Wednesday, March 23, 2011

luahan hati.

salam. pada kali ini saya nak kongsi cerita atau ingin meluahkan sedikit rasa terkilan dengan sikap atau perangai2 sesetengah manusia. pada cuti persekolahan baru2 ni aku telah pulang ke kampung selama seminggu. setelah tamat cuti persekolahan, aku pulang semula ke johorbahru untuk menyambung kembali tugasku sebagai guru pelatih atau guru praktikum. apa yang menyedihkan ialah apabila aku pulang semula ke rumah sewaku, aku dapati barang keperluan yang aku tinggal di rumah tersebut semasa pulang ke kampung telah hilang. aku terpaksa membeli semula barang2 tersebut. aku dapat meneka angkara siapa yang menyebabkan kehilangan tersebut. ini kerana aku dapati barang2 tersebut berada di dalam rumah tersebut. apa yang menyedihkan ialah barang2 tersebut telah diambil atau digunakan dengan tidak meminta izin terlebih dahulu daripadaku. mung si pelaku tidak berniat mencuri tetapi sebaliknya ingin meminjam sahaja tetapi kenapa dia tidak memberitahuku atau meminta kebenaran daripadaku untuk meminjam atau hendak menggunakan barang2 tersebut. susah ke nak meminta kebenaran terlebih dahulu? aku bukannya tamak sangat dgn harta2 dunia tu. mungkin dia fikir aku ni buta kot. x perasan apabila dia ambik barang2 aku. tapi dia harus ingat bahawa orang buta macam aku ni pun ada perasaan. aku belum bodoh lg tp saja je malas nak bising2 sebab malas nak cari gaduh. tapi ini tak bermakna aku tak tau apa yg orang buat kepadaku. aku tak akan merestui perbuatan tersebut. sekiranya dia tidak meminta maaf dan tidak memulangkan kembali barang2 ku yg dia ambil. aku tak halal dunia akhirat. ini kerana atau mengambil barang orang lain tanpa izin samalah seperti mencuri hukumnya. di sisi islam hukum mencuri ialah haram.

Thursday, March 17, 2011

pengalaman.

pengalaman yang dilalui itu amat berharga. walau pun ianya pahit, tetapi tetap bermakna. kita akan menjadi lebih matang dan dewasa setelah melalui pelbagai pengalaman hidup. setiap masalah, cabaran, dugaan dan ujian yang kita hadapi dalam kehidupan seharian itu juga adalah sebuah pengalaman yang berharga. pengalaman yang dialami oleh setiap orang juga berbeza dan bermacam-macam. ada yang menyedihkan dan  ada yang menggembirakan.

Sunday, March 13, 2011

pengalaman berpraktikum

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan pembaca sekalian. sudah lama saya tidak update blog ini kerana saya agak sibuk dengan urusan praktikum. saya mula menjalani latihan praktikum di SKPK princess elizabeth bermula dari 17 Januari 2011 sebagai guru pelatih. alhamdulillah, sepanjang tempoh 8 minggu berpraktikum, ianya telah memberikan saya banyak pengalaman awal sebagai seorang bakal pendidik.saya amat bersyukur kerana segala urusan untuk menghadapi latihan praktikum yang dihadapi pada awalnya telah ddipermudahkan dan segala permasalahan yang melanda dapat diatasi. ini telah memberikan kekuatan kepada saya bahawa setiap ujian dan masalah yang timbul semuanya mempunyai jalan penyelesaiannya. apa yang perlu dilakukan adalah doa, usaha, ikhtiar dan akhir sekali tawakal dan berserah.  saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek bahasa inggeris, matematik dan juga pendidikan sivik dan kewarganegaraan. kini, minat saya untuk mengajar semakin bertambah dan saya berasa amat seronok walaupun kadangkala mengalami sedikit masalah apabila berhadapan dengan karenah murid-murid yang pelbagai. tapi itu semua adalah cabaran dan pengalaman yang perlu saya hargai. setiap hari persekolahan, saya dan seorang lagi rakan terpaksa bertolak awal pagi iaitu kira2 jam 6.30 pagi. ini kerana kami tinggal agak jauh dari sekolah dan terpaksa berhadapan dengan masalah jalan jam yang teruk setiap hari. keadaan akan menjadi lebih teruk apabila terdapat lampu jalan yang rosak.