Saturday, December 22, 2012

kepada para penjawat awam.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2013 Untuk Penjawat Awam Januari 25/01/2013, KHAMIS Februari 25/02/2013, ISNIN Mac 25/03/2013, ISNIN April 25/04/2013, KHAMIS Mei 23/05/2013, KHAMIS Jun 25/06/2013, SELASA Julai 25/07/2013, KHAMIS Ogos 22/08/2013, KHAMIS September 25/09/2013, RABU Oktober 8/10/2013, SELASA November 25/11/2013, ISNIN Disember 18/12/2013, RABU

bertindak dalam diam

mulai dari hari dan saat ini serta bersempena tahun baru masihi yang bakal menjelang tidak lama lagi, aku mengambil keputusan dan membuat satu ketetapan ke atas diri aku iaitu aku perlu lebih banyak bertindak bagi memajukan diriku dan untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang aku hadapi. ada juga sebahagian daripada tindakan yang aku ambil itu aku akan rahsiakan daripada pengetahuan orang-orang terdekat kerana sebab-sebab tertentu. walau apapun yang aku lakukan, tujuannya adalah untuk membina masa depanku yang lebih baik dan terjamin. bukan aku tidak mahu bersyukur dengan apa yang aku telah miliki setakat ini tetapi, aku ingin membina dan meningkatkan tahap kehidupan yang jauh lebih selesa berbanding sekarang.

Tuesday, July 3, 2012

jika orang dah tak suka, biarlah aku pergi membawa diri

sebenarnya, aku merasa teramat sedih. kerana kehadiran aku di sini mereka anggap menyusahkan. kenapa terlalu negatif pandangan mereka terhadap aku. sedangkan, jauh di sudut hatiku, aku amat berbangga terhadap mereka. di manakah keikhlasan hati mereka terhadap diriku? inilah dugaan yang paling berat yang ditimpakan ke atas diriku. kenapakah mereka langsung tidak boleh melihat setiap kelebihan yang allah kurniakan ke atas diriku dan menutup kelemahan dan kekurangan diriku? aku yakin dengan kekuasaan Allah dan janji Allah yang akan memberi balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat. walau apapun dugaan yang melanda, kehidupanku perlu diteruskan. aku akan berusaha, bergerak dan bertindak bagi mendapatkan sesuatu yang aku impikan. jika di sini bukan rezekiku, bukan tempat yang sesuai untukku, aku akan usahakan sesuatu yang lebih baik. aku tidak akan patah semangat dengan permasalahan yang remeh temeh ini. mungkin permasalahan yang aku hadapi di sini, membuka minda dan peluang aku yang lebih baik di tempat lain. insya allah, aku akan usahakan. aku yakin bahawa setiap dugaan, mesti terdapat hikmah yang tersembunyi. masalah yang dihadapi pada hari ini, merupakan peluang untuk aku mengenal potensi dan kebolehan diriku yang sebenar. jika perlu berubah, aku akan berubah. jika perlu berhijrah, aku akan berhijrah. aku yakin, allah sentiasa bersamaku.

Wednesday, April 25, 2012

jangan sombong dengan takdir

daripada :Noornawal Othman ... Jangan Sombong Dengan Takdir.... Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukansahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan. Iblis Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian? Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya! ....Takdir Dan Iman Kita...... Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman. Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. ......Takdir Mengatasi Tadbir ....... Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari... Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha? ....Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan.... Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek. ......Apa Khabar Iman Anda? ...... Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya. Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Suara Hati FC yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu. .....Bersangka Baik Dengan Allah... Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan! Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216) ....Nikmat Allah..... Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan. Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya." Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tu

Tuesday, April 24, 2012

sakit gigi berterusan

dah hampir sebulan aku sering dilanda sakit gigi secara berterusan. sudah 3 kali aku berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan. disebabkan sakit yang kualami ini, banyak urusan harianku tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana menanggung kesakitan yang amat sangat. pada hari semalam, aku tidak dapat ke tempat kerja kerana terlalu sakit. makan, minum dan tidur pun sering terganggu dan jadi tidak menentu. semalam, aku telah ke klinik sekali lagi untuk mendapatkan rawatan. menurut doktor, gigi yang rosak itu perlu dicabut namun disebabkan bengkak, doktor meminta aku makan ubat terlebih dahulu dalam tempoh 3 hari. selepas itu, barulah aku perlu datang semula ke klinik tersebut bagi tujuan mencabut gigi yang sakit tersebut. kesakitan yang aku alami, hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui betapa deritanya menahan kesakitan ini. walau seramai mana pun orang yang berada di sekeliling semasa sedang sakit gigi mereka hanya mampu melihat dengan rasa simpati, tetapi. pada hari jumaat atau sabtu ini, aku terpaksa berjumpa doktor lagi. namun sebenarnya, itulah tempat dan orang yang paling aku tak suka nak jumpa dan pergi. dah tak sanggup lagi nak berulang alik ke klinik.,

Saturday, April 21, 2012

hargailah insan di sekeliling kita

[BT] hargailah insan-insan disekeliling kita sementara... Thursday, 19 April, 2012 11:17 PM From: "Hadeni Oni Cool" To: "BT" <288973594518812@groups.facebook.com> Hadeni Oni Cool posted in BT Hadeni Oni Cool 11:17pm Apr 19 hargailah insan-insan disekeliling kita sementara mereka masih ada ~Papa Sayang Ayu~ Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham. Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri disampingnya, sambil memegang buku cerita baru. Buku bergambar seorang puteri kecil yang comel, sangat menarik perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca matanya, kalimah yang keluar kalimah penyejuk hati Ayu "Wah,. buku baru ya Ayu?", " "Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari ayahnya. "Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut, "Ayu... .. papa sedang sibuk sangat, nanti-nanti ya" sanggah Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius. Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu" Salleh mulai agak marah, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh mama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya comel-comel", " Lain kali lah Rahayu, ke SANA!!!! papa banyak kerja" Salleh berusaha menumpukan perhatiannya pada lembar-lembar kertas kerjanya, minit demi minit terus berlalu, Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh pengharapan, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh mengeluarkan kata-katanya dengan kuat, Kali ini Salleh berjaya, semangat kecil Rahayu lalu kecewa dengan sikap papanya, hampir menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada masa, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat mendengar " Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan si kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Puteri, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ; "Baammmm!!" Beberapa orang jiran tetangga dengan terkejut memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh di pandu oleh seorang pemandu yang sedang mabuk. Tubuh si kecil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju Hospital, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah membuak-buak terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak dapat di selamatkan lagi ketika sampainya di Hospital terdekat. Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu terluang untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan si kecil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali, ",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali di telinganya. Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya keheningan dan kesunyian hati, tawa dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita Puteri yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di satu sudut ruangan. Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air matanya. "Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya berkata,.lagi "Rahayu.. papa mohon maaf nak" " papa sayang Rahayu " Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan sebak ketika itu; Salleh bersujud dalam menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk bersama anaknya yang dicintai, namun segalanya sudah berakhir kerana kesempatan itu selalunya datang hanya sekali, dan tiada keduanya kerana Rahayu telah kembali kepada Allah untuk selama-lamanya. View Post on Facebook • Edit Email Settings • Reply to this email to add a comment. ________________________________________

zikir menyucikan hati

MENYUCIKAN HATI YANG KOTOR ... INSYAALLAH ♥ ♥ ♥ Zikir Menyucikan Hati,Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci. Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH SWT buat selama-lamanya Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun. Sesungguhnya, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati,dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al- Qur’an Surah Al-A’raf [7] : 205)

Saturday, April 7, 2012

berita sabtu

assalamualaikum dan salam sejahtera. pagi tadi aku telah berkesempatan menghadiri Seminar Pemantapan Pendidikan Khas yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Azizah. aku pergi dan pulang dari seminar tersebut dengan menggunakan perkhidmatan teksi. penceramah utama pada seminar tersebut ialah puan Habsah dari Institut Pendidikan Guru Kampus  Ilmu Khas. aku amat mengenali pensyarah ini. menurut beliau, pelajar pendidikan khas perlu diberi peluang untuk melakukan sesuatu mengikut potensi dan kebolehan serta keupayaan mereka. pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu memudahkan pergerakanku sebagai salah seorang peserta seminar sepanjang majlis tersebut. sebagai seorang pencinta ilmu, aku amat berminat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu sama ada yang berbentuk seminar, ceramah mahupun forum.

Saturday, March 31, 2012

cabaran hidupku di tempat sendiri

assalamualaikum dan salam sejahtera. sudah hampir dua bulan lamanya aku tidak menulis di laman blog ini. hari ini aku berasa amat sedih dengan beberapa permasalahan yang melanda. walaupun aku ditempatkan sebagai guru di negeri kelahiranku sendiri dan tinggal bersama keluarga, namun aku agak sukar untuk bergerak ke mana-mana bagi menyelesaikan urusan hidupku seperti membayar bil, membeli keperluan, berjumpa doktor jika sakit dan pergi ke mana-mana tempat yang aku ingin pergi. aku terpaksa bergantung harap kepada rakan-rakan atau meminta bantuan daripada driver teksi untuk membawaku. kadang-kala, rakan-rakanku tidak mempunyai masa lapang untuk membantuku kerana mereka sibuk dengan urusan masing-masing. walau-pun mempunyai ramai kaum kerabat di sini namun apabila aku perlukan pertolongan, masing-masing agak sukar untuk menghulurkan pertolongan. ini mungkin disebabkan mereka tidak mengalami permasalahan yang aku alami. mereka tidak pernah merasa bagaimana menjadi buta atau cacat penglihatan. di sini bukan macam di Kuala Lumpur, segala kemudahan untuk kegunaan Oku memang terjamin dan banyak disediakan. kenderaan awam seperti LRT, teksi, bas, monorel dan komuter juga banyak dan mesra pengguna dan mesra oku. Begitulah jika berlakunya kegagalan dalam memupuk rasa tanggungjawab terhadap diri seseorang individu itu. mereka tidak pernah cuba untuk memahami masalah dan diri orang lain. aku sekali-kali tidak suka juga jika terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan urusan hidupku. namun dalam sesetengah situasi, perkara ini terpaksa dilakukan kerana aku tidak mampu untuk membawa kenderaan sendiri. kalau aku boleh membawa kenderaan sendiri, aku tidak akan menyusahkan sesiapa pun. disebabkan masalah ini, banyak urusan hidupku agak tergendala. jika rakan-rakan aku tidak berkelapangan untuk membantuku, sesuatu urusan hidupku terpaksa ditangguhkan. aku bukan tidak redha dengan dugaan ini, namun sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kadang-kadang aku agak kecewa apabila menghadapi masalah yang sebegini. sampai bila perlu bergantung kepada kawan-kawan, kalau begitu keadaannya, lebih baik aku bertugas di tempat lain seperti di kuala lumpur. aku rasakan, itu lebih baik. aku akan usahakan untuk memohon pertukaran bertugas di tempat lain. lagi jauh, lagi bagus.

Thursday, February 9, 2012

aku dan facebook.

salam kepada semua. pada masa kini, facebook merupakan salah satu laman sosial yang amat digemari ramai, termasuklah saya. kadangkala, saya menghabiskan masa beberapa jam lamanya di depan laptop untuk berfacebook. walaupun tidak dapat melihat gambar yang dimuatnaik ke wall fb, namun saya dan rakan-rakan cacat penglihatan yang lain masih boleh menggunakan kemudahan laman facebook untuk chatting, menghantar dan menerima mesej serta menulis di wall atau membaca dan menulis coment.  jika dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan, laman sosial ini dapat memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti dapat mengetahui perkembangan semasa, membaca artikel-artikel, serta mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling dengan cepat dan pantas. namun, jika laman sosial ini disalahguna, pelbagai gejala negatif boleh juga terjadi dengan cepat melalui penggunaan laman facebook ini. kita sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna dan waras seharusnya pandai memanfaatkan segala bentuk alat teknologi dengan baik supaya kita tidak terjerumus ke arah perkara-perkara yang negatif yang boleh memudaratkan diri kita sendiri.

Wednesday, January 25, 2012

pergerakanku ke tempat bertugas

salam kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya yang tidak seberapa ini. maaf kerana sudah lebih sebulan saya tak update blog ini kerana agak sibuk dengan tugas seharian. bermula dari 4 Januari 2012 ini, saya telah menyewa teksi untuk memudahkan urusan pergerakan saya ke tempat bertugas. bayaran dibuat secara bayaran bulanan iaitu sebanyak RM1670.00 setiap bulan untuk hari-hari persekolahan sahaja. syukurlah kepada Allah kerana telah membuka jalan untuk permudahkan urusan hidupku bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.