Thursday, February 9, 2012

aku dan facebook.

salam kepada semua. pada masa kini, facebook merupakan salah satu laman sosial yang amat digemari ramai, termasuklah saya. kadangkala, saya menghabiskan masa beberapa jam lamanya di depan laptop untuk berfacebook. walaupun tidak dapat melihat gambar yang dimuatnaik ke wall fb, namun saya dan rakan-rakan cacat penglihatan yang lain masih boleh menggunakan kemudahan laman facebook untuk chatting, menghantar dan menerima mesej serta menulis di wall atau membaca dan menulis coment.  jika dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan, laman sosial ini dapat memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti dapat mengetahui perkembangan semasa, membaca artikel-artikel, serta mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling dengan cepat dan pantas. namun, jika laman sosial ini disalahguna, pelbagai gejala negatif boleh juga terjadi dengan cepat melalui penggunaan laman facebook ini. kita sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna dan waras seharusnya pandai memanfaatkan segala bentuk alat teknologi dengan baik supaya kita tidak terjerumus ke arah perkara-perkara yang negatif yang boleh memudaratkan diri kita sendiri.