dia pun dipasangkan dengan rakan celik diaorang dah dapat rumah sewa, tambahan pulak ada transport sendiri.  kawan2 ku yang berasal dari serawak tu dihantar balik ke kampung masing2 dan boleh jalani praktikum  di Sarawak. Walaupun tiket kapal terbang tu mahal, tapi mereka tak perlu lagi fikir pasal rumah sewa. Tambah pulak diaorang tu celik, apa yang susahnya, kat kg sndiri lak tu, memanglah tak banyak masalah, lau ada mslh pn, kat kg sendiri. Tau la kemana nak tuju dan dptkan pertolongan… kawan2ku yang dri utara pun dpt balik kampong sendiri, dapat duk  tmpt tinggal lak tu, walau pun kna duk kat rumah wardern, tapi ok lah tu… kenapakah semua ini berlaku??? Zalim kan sesetengah manusia ni kan??? Yang celik boleh balik kampung masing2, yang rabun diberi kumpulan bersama2 dengan yang celik, tapi yang aku yang buta ni, dihantar jauh2 dengan rakanku yang juga buta… kalau nak suruh aku berdikari pun, agak2lah, bertimbang rasa lah sikit. Kau orang ingat, aku suka sngt ke bergantung hidup dengan orang. Aku pun tak suka lah terlalu bergantung hidup dengan orang lain sngt. Tapi tu kan tempat baru.   Ingat senang ke semua tu? Kejamnya sesetengah manusia tukan??? Tau bagi masalah yang berat2 tapi tak tau bagi jalan untuk selesaikan masalah… kalau ikutkan rasa hati, nak je aku ambil tindakan yang bukan2. Nasiblah aku boleh sabar lagi… tapi sampai bila? Satu masalah tak selesai, dapat lagi masalah baru… melampau betul lah…