Friday, January 16, 2015

tahun baru disambut dengan perubahan baru

assalamualaikum dan salam sejahtera. maaf kerana telah lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan urusan-urusan tertentu. alhamdulillah tahun 2015 ini aku telah dapat memulakan penghidupan baru di tempat baru seperti mana yang aku impikan selama ini.syukur alhamdulillah kerana aku telah dapat bertugas di tempat kerja baru dan dapat ramai kawan baru. walaupun diuji dengan sedikit kesulitan pada mulanya untuk mendapatkan rumah sewa tetapi syukurlah segala permasalahan telah ada jalan penyelesaiannya. setakat ini, semua urusan hidupku di tempat baru dapat berjalan dengan lancar. benarlah berhijrah itu lebih baik. setiap pengalaman hidupku yang baru akan aku jadikan pedoman untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik. terima kasih kepada semua insan yang membantu dan syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmatNya pada setiap detik waktu kepada diri ku. insya allah, pada pertemuan yang akan datang, aku akan ceritakan pengalaman bermakna yang aku alami dengan lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment