Tuesday, July 3, 2012

jika orang dah tak suka, biarlah aku pergi membawa diri

sebenarnya, aku merasa teramat sedih. kerana kehadiran aku di sini mereka anggap menyusahkan. kenapa terlalu negatif pandangan mereka terhadap aku. sedangkan, jauh di sudut hatiku, aku amat berbangga terhadap mereka. di manakah keikhlasan hati mereka terhadap diriku? inilah dugaan yang paling berat yang ditimpakan ke atas diriku. kenapakah mereka langsung tidak boleh melihat setiap kelebihan yang allah kurniakan ke atas diriku dan menutup kelemahan dan kekurangan diriku? aku yakin dengan kekuasaan Allah dan janji Allah yang akan memberi balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat. walau apapun dugaan yang melanda, kehidupanku perlu diteruskan. aku akan berusaha, bergerak dan bertindak bagi mendapatkan sesuatu yang aku impikan. jika di sini bukan rezekiku, bukan tempat yang sesuai untukku, aku akan usahakan sesuatu yang lebih baik. aku tidak akan patah semangat dengan permasalahan yang remeh temeh ini. mungkin permasalahan yang aku hadapi di sini, membuka minda dan peluang aku yang lebih baik di tempat lain. insya allah, aku akan usahakan. aku yakin bahawa setiap dugaan, mesti terdapat hikmah yang tersembunyi. masalah yang dihadapi pada hari ini, merupakan peluang untuk aku mengenal potensi dan kebolehan diriku yang sebenar. jika perlu berubah, aku akan berubah. jika perlu berhijrah, aku akan berhijrah. aku yakin, allah sentiasa bersamaku.