salam semua. pada kali ini aku ingin menceritakan sedikit kisah yang agak sedih yang telah berlaku ke atas diriku. aku bukannya hendak memburukkan sesiapa tetapi sekadar ingin meluahkan perasaan dan menjelaskan kebenaran supaya dapat dijadikan iktibar kepada semua.
setelah setahun menjalani latihan sebagai guru pelatih di IPGIK, pada 2 jun yang lalu, iaitu setelah selesai interview SPP, maka aku telah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman atau ke pangkuan keluarga. namun aku menghadapi sedikit masalah apabila orang-orang yang aku hubungi untuk menjemputku di sana memberikan pelbagai alasan dan merungut untuk datang mengambilku dan barang-barang di maktab. bukan aku tidak boleh atau tidak tahu untuk pulang sendiri ke kampungku dengan menaiki bas namun disebabkan barang-barang yang terlalu banyak iaitu segala barang keperluan dan segala bahan2 pembelajaran, tidak mungkinlah untuk aku pulang dengan menaiki bas. bayangkanlah macam mana aku yang buta dan terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ini nak bawa bermacam-macam jenis barang yang berat seperti printer, brailler, beg laptop, tong yang mengandungi muatan buku dan berbagai-bagai lagi barangan lain menaiki bas. aku berasa amat terkilan dengan alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang boleh dikatakan kurang kesedaran sivik ni untuk menunaikan tanggungjawab mereka. seingat aku, bukannya selalu pun aku meminta bantuan daripada mereka, selagi termampu, dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, aku telah berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan hidup yang aku hadapi secara bersendirian ataupun dengan meminta pertolongan daripada kawan-kawan rapatku. kalau tidak kerana hendak membawa balik barang-barang yangbanyak tu, dah lama aku ambil keputusan untuk pulang sahaja dengan menaiki bas dari KL ke Kuantan.
namun aku bersyukur kerana Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui telah menggerakkan hati rsalah seorang rakan sekelasku dketika di maktab iaitu kak nor untuk membantuku. kak nor akan pulang ke terengganu dan dia telah singgah di kuantan untuk menghantar aku bersama barang-barang yang banyak tu. aku amat berterima kasih kepada rakan baikku kerana bermurah hati untuk menolongku. semoga segala urusan hidupnya sentiasa dipermudahkanNya. aku tidak sekali-kali ingin menceritakan keburukan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir manusia yang mempunyai pertalian darah namun taknak cuba untuk memahami diri ini. aku bukannya inginkan layanan yang istimewa tapi cukuplah sekadar diri ini difahami dan disayangi supaya aku dapat menjadi insan yang bermotivasi.
setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Showing posts with label kisah hidupku. Show all posts
Showing posts with label kisah hidupku. Show all posts
Thursday, June 16, 2011
Tuesday, May 31, 2011
perjalanan hidupku
salam semua. pada posting kali ini, aku ingin menceritakan perjalanan hidupku dari sejak lahir hingga kini. aku telah dilahirkan pada 18 februari 1984 di kuantan pahang. aku telah menerima pendidikan awalku di sekolah kebangsaan cenderawasih sehingga ke darjah 5. ketika darjah enam, aku bertukar ke sekolah kebangsaan sultan abdullah. untuk pendidikan sekolah menengah pula, aku telah menerima pendidikan di SMK tengku panglima perang tengku muhammad, kuantan pahang. iaitu hingga ke tingkatan enam. pada tahun 2006, aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Melayu (ijazah) selama 3 tahun. kemudian, pada jun 2010, aku telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan (diploma pendidikan) iaitu berjaya mengikuti kursus perguruan lepas ijazah selama setahun. kini, aku telah pun tamat menjalani kursus tersebut dan sedang menunggu keputusan untuk ditempatkan di sekolah rendah. namun aku belum tahu lagi ke manakah aku akan ditempatkan. dalam masa terdekat ini, aku perlu melalui dua perkara penting iaitu temuduga spp dan kursus induksi. aku amat berharap agar dapat perform yg terbaik terhadap kedua-dua urusan penting tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)