setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Thursday, December 23, 2010
persiapan untuk kembali ke maktab
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian. pejam celik pejam celik tak sedar cuti semester aku sudah hampir sampai ke penghujungnya, cuma berbaki lagi seminggu sahaja. semalam aku telah pergi membeli belah di carefor ditemani oleh rakan zaihasra yang merupakan kawan lamaku sejak sekolah lagi. aku membeli sedikit barang-barang keperluan untuk kubawa ke maktab nanti. aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa orang kawan yang sanggup membantu di kala aku dalam kesusahan. antara rakan-rakan baikku yang satu sekolah denganku ialah hidayah, syikin, farah, mas, dan zai. kami selalu keluar bersama2 apabila masing2 ada kelapangan. pada 3 hb 1 nanti, aku akan memulakan semester baru kursus yang amat penuh dengan cabaran. bulan depan juga, aku akan menjalani prakctikum selama 3 bulan tetapi tempatnya belum diketahui lagi di sekolah mana aku akan ditempatkan sebagai guru pelatih. aku berasa amat risau untuk berhadapan dengan cabaran ini. tetapi aku yakin, setiap ujian yang Allah berikan kepada setiap hambaNya adalah mengikut kempuan, seperti firman allah dalam surah albaqarah, allah tidak akan bebani seseorang hambanya melainkan apa yang terdaya olehnya. sekian sahaja buat kali ini, wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment