salam kepada semua pembaca yang setia. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy.
pada 28 hingga 30 jun yang lalu, saya telah menjalani kursus induksi yang telah diadakan di institut pendidikan guru kampus ilmu khas. pada 30 jun, telah diadakan ujian akhir kursus manakala pada dua hari sebelumnya telah diadakan ceramah sahaja yg menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. sepanjang menjalani kursus tersebut, saya telah menetap di rumah rakan di brickfield kerana para peserta kursus tidak disediakan tempat tinggal dan kami terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. aku amat berterima kasih kepada kawanku yang telah bermurah hati membenarkan aku dan seorang lagi rakanku yang sama2 mengikuti kursus tersebut untuk tinggal di rumahnya untuk beberapa hari tersebut. pagi-pagi lagi, seawal jam 6.30 pagi, aku dan rakanku telah keluar rumah untuk ke tempat kursus. kami terpaksa menaiki monorel, kemudian menaiki star LRT dan akhir sekali menaiki teksi untuk sampai ke maktab. walaupun kelihatan seperti agak jauh sedikit, namun ini bagiku merupakan suatu usaha dan pengorbanan untuk mencapai sesuatu kejayaan. biarlah kita bersusah payah sedikit sebelum mendapatkan sesuatu. sekurang-kurangnya, kita berusaha walaupun dengan segala kekurangan yang ada. ini kerana, walaupun diuji dengan kekurangan dari segi penglihatan, namun aku bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan semangat dan ketabahan untuk meneruskan perjuangan mengharungi ranjau kehidupan. aku bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untukku berusaha sampai ke puncak kejayaan. kini, aku sedang menunggu keputusan dan surat panggilan untuk 'posting' namun belum tahu lagi ke sekolah mana dan di negeri mana. sabar menanti.
setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Showing posts with label pengalaman hari ini. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hari ini. Show all posts
Monday, July 11, 2011
Thursday, May 19, 2011
exam owh exam
pagi tadi aku telah menduduki peperiksaan paper pendidikan khas masalah penglihatan kertas 1. alhamdulillah, ianya telah pun selesai dijawab dengan jayanya. harap2 nanti dptlah keputusan yg baik. lau aku tak berjaya dapat cemerlang pun tak pe lah. yg penting lulus pun dah cukup. aku jawab exam guna braille dan ada juga yg kena jawab dgn laptop. smua tu kena bawa sendiri. tak pe. lau nakkan kejayaan, terpaksalah berkorban. balik dari exam td, duk sembang2 dgn rakanku smbil tgk cerita "lagenda budak setan"
Subscribe to:
Posts (Atom)