Friday, June 24, 2011

sikap suka mencari kelemahan orang.

pada kali ini aku ingin berkongsi tentang sikap segelintir manusia yang terlalu suka mencari kelemahan dan kekurangan orang lain. kemudian menceritakan pula kelemahan dan kekurangan orang tersebut kepada orang-orang lain yang tidak berkenaan. apakah motif utama perbuatan tersebut? adakah mereka berasa satu kepuasan setelah dapat mendedahkan keaiban orang lain. sedangkan mereka tahu akan akibat daripada aktiviti yang kurang sihat ini. daripada duk mengutuk mengata orang, lebih baiklah yang empunya diri itu bermuhasabah diri. lebih baik cari kelemahan diri sendiri dan cuba perbaiki. kalau boleh, semua orang nak hidup di atas dunia ini dalam keadaan sempurna seratus peratus tapi apakan daya kita sebagai manusia biasa yang diciptakan Tuhan dengan ada kekurangan dan kelemahan. ingatlah, hanya Allah sahajalah yang Maha Sempurna. tak perlulah kaorang terlalu berbangga dengan sedikit nikmat atau kelebihan yang dianugerahkan. pastu duk cari pula kelemahan dan kekurangan orang lain. janganlah merasakan diri kamu tu terlalu bagus. kalau Allah nak tarik balik nikmat, dalam sekelip mata saja segalanya boleh berubah. hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. bukan selamanya kita akan berada dalam zon selesa. hari ini kita duk mengutuk mengata orang, esok lusa atau lau tidak pun sepuluh tahun akan datang, orang lain pulak akan mengutuk mengata dan mencari kelemahan kita. ingatlah, setiap perbuatan ada balasan. lau tak kat dunia yang fana ni, akan dapat juga balasan yang setimpal di akhirat nanti.

Thursday, June 23, 2011

aku dan komputer

salam semua. pada masa kini, memiliki kemahiran dalam bidang ICT merupakan satu keperluan. ini termasuk juga golongan OKU seperti saya. dengan adanya software-software dan peralatan tertentu seperti jaws dan juga perisian pembaca skrin yang lain, saya dan rakan-rakan oku penglihatan juga dapat mengakses maklumat sepertimana golongan normal. saya mula belajar ilmu komputer semasa tahun pertama di universiti malaya. saya tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus komputer yang dianjurkan oleh persatuan dan pertubuhan orang buta seperti MAB dsb. namun alhamdulillah, semasa di UM, ramai rakan-rakan yang amat prihatin dan bermurah hati untuk mengajarkan kepadaku tentang ilmu komputer ini. jasa dan pengorbanan  kalian tetap saya kenang sampai bila-bila. terima kasih rakan-rakanku. dulu, kini dan selamanya.   

pengisian masa lapang

assalamualaikum dan salam sejahtera. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. apakah aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang? tentunya kalian mempunyai cara yang tersendiri bagi memanfaatkan masa lapang kalian kan? bagi saya, pada kebiasaannya, saya sering menghabiskan masa dengan surf internet. berkunjung ke laman web yang bermanfaat dan membaca segala artikel menarik, membaca berita secara online, membaca email, melihat komen2 di facebook dan sebagainya. sejak kebelakangan ini, saya sering mengisi masa lapang saya dengan membaca cerpen. tujuan saya membaca bukan hanya sekadar mengisi masa, tetapi apa yang lebih penting, salah satu cara saya untuk menambahkan pengetahuan dan mengisi minda dengan segala informasi. tak kiralah apa juga bentuk bahan bacaan, kita seharusnya bijak memilih dan menilai dengan akal fikiran yang rasional tentang isi kandungannya. ini merupakan salah satu daripada cara saya mengisi masa lapang. banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan tetapi ianya bergantung kepada minat seseorang. ada lagi aktiviti lain yang saya sering lakukan untuk pengisian masa lapang. bersambung kemudian. janganlah sekali-kali bazirkan masa anda dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. sesungguhnya, kita akan dipertanggungjawabkan dan akan disoal di sana nanti. masa itu emas. masa yang pergi tak akan kembali. manfaatkan lah ia dengan sebaiknya. sekian untuk kali ini.

Tuesday, June 21, 2011

aku bersyukur

alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi atas segala nikmat limpah kurnyaNya ke atas diriku.
sesungguhnya nikmat Allah itu terlalu banyak dan tak mampu untuk dihitung jumlahnya.
1. aku bersyukur kerana Allah telah menghidupkan aku di muka bumi ini. walaupun aku dilahirkan dalam keadaan tak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang, namun alhamdulillah kerana Allah telah memberikan peluang untuk mendiami dan mengenal dunia ini.
2. aku amat bersyukur kepadaNya, walaupun aku diuji denga tidak dapat melihat (buta), namun aku masih dikurniakan empat lagi pancaindera yang boleh berfungsi dengan baik.
3. aku amat bersyukur kerana telah mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi iaitu ijazah walaupun aku terpaksa berusaha dengan gigih dan perlu bersaing dengan mahasiswa normal yang lain.
4 aku juga rasa amat bersyukur kerana telah terpilih untuk mengikuti kursus perguruan lepas ijazah yang membolehkan aku untuk menjadi seorang guru kelak.
5. nikmat yang paling aku perlu dan wajib bersyukur adalah nikmat Islam dan Iman.  syukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam dan aku perlu sentiasa meningkatkan tahap keimanan kepadaNya. aku akan berusaha untuk menunaikan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya. ini adalah sebahagian nikmat Allah ke atas diriku. sesungguhnya, nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. seluas langit dan bumi dan segala isinya. aku harap agar diri ini sentiasa mensyukuri segala limpahkurnia dan rahmatNya ke atas diriku. sekian, wassalam.

Thursday, June 16, 2011

ujian demi ujian

salam semua. pada kali ini aku ingin menceritakan sedikit kisah yang agak sedih yang telah berlaku ke atas diriku. aku bukannya hendak memburukkan sesiapa tetapi sekadar ingin meluahkan perasaan dan menjelaskan kebenaran supaya dapat dijadikan iktibar kepada semua.
setelah setahun menjalani latihan sebagai guru pelatih di IPGIK, pada 2 jun yang lalu, iaitu setelah selesai interview SPP, maka aku telah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman atau ke pangkuan keluarga. namun aku menghadapi sedikit masalah apabila orang-orang yang aku hubungi untuk menjemputku di sana memberikan pelbagai alasan dan merungut untuk datang mengambilku dan barang-barang di maktab. bukan aku tidak boleh atau tidak tahu untuk pulang sendiri ke kampungku dengan menaiki bas namun disebabkan barang-barang yang terlalu banyak iaitu segala barang keperluan dan segala bahan2 pembelajaran, tidak mungkinlah untuk aku pulang dengan menaiki bas. bayangkanlah macam mana aku yang buta dan terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ini nak bawa bermacam-macam jenis barang yang berat seperti printer, brailler, beg laptop, tong yang mengandungi muatan buku dan berbagai-bagai lagi barangan lain menaiki bas. aku berasa amat terkilan dengan alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang boleh dikatakan kurang kesedaran sivik ni untuk menunaikan tanggungjawab mereka. seingat aku, bukannya selalu pun aku meminta bantuan daripada mereka, selagi termampu, dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, aku telah berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan hidup yang aku hadapi secara bersendirian ataupun dengan meminta pertolongan daripada kawan-kawan rapatku. kalau tidak kerana hendak membawa balik barang-barang yangbanyak tu, dah lama aku ambil keputusan untuk pulang sahaja dengan menaiki bas dari KL ke Kuantan.
namun aku bersyukur kerana Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui telah menggerakkan hati rsalah seorang rakan sekelasku dketika di maktab iaitu kak nor untuk membantuku. kak nor akan pulang ke terengganu dan dia telah singgah di kuantan untuk menghantar aku bersama barang-barang yang banyak tu. aku amat berterima kasih kepada rakan baikku kerana bermurah hati untuk menolongku. semoga segala urusan hidupnya sentiasa dipermudahkanNya. aku tidak sekali-kali ingin menceritakan keburukan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir manusia yang mempunyai pertalian darah namun  taknak cuba untuk memahami diri ini. aku bukannya inginkan layanan yang istimewa tapi cukuplah sekadar diri ini difahami dan disayangi supaya aku dapat menjadi insan yang bermotivasi.

Wednesday, June 8, 2011

berita untuk OKU


Beri peluang OKU tingkat kualiti hidup



KUALA LUMPUR: Golongan yang terbabit dalam proses membuat keputusan di kalangan pendidik, pembimbing, keluarga dan masyarakat diseru untuk mendampingi orang kurang upaya (OKU) bagi membuka hati dan minda untuk menghayati keperluan mereka sekali gus memperjuangkan nasib golongan terbabit.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata golongan OKU perlu diberikan hak yang sama seperti individu lain terutamanya dalam aspek pendidikan bagi memberi peluang kepada mereka meningkatkan kualiti hidup ke tahap yang lebih baik.

“Tidak kira apa juga jenis dan tahap ketidakupayaan yang dialami seseorang OKU itu, mereka seharusnya tidak dikecualikan daripada terus mendapat pendedahan atau bimbingan dalam pengajaran,” katanya ketika merasmikan Persidangan kali keempat ‘Program Bakti-Mind Conference’ di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Projek Bakti-Mind, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong.

Rosmah berkata, OKU turut berpeluang mengurangkan kebergantungan hidup mereka terhadap keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan melalui pemberian aspek pendidikan yang secukupnya yang mana dapat membina keyakinan diri golongan berkenaan untuk mengharungi masa hadapan kelak.

Menurutnya, tenaga pendidik perlu mempunyai pengetahuan asas dalam aspek pendidikan khas bagi membantu mempermudahkan tugas guru mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

“Aspek pendidikan khas adalah antara perkara yang amat penting kerana tanpa pengetahuan secukupnya mengenai perkara berkenaan tugas sebagai pendidik dilihat seakan tidak sempurna dan bakal menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Kata beliau, cara mendidik golongan OKU atau kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran perlu dilakukan dengan alternatif yang lebih kreatif seperti penggunaan alat muzik ketika proses pembelajaran bagi menarik minat dan perhatian mereka dalam aspek berkenaan.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

Friday, June 3, 2011

interview spp

salam semua. pada 2 Jun yang lalu aku telah selesai menghadiri temuduga SPP (suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) yang bertempat di maktab teknik cheras. alhamdulillah, aku merasa amat bersyukur kerana soalan yang diajukan oleh para penemuduga tidaklah terlalu sukar untuk dijawab. aku amat berharap agar lulus dan tak perlulah aku menduduki interview tersebut lagi pada masa akan datang. insya allah, keputusan atau jawapan sama ada lulus atau gagal interview tersebut akan diketahui dalam tempoh sebulan akan datang.