tag:blogger.com,1999:blog-35768953539141639382023-11-15T08:57:07.143-08:00syafa mutiara pelangisetiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.comBlogger99125tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-82198288773217427952017-06-01T18:09:00.001-07:002017-06-01T18:17:16.271-07:00selamat berpuasa kpd semua.
di sini saya kongsikan resepi mi rebus untuk dijadikan menu berbuka puasa nanti.
Resepi Mi Rebus
Bahan-Bahan:
250 gm mi kuning
100 gm daging kisar | direbus dan asingkan airnya
1/2 kg ubi keledek | direbus dan dikisar
2 biji cili hijau
2 keping tauhu goreng
100 gm tauge | dicelur
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
100 gm bawang goreng
3 biji telur rebus
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
2. Masukkan air rebusan daging dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging dan ubi keledek kisar. Kacau rata.
4. Biarkan hingga mendidih dan angkat.
5. Hidangkan mi kuning bersama hirisan cili hijau, tauhu goreng, tauge, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan juga telur rebus.
syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-68597100250207643502015-12-24T23:05:00.003-08:002015-12-24T23:05:47.683-08:00biodata Rasulullah Saw
syafawati syafawati <syafawati.syafa84@gmail.com>
________________________________________
(no subject)
________________________________________
Syafawati <syafawati.syafa84@gmail.com> Fri, Dec 25, 2015 at 2:17 PM
To: "syafawati.syafa84@gmail.com" <syafawati.syafa84@gmail.com>
BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Nota RINGKAS...
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya 😊
syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-54114745310884925082015-07-20T13:17:00.001-07:002015-07-20T13:17:18.540-07:00salam aidil fitriassalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua sama yang mengenali diri ini mahupun yang hanya mengenali saya melalui tulisan saya yang tidak seberapa ini.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-89187165546106700562015-01-16T03:24:00.000-08:002015-01-16T03:24:56.999-08:00tahun baru disambut dengan perubahan baruassalamualaikum dan salam sejahtera. maaf kerana telah lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan urusan-urusan tertentu. alhamdulillah tahun 2015 ini aku telah dapat memulakan penghidupan baru di tempat baru seperti mana yang aku impikan selama ini.syukur alhamdulillah kerana aku telah dapat bertugas di tempat kerja baru dan dapat ramai kawan baru. walaupun diuji dengan sedikit kesulitan pada mulanya untuk mendapatkan rumah sewa tetapi syukurlah segala permasalahan telah ada jalan penyelesaiannya. setakat ini, semua urusan hidupku di tempat baru dapat berjalan dengan lancar. benarlah berhijrah itu lebih baik. setiap pengalaman hidupku yang baru akan aku jadikan pedoman untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik. terima kasih kepada semua insan yang membantu dan syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmatNya pada setiap detik waktu kepada diri ku. insya allah, pada pertemuan yang akan datang, aku akan ceritakan pengalaman bermakna yang aku alami dengan lebih terperinci.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-56836157622742819202014-12-18T07:14:00.001-08:002014-12-18T07:14:17.175-08:00panduan pengguna perkhidmatan SaveMe 999 Blindpada 6 disember 2014 yang lalu, saylah berpeluang menyertai bengkel panduan perkhidmatan SaveMe 999 Blind yang telah dianjurkan oleh Telekom Malaysia kepada Oku penglihatan. program ini telah diadakan di Pearl International Hotel yang telah disertai oleh Oku Penglihatan dari seluruh Malaysia. pada kali ini, saya akan menceritakan sedit pengenalan tentang perkhidmatan ini yang amat berguna kepada golongan cacat penglihatan.SaveMe 999 merupakan satu aplikasi penghantaran teks untuk menghubungi talian 999. aplikasi ini menggunakan fungsi GPS di dalam telefon pintar untuk mendapatkan lokasi sebenar pengguna. ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang boleh membantu dan memudahkan golongan cacat penglihatan untuk menghantar permohonan bantuan kecemasan menggunakan telefon pintar. antara ciri yang dilengkapi oleh software ini termasuklah pilihan warna bagi pengguna rabun,screen reader, rakaman suara dan "Where am I".
sumber rujukan: Telekom Malaysia Berhad syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-14419801317230765052014-11-17T16:52:00.000-08:002014-11-17T16:52:12.195-08:00pengajaran kepada kita semuaTujuh Kali Naik Haji
Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".
Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.
Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.
Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.
Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.
Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.
Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.
Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.
Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.
"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.
"Tapi saya mencari wang
sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.
"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......"
betapa tega wanita itu
menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak.
bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat.
"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."
"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."
"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.
Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.
"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda.
Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.
Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."
Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.
Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.
Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.
Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.
Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya,"
Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.
Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.
Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.
Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.
Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.S
arah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".
Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.
Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.
Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.
Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.
Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.
Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.
Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.
Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.
"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.
"Tapi saya mencari wang
sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.
"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......"
betapa tega wanita itu
menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak.
bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat.
"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."
"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."
"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.
Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.
"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda.
Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.
Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."
Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.
Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.
Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.
Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.
Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya,"
Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.
Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.
Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.
Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.
syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-37352337041324848122014-01-01T09:00:00.000-08:002013-12-31T17:22:00.439-08:00assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. salam tahun baru masihi 2014. smoga tahun ini menjanjikan perubahan dan pembaharuan kepada diri kita. mudahh-mudahan setiap impian yang belum tercapai pada tahun2 sebelumnya akan dapat direalisasikan pada tahun ini. bagi diriku, tahun ini aku akan lebih berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan. aku akanlebih tegas dan lebih berhati2 sebelum membuat sebarang pembelian.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-54544672112172786682013-10-13T05:19:00.001-07:002013-10-13T05:19:18.302-07:00tahukah kalian apakah tanda2 seseorang mempunya saka? mari kita luangkan sedikit masa untuk sama2 membaca artikel ini.http://m.yahoo.com/w/ygo-mail/message/proxyattached.bp?m=2_0_0_1_275998_AIDECmoAAAcnUio58gAAAHGoY%2FYf=Inboxp=2op=html.ts=1378513598.intl=my.lang=en-my
Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Petanda Seseorang Mempunyai Saka | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib
seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak,
daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan
mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan
akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing
atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti
memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah
SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar
daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik
asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang
menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah
untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang
dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan
nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi
ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah
tinggal serumah bersama si mati.
Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Gejala waktu tidur
Susah tidur malam.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
Mimpi melihat budak kecil.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
Selalu pening kepala.
Lalai mengingati Allah SWT
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan.
Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat
seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan
berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan
cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan
amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,”
katanya.
http://harianislam.com/2013/01/23/petanda-seseorang-mempunyai-saka/
syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-45179470162540305672013-10-13T05:11:00.002-07:002013-10-13T05:11:16.284-07:00salam aidiladhaassalamualaikum dan salam sejahtera. pada 15 oktober nanti, sekalian umat islam akan menyambut hari raya haji. di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. marilah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar2nya. syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-71436285759677316522013-03-03T03:37:00.000-08:002013-03-03T03:37:31.740-08:00di sebalik gangnam styledaripada Zamrood budiman.
Saya kongsikan article di bawah ini untuk kita ambil pengajaran dan iikhtibar darinya!!!
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM oleh Mohamad Sidik pada 7 Oktober, 2012
Pada malam itu setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah
kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah
penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan
datang saya pun memesan makanan yang saya mahu.
Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya
seraya bertanya,
"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.Kemudian pelayan datang
kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman.
Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia,
bukan?"
Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang
kawan.."
"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk
sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum
seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya...
"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan
nada yang tegas dan berani.
"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.Perbualan terhenti seketika beberapa lama.
Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.
"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan
tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.
"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.Kemudian dia diam kira-kira
sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi
perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin
mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan
dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."Kemudian
dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu."Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya
akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.
"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing
dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan
mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat
yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter."
"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan
yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam
TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri.
Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat
berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan
yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."
"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut
sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah
sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka.""Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat
palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut
penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua
para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."
"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para
jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada
keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya...
saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka
kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup
mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan
mereka akan dibunuh.
"Sampai di sini" tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.Saya sudah tentu sangat
terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya, "Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry
so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk
beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana
disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya
sebelum ini..
"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu,
salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh
diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung
kembali kisahnya,
"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."
"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan
dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa
saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan
kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga
meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai
gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya
dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya
meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan
kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus
asa."
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup
saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya
pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh
hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar
ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar
muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."
Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang
Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua
telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...
"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau
berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.
"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah
kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi
lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan
diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang
peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya
ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa
yang lain."
"Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh
ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa
yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans
yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster
besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh
buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.
"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang
buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.
"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."
"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini
saya berumur 29 tahun dan saya berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya
dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan
ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.
"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini
kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..."
kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.
"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tegasnya dengan
nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan
dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan
untuk membalas segala kejahatan mereka."
"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki
menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani."
balas saya kembali untuk menenangkannya."Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya
saya kepadanya dengan meneka-neka.
"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini
dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah
kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar
bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena
dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan
kepada saya.Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu
meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama
mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan
malam saya ada orang belanja.
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama
Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya
serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri.
Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu
dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya.
Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita
untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea.
Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi.
Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual
seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid
yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang
jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih
kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah
dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama
Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah,
alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah
putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya
dengar berlaku di negara Korea yang maju..
Bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga
kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita
yang dilindungi oleh orang-orang besar.Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami
di dunia dan di akhirat...
[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM...
Diharapkan agar saya dan sekalian sahabat yang membaca article ini mengambil ikhtibar dan mendapat manfaat darinya...syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-25359295466728750112012-12-22T20:05:00.001-08:002012-12-22T20:05:41.695-08:00kepada para penjawat awam.
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2013 Untuk Penjawat Awam
Januari
25/01/2013, KHAMIS
Februari
25/02/2013, ISNIN
Mac
25/03/2013, ISNIN
April
25/04/2013, KHAMIS
Mei
23/05/2013, KHAMIS
Jun
25/06/2013, SELASA
Julai
25/07/2013, KHAMIS
Ogos
22/08/2013, KHAMIS
September
25/09/2013, RABU
Oktober
8/10/2013, SELASA
November
25/11/2013, ISNIN
Disember
18/12/2013, RABU
syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-60304446307486116762012-12-22T18:03:00.001-08:002012-12-22T18:03:22.815-08:00bertindak dalam diammulai dari hari dan saat ini serta bersempena tahun baru masihi yang bakal menjelang tidak lama lagi, aku mengambil keputusan dan membuat satu ketetapan ke atas diri aku iaitu aku perlu lebih banyak bertindak bagi memajukan diriku dan untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang aku hadapi. ada juga sebahagian daripada tindakan yang aku ambil itu aku akan rahsiakan daripada pengetahuan orang-orang terdekat kerana sebab-sebab tertentu. walau apapun yang aku lakukan, tujuannya adalah untuk membina masa depanku yang lebih baik dan terjamin. bukan aku tidak mahu bersyukur dengan apa yang aku telah miliki setakat ini tetapi, aku ingin membina dan meningkatkan tahap kehidupan yang jauh lebih selesa berbanding sekarang.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-59096718023406363622012-07-03T04:20:00.002-07:002012-07-03T04:20:33.257-07:00jika orang dah tak suka, biarlah aku pergi membawa dirisebenarnya, aku merasa teramat sedih. kerana kehadiran aku di sini mereka anggap menyusahkan. kenapa terlalu negatif pandangan mereka terhadap aku. sedangkan, jauh di sudut hatiku, aku amat berbangga terhadap mereka. di manakah keikhlasan hati mereka terhadap diriku? inilah dugaan yang paling berat yang ditimpakan ke atas diriku. kenapakah mereka langsung tidak boleh melihat setiap kelebihan yang allah kurniakan ke atas diriku dan menutup kelemahan dan kekurangan diriku? aku yakin dengan kekuasaan Allah dan janji Allah yang akan memberi balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat. walau apapun dugaan yang melanda, kehidupanku perlu diteruskan. aku akan berusaha, bergerak dan bertindak bagi mendapatkan sesuatu yang aku impikan. jika di sini bukan rezekiku, bukan tempat yang sesuai untukku, aku akan usahakan sesuatu yang lebih baik. aku tidak akan patah semangat dengan permasalahan yang remeh temeh ini. mungkin permasalahan yang aku hadapi di sini, membuka minda dan peluang aku yang lebih baik di tempat lain. insya allah, aku akan usahakan. aku yakin bahawa setiap dugaan, mesti terdapat hikmah yang tersembunyi. masalah yang dihadapi pada hari ini, merupakan peluang untuk aku mengenal potensi dan kebolehan diriku yang sebenar. jika perlu berubah, aku akan berubah. jika perlu berhijrah, aku akan berhijrah. aku yakin, allah sentiasa bersamaku.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-31907965315362113642012-04-25T09:23:00.000-07:002012-04-25T09:23:01.857-07:00jangan sombong dengan takdirdaripada :Noornawal Othman
... Jangan Sombong Dengan Takdir....
Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukansahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.
Iblis Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian? Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu.
Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!
....Takdir Dan Iman Kita......
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita.
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman. Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
......Takdir Mengatasi Tadbir .......
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari... Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
....Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan....
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
......Apa Khabar Iman Anda? ......
Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Suara Hati FC yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
.....Bersangka Baik Dengan Allah...
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.
Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
....Nikmat Allah.....
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan. Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya." Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya.
Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tusyafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-5142286030429512432012-04-24T11:16:00.002-07:002012-04-24T11:16:52.947-07:00sakit gigi berterusandah hampir sebulan aku sering dilanda sakit gigi secara berterusan. sudah 3 kali aku berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan. disebabkan sakit yang kualami ini, banyak urusan harianku tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana menanggung kesakitan yang amat sangat. pada hari semalam, aku tidak dapat ke tempat kerja kerana terlalu sakit. makan, minum dan tidur pun sering terganggu dan jadi tidak menentu. semalam, aku telah ke klinik sekali lagi untuk mendapatkan rawatan. menurut doktor, gigi yang rosak itu perlu dicabut namun disebabkan bengkak, doktor meminta aku makan ubat terlebih dahulu dalam tempoh 3 hari. selepas itu, barulah aku perlu datang semula ke klinik tersebut bagi tujuan mencabut gigi yang sakit tersebut. kesakitan yang aku alami, hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui betapa deritanya menahan kesakitan ini. walau seramai mana pun orang yang berada di sekeliling semasa sedang sakit gigi mereka hanya mampu melihat dengan rasa simpati, tetapi. pada hari jumaat atau sabtu ini, aku terpaksa berjumpa doktor lagi. namun sebenarnya, itulah tempat dan orang yang paling aku tak suka nak jumpa dan pergi. dah tak sanggup lagi nak berulang alik ke klinik.,syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-54427128575253859182012-04-21T01:59:00.001-07:002012-04-21T01:59:36.232-07:00hargailah insan di sekeliling kita[BT] hargailah insan-insan disekeliling kita sementara...
Thursday, 19 April, 2012 11:17 PM
From:
"Hadeni Oni Cool" <notification+zrdoh1rrd=de@facebookmail.com>
To:
"BT" <288973594518812@groups.facebook.com>
Hadeni Oni Cool posted in BT
Hadeni Oni Cool
11:17pm Apr 19
hargailah insan-insan disekeliling kita sementara mereka masih ada
~Papa Sayang Ayu~
Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.
Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri disampingnya, sambil memegang buku cerita baru.
Buku bergambar seorang puteri kecil yang comel, sangat menarik
perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian
ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca
matanya, kalimah yang keluar kalimah penyejuk hati Ayu
"Wah,. buku baru ya Ayu?", "
"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari
ayahnya.
"Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,
"Ayu... .. papa sedang sibuk sangat, nanti-nanti ya" sanggah
Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius. Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"
Salleh mulai agak marah, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh
mama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya comel-comel", " Lain kali lah Rahayu, ke SANA!!!! papa banyak kerja" Salleh berusaha menumpukan perhatiannya pada lembar-lembar kertas kerjanya, minit demi minit terus berlalu,
Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh pengharapan, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh mengeluarkan kata-katanya dengan kuat,
Kali ini Salleh berjaya, semangat kecil Rahayu lalu kecewa dengan sikap papanya, hampir
menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada masa, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat mendengar "
Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan si kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Puteri, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;
"Baammmm!!"
Beberapa orang jiran tetangga dengan terkejut memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh di pandu oleh seorang pemandu yang sedang mabuk. Tubuh si kecil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju Hospital, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah membuak-buak terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak dapat di selamatkan lagi ketika sampainya di Hospital terdekat.
Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu terluang untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan si kecil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,
",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali di telinganya.
Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya
keheningan dan kesunyian hati, tawa dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita Puteri yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di satu sudut ruangan.
Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar
halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh
menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air matanya.
"Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya
berkata,.lagi "Rahayu.. papa mohon maaf nak"
" papa sayang Rahayu "
Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan sebak ketika itu; Salleh bersujud dalam menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk bersama anaknya yang dicintai, namun segalanya sudah berakhir kerana kesempatan itu selalunya datang hanya sekali, dan tiada keduanya kerana Rahayu telah kembali kepada Allah untuk selama-lamanya.
View Post on Facebook • Edit Email Settings • Reply to this email to add a comment.
________________________________________syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-29306247398151294392012-04-21T01:55:00.001-07:002012-04-21T01:55:28.134-07:00zikir menyucikan hatiMENYUCIKAN HATI YANG KOTOR
...
INSYAALLAH ♥ ♥ ♥
Zikir Menyucikan Hati,Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH SWT buat selama-lamanya
Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.
Sesungguhnya, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman :
“Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati,dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al- Qur’an Surah Al-A’raf [7] : 205)syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-1923080563693378342012-04-07T01:57:00.000-07:002012-04-07T01:57:06.347-07:00berita sabtuassalamualaikum dan salam sejahtera. pagi tadi aku telah berkesempatan menghadiri Seminar Pemantapan Pendidikan Khas yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Azizah. aku pergi dan pulang dari seminar tersebut dengan menggunakan perkhidmatan teksi. penceramah utama pada seminar tersebut ialah puan Habsah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. aku amat mengenali pensyarah ini. menurut beliau, pelajar pendidikan khas perlu diberi peluang untuk melakukan sesuatu mengikut potensi dan kebolehan serta keupayaan mereka. pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu memudahkan pergerakanku sebagai salah seorang peserta seminar sepanjang majlis tersebut. sebagai seorang pencinta ilmu, aku amat berminat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu sama ada yang berbentuk seminar, ceramah mahupun forum.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-4488215851601189372012-03-31T20:54:00.000-07:002012-03-31T20:54:36.108-07:00cabaran hidupku di tempat sendiriassalamualaikum dan salam sejahtera. sudah hampir dua bulan lamanya aku tidak menulis di laman blog ini. hari ini aku berasa amat sedih dengan beberapa permasalahan yang melanda. walaupun aku ditempatkan sebagai guru di negeri kelahiranku sendiri dan tinggal bersama keluarga, namun aku agak sukar untuk bergerak ke mana-mana bagi menyelesaikan urusan hidupku seperti membayar bil, membeli keperluan, berjumpa doktor jika sakit dan pergi ke mana-mana tempat yang aku ingin pergi. aku terpaksa bergantung harap kepada rakan-rakan atau meminta bantuan daripada driver teksi untuk membawaku. kadang-kala, rakan-rakanku tidak mempunyai masa lapang untuk membantuku kerana mereka sibuk dengan urusan masing-masing. walau-pun mempunyai ramai kaum kerabat di sini namun apabila aku perlukan pertolongan, masing-masing agak sukar untuk menghulurkan pertolongan. ini mungkin disebabkan mereka tidak mengalami permasalahan yang aku alami. mereka tidak pernah merasa bagaimana menjadi buta atau cacat penglihatan. di sini bukan macam di Kuala Lumpur, segala kemudahan untuk kegunaan Oku memang terjamin dan banyak disediakan. kenderaan awam seperti LRT, teksi, bas, monorel dan komuter juga banyak dan mesra pengguna dan mesra oku. Begitulah jika berlakunya kegagalan dalam memupuk rasa tanggungjawab terhadap diri seseorang individu itu. mereka tidak pernah cuba untuk memahami masalah dan diri orang lain. aku sekali-kali tidak suka juga jika terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan urusan hidupku. namun dalam sesetengah situasi, perkara ini terpaksa dilakukan kerana aku tidak mampu untuk membawa kenderaan sendiri. kalau aku boleh membawa kenderaan sendiri, aku tidak akan menyusahkan sesiapa pun. disebabkan masalah ini, banyak urusan hidupku agak tergendala. jika rakan-rakan aku tidak berkelapangan untuk membantuku, sesuatu urusan hidupku terpaksa ditangguhkan. aku bukan tidak redha dengan dugaan ini, namun sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kadang-kadang aku agak kecewa apabila menghadapi masalah yang sebegini. sampai bila perlu bergantung kepada kawan-kawan, kalau begitu keadaannya, lebih baik aku bertugas di tempat lain seperti di kuala lumpur. aku rasakan, itu lebih baik. aku akan usahakan untuk memohon pertukaran bertugas di tempat lain. lagi jauh, lagi bagus.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-87291709267076722512012-02-09T05:07:00.000-08:002012-02-09T05:07:45.380-08:00aku dan facebook.salam kepada semua. pada masa kini, facebook merupakan salah satu laman sosial yang amat digemari ramai, termasuklah saya. kadangkala, saya menghabiskan masa beberapa jam lamanya di depan laptop untuk berfacebook. walaupun tidak dapat melihat gambar yang dimuatnaik ke wall fb, namun saya dan rakan-rakan cacat penglihatan yang lain masih boleh menggunakan kemudahan laman facebook untuk chatting, menghantar dan menerima mesej serta menulis di wall atau membaca dan menulis coment. jika dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan, laman sosial ini dapat memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti dapat mengetahui perkembangan semasa, membaca artikel-artikel, serta mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling dengan cepat dan pantas. namun, jika laman sosial ini disalahguna, pelbagai gejala negatif boleh juga terjadi dengan cepat melalui penggunaan laman facebook ini. kita sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna dan waras seharusnya pandai memanfaatkan segala bentuk alat teknologi dengan baik supaya kita tidak terjerumus ke arah perkara-perkara yang negatif yang boleh memudaratkan diri kita sendiri.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-41823561733590886512012-01-25T16:20:00.000-08:002012-01-25T16:20:06.743-08:00pergerakanku ke tempat bertugassalam kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya yang tidak seberapa ini. maaf kerana sudah lebih sebulan saya tak update blog ini kerana agak sibuk dengan tugas seharian. bermula dari 4 Januari 2012 ini, saya telah menyewa teksi untuk memudahkan urusan pergerakan saya ke tempat bertugas. bayaran dibuat secara bayaran bulanan iaitu sebanyak RM1670.00 setiap bulan untuk hari-hari persekolahan sahaja. syukurlah kepada Allah kerana telah membuka jalan untuk permudahkan urusan hidupku bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-61807741005456054072011-12-22T07:18:00.000-08:002011-12-22T07:18:35.555-08:00keputusan kursus induksi SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah menyemak keputusan kursus induksi dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi, kerana dengan segala limpah rahmatNya, saya telah lulus dengan jayanya. benarlah bagai dikata, setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan akan berakhir dengan kejayaan, insya Allah. aku bersyukur sangat2, interview SPP pun telah lulus, dan kini, KISSM pun dah lulus. insya allah, aku akan usakan yang terbaik utk berkhidmat kepada bangsa dan negara tercinta. biar berjuta rintangan melanda, namun aku akan gagahkan diri untuk hadapinya demi tugas dan tanggungjawab yang dipikul.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-62246745804994617102011-12-21T08:09:00.000-08:002011-12-21T08:09:08.898-08:00tahukah anda terdapat lima golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang menghina kitab suci ALQURAN?Kenali 5 golongan yang menghina al-Quran<br />
OLEH: DATO' DR HARON DIN<br />
PERIHAL penghinaan terhadap al-Quran bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sudah berlaku seawal Islam itu diturunkan kepada manusia. Bentuk dan caranya sahaja<br />
yang berlainan tetapi natijahnya sama iaitu penghinaan terhadap al-Quran.<br />
Menghina al-Quran bererti menghina Islam. Menghina Islam bererti menghina Allah SWT. Di akhir-akhir ini heboh (bukan Sure Heboh), berita panas tentang al-Quran<br />
diletakkan dalam tandas yang dipetik sumbernya daripada majalah Newsweek edisi 9 Mei 2005 di ruangan Periscope halaman 5.<br />
Disiarkan berita ekslusif mengenai pasukan penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan taktik deraan terhadap tahanan Islam di Teluk Guantanamao<br />
(Gitmo) di Cuba, tajuk berita asalnya ialah 'Scandals speards'.<br />
Lebih malang lagi menurut sumber tersebut, al-Quran bukan sekadar diletakkan dalam tandas, malah difahamkan ianya dijadikan kertas pengelap najis dan dimasukkan<br />
ke dalam mangkuk tandas.<br />
Malah akhbar juga memaparkan bahawa aduan mengenai penghinaan terhadap al-Quran berlaku sejak tahun 2002 lagi.<br />
Media-media dalam negara juga memaparkan berita-berita mengenai penghinaan terhadap al-Quran yang mencetuskan kemarahan amat sangat di kalangan umat Islam<br />
khususnya di Afghanistan dan Pakistan yang mengakibatkan beberapa rusuhan berlaku.<br />
Rusuhan tersebut mengakibatkan ramai yang terkorban dan beratus-ratus orang tercedera.<br />
Dalam negara kita pula, akhbar melaporkan tentang suatu kes 'Jubin hina Islam dirampas.' Berita tersebut Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian<br />
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) merampas sejumlah jubin lantai mengandungi tulisan mirip kalimah Allah dalam serbuan<br />
di dua kedai di Kulai, Johor.<br />
Saya memetik laporan, bahawa menurut sumber itu, jubin tersebut dikesan hasil aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati tulisan kalimah Allah, jelas pada<br />
corak permukaan jubin.<br />
Saya menyebut di awal tadi bahawa sejarah manusia menghina wahyu Allah, iaitu al-Quran, bukan perkara baru. Sewaktu Islam mula berkembang dalam keadaan<br />
pengikutnya yang amat terhad ketika pengikutnya terdiri daripada golongan lemah dan tidak berdaya, al-Quran dihina oleh masyarakat jahiliyyah dengan mengatakannya<br />
sebagai cerita-cerita donggeng.<br />
Peristiwa ini dipaparkan oleh al-Quran dalam banyak surah. Antaranya firman Allah yang mafhumnya;<br />
"Apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Allah, dia berkata itu adalah cerita-cerita donggeng. Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang mereka selalu<br />
usahakan itu menutup hati mereka dari kebenaran." (Surah al-Mutaffifin ayat 13-14)<br />
Allah berfirman yang mafhumnya;<br />
"Orang-orang yang kufur itu, apabila mendengar ayat-ayat Allah, mereka akan mengatakan bahawa itu adalah cerita-cerita donggeng." (Surah al-An'am ayat 53)<br />
Perkataan sedemikian itupun sudah merupakan suatu penghinaan terhadap kalamullah!<br />
Oleh kerana musuh Islam pada dasarnya tidak mengimani al-Quran itu sebagai suatu yang benar, turun daripada Allah SWT, maka mereka melakukan apa sahaja<br />
untuk menghina al-Quran.<br />
Lain halnya apabila al-Quran itu sendiri dicerca dan dihina oleh orang yang beragama Islam seperti yang dilakukan oleh penulis yang bernama Salman Rushdie<br />
dalam bukunya 'The Satanic Verses' yang menggambarkan al-Quran bukan kalamullah tetapi ungkapan-ungkapan yang ditiupkan oleh syaitan ke dalam telinga Nabi<br />
Muhammad S.A.W atau diambil daripada kata-kata batil untuk menyesatkan manusia.<br />
Apabila hal ini berlaku, timbul kemarahan umat Islam sehingga menggerakkan Kerajaan Islam Iran dibawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menawarkan jutaan dolar<br />
AS bagi sesiapa yang boleh menghapuskan Salman Rushdie yang jelas menghina al-Quran dan dijatuhkan hukuman murtad.<br />
Tindakan tegas terhadap penulis 'The Satanic Verses' ini adalah bertepatan dengan al-Quran, al-hadis serta ijmak ulama bahawa orang yang murtad setelah<br />
cukup segala keterangan dan bukti hendaklah dibunuh.<br />
Seluruh media massa dari dahulu hingga sekarang, seolah-olah hanya menumpukan penghinaan terhadap al-Quran dengan membangkitkan isu-isu seperti meletak<br />
al-Quran dalam tandas, memijak ayat al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai bungkusan makanan, mencetak al-Quran di pakaian dan meletakkan ayat-ayat al-Quran<br />
pada permainan kanak-kanak.<br />
Seolah itulah sahaja bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Hampir tidak pernah ditulis atau diulas bahawa mengenepikan atau memulaukan al-Quran sebagai pedoman<br />
utama dalam penghidupan bernegara boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap al-Qurannul Karim.<br />
Perihal ini Allah SWT berfirman yang mafhumnya;<br />
"Dan mengadulah Rasul kepada Allah dengan madahnya 'Ya Tuhan-Ku, sesungguhnya kaumku telah mengambil sikap memulaukan al-Quran. Seperti itulah telah Kami<br />
adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah Tuhan-Mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong." (Surah al-Furqan, ayat 30-31).<br />
Perkataan 'Mahjuura' dalam ayat di atas, seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi<br />
telah memulaukan pada 5 perkara utama iaitu:<br />
1. Memulaukan al-Quran tanpa membacanya;<br />
2. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil faham petunjuk-petunjuk-Nya dalam;<br />
3. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil hukum hakam-Nya;<br />
4. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikan itu sebagai pemutus kepada semua masalah kehidupan dan<br />
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya penawar kepada permasalahan sakit jasmani dan rohani mereka.<br />
Jika tafsiran ini dapat difahami, maka jelas jika dilihat dalam diri umat Islam kini, khasnya di Malaysia, rata-rata telah memulaukan al-Quran.<br />
Khususnya golongan yang berkuasa dengan tidak menjadikan al-Quran sebagai kitab utama, petunjuk yang menjadi tumpuan dan diambil iktibar sebagai pedoman<br />
serta pengajaran.<br />
Penghinaan al-Quran dalam hidup kita dengan meletakkan atau mengkategorikan al-Quran (ciptaan Allah) di bawah perlembagaan ciptaan manusia. Kita menjadikan<br />
dan meletakkan undang-undang ciptaan manusia mengatasi undang-undang ciptaan Allah.<br />
Hal ini jelas merupakan suatu penghinaan terhadap al-Quran!<br />
Jika kita merujuk kepada hukum-hukum al-Quran seperti hukuman hudud misalnya, bukan sahaja tidak mahu diambil untuk dijadikan undang-undang negara, malah<br />
pernah pernah dikatakan oleh pemimpin kanan negara bahawa hukuman itu tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak relevan.<br />
Kita pernah juga mendengar komen yang menghina al-Quran seperti ungkapan "kalaulah hukuman hudud (khususnya kepada golongan pencuri dan perompak) dilaksanakan<br />
ke atas umat Islam, maka akan jadilah mereka anggota masyarakat yang cacat anggota dan tidak boleh bersaing, di pandang hina dan tertindas kerana kecacatan<br />
anggota yang nyata."<br />
Kita juga pernah mendengar kata-kata "sesiapa yang hendak merasa makanan sup tangan maka pergilah ke Kelantan". "Jika hukuman ini dilaksanakan, maka akan<br />
bersepahlah tangan-tangan yang dipotong akan busuklah seluruh negara."<br />
Terdapat golongan yang menuduh hukum-hukum Islam, dengan mengatakan adanya tidak adil kerana kononnya wujud diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita<br />
dalam beberapa hal seperti yang dibangkitkan tentang soal pemberian harta, kuasa cerai kepada lelaki, khalifah disyaratkan lelaki, imam solat Jumaat lelaki<br />
dan berbagai-bagai lagi.<br />
Semua ini adalah penghinaan yang amat berat terhadap al-Qurannul Karim.<br />
Malah, akhir-akhir ini kedengaran wujud ketidakyakinan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, sebagai agama yang sempurna, yang mampu menjana kekuatan<br />
bagi membina negara yang bertamadun yang sepatutnya diterima sepenuhnya untuk dilaksanakan.<br />
Krisis keyakinan ini terbongkar apabila perkataan Hadhari terpaksa ditambah menjadikan Islam Hadhari sebagai gagasan baru untuk menjadi penggerak suatu<br />
usaha baru ke arah pengukuhan tamadun dunia yang berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan.<br />
Hal ini sebenarnya mencerminkan ketidakyakinan kepada Islam sebenar seperti yang disebutkan dalam al-Quran (mafhumnya) "Sesungguh agama disisi Allah SWT<br />
adalah Islam". Bukan Islam Hadhari, tetapi Islam!<br />
Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini, tidak menjadikan Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak ke arah tamadun yang sebenar.<br />
Islam memberi keutamaan kepada mencapai keredaan Allah SWT.<br />
Malah kita melihat dari sudut yang lain bahawa hukum hakam ada dalam al-Quran itu telah dijadikan sebagai suatu bahan untuk dipilih mana yang selaras dengan<br />
selera pihak berkuasa dan memberi keuntungan keduniaan yang nyata, khasnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan jasmani.<br />
Adapun hukum yang tidak memberi keuntungan yang nyata, ia ditinggal atau diketepikan.<br />
Lebih parah daripada itu dilihat aktiviti ekonomi manusia, yang terang-terang melaksanakan prinsip yang bertentangan dengan al-Quran seperti mengamalkan<br />
aktiviti riba, membolehkan aktiviti perjudian yang mendatangkan faedah duniawi dan menyumbang ke arah penabungan negara, memberi kebenaran dan lesen untuk<br />
acara-acara hiburan yang melampaui batas yang sepatutnya dikawal, juga tindakan yang memantapkan pengaruh dengan cara melalaikan ummah dengan hiburan.<br />
Aktiviti ini semua jelas bertentangan dengan petunjuk Allah kerana ia mengajak manusia hidup dengan berseronok dan berpoya-poya serta bertuhankan hawa nafsu.<br />
Walaupun ianya mendapat tentangan mufti-mufti dan alim ulama, itu semuanya tidak diendahkan kerana keutamaan bukan menjunjung titah Allah, tetapi memberi<br />
keutamaan kepada pembinaan tamadun dunia yang berasaskan nilai kebendaan.<br />
Oleh kerana itulah, saya melihat bahawa penghinaan terhadap al-Quran tidak begitu parah jika ia berlaku berpunca daripada golongan kuffar kerana mereka<br />
sememangnya buta hati, buta akal dan buta cita rasa.<br />
Akan tetapi saya berasa kesal dan malang apabila berlaku penghinaan (sebagaimana yang saya catatkan sebahagiannya) di kalangan umat Islam yang rata-rata<br />
membaca al-Quran dan mengimaninya sebagai salah satu rukun iman, tetapi dalam amalan mereka meragui dan mempunyai prasangka buruk bahawa al-Quran mampu<br />
menjadi penyelesaian permasalahan manusia.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-1294961706010541572011-12-10T02:14:00.000-08:002011-12-10T02:14:33.672-08:00bestnya di melakaselama 10 hr aku berada di bumi melaka untuk menemani dan membantu salah seorang kawanku setelah tiba di melakacentral pada 25 november, aku telah dijemput oleh kawanku bersama2 adiknya menuju ke rumah nenek saudaranya. menurutnya, dia terpaksa menjaga dan menemani nenek saudaranya untuk tempoh beberapa hari.pada keesokannya, aku dan kawanku telah ke klinik untuk membuat medical chekup. selain itu, pada hari berikutnya, kami pergi membeli barang-barang keperluan untuk adiknya yang akan menyambung pengajiannya ke politeknik merlimau tidak berapa lama lg. pada kesempatan ini, aku pun turut membeli sedikit barang2 yang aku minati termasuklah beberapa buah buku yang aku gemari. <br />
untuk percutian kali ini, aku tidak dapat menziarahi atau melawat ke tempat2 menarik di sekitar melaka kerana rakanku itu mempunyai pelbagai urusan penting yang perlu beliau selesaikan, di samping perlu menjaga neneknya yang berada dalam keadaan kurang sihat. namun, aku berasa amat seronok kerana dapat berjumpa dengan rakanku sambil bercerita dan berkongsi masalah dan pelbagai kisah suka duka yang dihadapi.<br />
.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3576895353914163938.post-37761937723764037882011-12-01T18:00:00.000-08:002011-12-01T18:00:08.856-08:00seminggu di Melakaassalamualaikum dan salam sejahtera. sedar tak sedar, hari ini, telah genap seminggu aku berada di negeri melaka. ini merupakan salah satu aktiviti pengisian cuti persekolahanku untuk kali ini. aku berada di rumah salah seorang rakan rapatku sambil2 bercuti dan mengisi masa lapang. aku bercadang untuk pulang ke kuantan pada minggu hadapan. jom cuti-cuti sambil rehatkan minda dan tenangkan fikiran sebelum kembali ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab dan tugas baru sebagai seorang pendidik. aku akan manfaatkan percutian ini dengan sebaik-baiknya.syafawatihttp://www.blogger.com/profile/16407323871658863264noreply@blogger.com0