setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Showing posts with label santapan nubari. Show all posts
Showing posts with label santapan nubari. Show all posts
Wednesday, April 25, 2012
jangan sombong dengan takdir
daripada :Noornawal Othman
... Jangan Sombong Dengan Takdir....
Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukansahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.
Iblis Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian? Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu.
Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!
....Takdir Dan Iman Kita......
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita.
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman. Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
......Takdir Mengatasi Tadbir .......
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari... Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
....Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan....
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
......Apa Khabar Iman Anda? ......
Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Suara Hati FC yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
.....Bersangka Baik Dengan Allah...
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.
Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
....Nikmat Allah.....
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan. Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya." Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya.
Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tu
Wednesday, December 21, 2011
tahukah anda terdapat lima golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang menghina kitab suci ALQURAN?
Kenali 5 golongan yang menghina al-Quran
OLEH: DATO' DR HARON DIN
PERIHAL penghinaan terhadap al-Quran bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sudah berlaku seawal Islam itu diturunkan kepada manusia. Bentuk dan caranya sahaja
yang berlainan tetapi natijahnya sama iaitu penghinaan terhadap al-Quran.
Menghina al-Quran bererti menghina Islam. Menghina Islam bererti menghina Allah SWT. Di akhir-akhir ini heboh (bukan Sure Heboh), berita panas tentang al-Quran
diletakkan dalam tandas yang dipetik sumbernya daripada majalah Newsweek edisi 9 Mei 2005 di ruangan Periscope halaman 5.
Disiarkan berita ekslusif mengenai pasukan penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan taktik deraan terhadap tahanan Islam di Teluk Guantanamao
(Gitmo) di Cuba, tajuk berita asalnya ialah 'Scandals speards'.
Lebih malang lagi menurut sumber tersebut, al-Quran bukan sekadar diletakkan dalam tandas, malah difahamkan ianya dijadikan kertas pengelap najis dan dimasukkan
ke dalam mangkuk tandas.
Malah akhbar juga memaparkan bahawa aduan mengenai penghinaan terhadap al-Quran berlaku sejak tahun 2002 lagi.
Media-media dalam negara juga memaparkan berita-berita mengenai penghinaan terhadap al-Quran yang mencetuskan kemarahan amat sangat di kalangan umat Islam
khususnya di Afghanistan dan Pakistan yang mengakibatkan beberapa rusuhan berlaku.
Rusuhan tersebut mengakibatkan ramai yang terkorban dan beratus-ratus orang tercedera.
Dalam negara kita pula, akhbar melaporkan tentang suatu kes 'Jubin hina Islam dirampas.' Berita tersebut Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) merampas sejumlah jubin lantai mengandungi tulisan mirip kalimah Allah dalam serbuan
di dua kedai di Kulai, Johor.
Saya memetik laporan, bahawa menurut sumber itu, jubin tersebut dikesan hasil aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati tulisan kalimah Allah, jelas pada
corak permukaan jubin.
Saya menyebut di awal tadi bahawa sejarah manusia menghina wahyu Allah, iaitu al-Quran, bukan perkara baru. Sewaktu Islam mula berkembang dalam keadaan
pengikutnya yang amat terhad ketika pengikutnya terdiri daripada golongan lemah dan tidak berdaya, al-Quran dihina oleh masyarakat jahiliyyah dengan mengatakannya
sebagai cerita-cerita donggeng.
Peristiwa ini dipaparkan oleh al-Quran dalam banyak surah. Antaranya firman Allah yang mafhumnya;
"Apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Allah, dia berkata itu adalah cerita-cerita donggeng. Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang mereka selalu
usahakan itu menutup hati mereka dari kebenaran." (Surah al-Mutaffifin ayat 13-14)
Allah berfirman yang mafhumnya;
"Orang-orang yang kufur itu, apabila mendengar ayat-ayat Allah, mereka akan mengatakan bahawa itu adalah cerita-cerita donggeng." (Surah al-An'am ayat 53)
Perkataan sedemikian itupun sudah merupakan suatu penghinaan terhadap kalamullah!
Oleh kerana musuh Islam pada dasarnya tidak mengimani al-Quran itu sebagai suatu yang benar, turun daripada Allah SWT, maka mereka melakukan apa sahaja
untuk menghina al-Quran.
Lain halnya apabila al-Quran itu sendiri dicerca dan dihina oleh orang yang beragama Islam seperti yang dilakukan oleh penulis yang bernama Salman Rushdie
dalam bukunya 'The Satanic Verses' yang menggambarkan al-Quran bukan kalamullah tetapi ungkapan-ungkapan yang ditiupkan oleh syaitan ke dalam telinga Nabi
Muhammad S.A.W atau diambil daripada kata-kata batil untuk menyesatkan manusia.
Apabila hal ini berlaku, timbul kemarahan umat Islam sehingga menggerakkan Kerajaan Islam Iran dibawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menawarkan jutaan dolar
AS bagi sesiapa yang boleh menghapuskan Salman Rushdie yang jelas menghina al-Quran dan dijatuhkan hukuman murtad.
Tindakan tegas terhadap penulis 'The Satanic Verses' ini adalah bertepatan dengan al-Quran, al-hadis serta ijmak ulama bahawa orang yang murtad setelah
cukup segala keterangan dan bukti hendaklah dibunuh.
Seluruh media massa dari dahulu hingga sekarang, seolah-olah hanya menumpukan penghinaan terhadap al-Quran dengan membangkitkan isu-isu seperti meletak
al-Quran dalam tandas, memijak ayat al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai bungkusan makanan, mencetak al-Quran di pakaian dan meletakkan ayat-ayat al-Quran
pada permainan kanak-kanak.
Seolah itulah sahaja bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Hampir tidak pernah ditulis atau diulas bahawa mengenepikan atau memulaukan al-Quran sebagai pedoman
utama dalam penghidupan bernegara boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap al-Qurannul Karim.
Perihal ini Allah SWT berfirman yang mafhumnya;
"Dan mengadulah Rasul kepada Allah dengan madahnya 'Ya Tuhan-Ku, sesungguhnya kaumku telah mengambil sikap memulaukan al-Quran. Seperti itulah telah Kami
adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah Tuhan-Mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong." (Surah al-Furqan, ayat 30-31).
Perkataan 'Mahjuura' dalam ayat di atas, seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi
telah memulaukan pada 5 perkara utama iaitu:
1. Memulaukan al-Quran tanpa membacanya;
2. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil faham petunjuk-petunjuk-Nya dalam;
3. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil hukum hakam-Nya;
4. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikan itu sebagai pemutus kepada semua masalah kehidupan dan
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya penawar kepada permasalahan sakit jasmani dan rohani mereka.
Jika tafsiran ini dapat difahami, maka jelas jika dilihat dalam diri umat Islam kini, khasnya di Malaysia, rata-rata telah memulaukan al-Quran.
Khususnya golongan yang berkuasa dengan tidak menjadikan al-Quran sebagai kitab utama, petunjuk yang menjadi tumpuan dan diambil iktibar sebagai pedoman
serta pengajaran.
Penghinaan al-Quran dalam hidup kita dengan meletakkan atau mengkategorikan al-Quran (ciptaan Allah) di bawah perlembagaan ciptaan manusia. Kita menjadikan
dan meletakkan undang-undang ciptaan manusia mengatasi undang-undang ciptaan Allah.
Hal ini jelas merupakan suatu penghinaan terhadap al-Quran!
Jika kita merujuk kepada hukum-hukum al-Quran seperti hukuman hudud misalnya, bukan sahaja tidak mahu diambil untuk dijadikan undang-undang negara, malah
pernah pernah dikatakan oleh pemimpin kanan negara bahawa hukuman itu tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak relevan.
Kita pernah juga mendengar komen yang menghina al-Quran seperti ungkapan "kalaulah hukuman hudud (khususnya kepada golongan pencuri dan perompak) dilaksanakan
ke atas umat Islam, maka akan jadilah mereka anggota masyarakat yang cacat anggota dan tidak boleh bersaing, di pandang hina dan tertindas kerana kecacatan
anggota yang nyata."
Kita juga pernah mendengar kata-kata "sesiapa yang hendak merasa makanan sup tangan maka pergilah ke Kelantan". "Jika hukuman ini dilaksanakan, maka akan
bersepahlah tangan-tangan yang dipotong akan busuklah seluruh negara."
Terdapat golongan yang menuduh hukum-hukum Islam, dengan mengatakan adanya tidak adil kerana kononnya wujud diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita
dalam beberapa hal seperti yang dibangkitkan tentang soal pemberian harta, kuasa cerai kepada lelaki, khalifah disyaratkan lelaki, imam solat Jumaat lelaki
dan berbagai-bagai lagi.
Semua ini adalah penghinaan yang amat berat terhadap al-Qurannul Karim.
Malah, akhir-akhir ini kedengaran wujud ketidakyakinan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, sebagai agama yang sempurna, yang mampu menjana kekuatan
bagi membina negara yang bertamadun yang sepatutnya diterima sepenuhnya untuk dilaksanakan.
Krisis keyakinan ini terbongkar apabila perkataan Hadhari terpaksa ditambah menjadikan Islam Hadhari sebagai gagasan baru untuk menjadi penggerak suatu
usaha baru ke arah pengukuhan tamadun dunia yang berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan.
Hal ini sebenarnya mencerminkan ketidakyakinan kepada Islam sebenar seperti yang disebutkan dalam al-Quran (mafhumnya) "Sesungguh agama disisi Allah SWT
adalah Islam". Bukan Islam Hadhari, tetapi Islam!
Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini, tidak menjadikan Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak ke arah tamadun yang sebenar.
Islam memberi keutamaan kepada mencapai keredaan Allah SWT.
Malah kita melihat dari sudut yang lain bahawa hukum hakam ada dalam al-Quran itu telah dijadikan sebagai suatu bahan untuk dipilih mana yang selaras dengan
selera pihak berkuasa dan memberi keuntungan keduniaan yang nyata, khasnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan jasmani.
Adapun hukum yang tidak memberi keuntungan yang nyata, ia ditinggal atau diketepikan.
Lebih parah daripada itu dilihat aktiviti ekonomi manusia, yang terang-terang melaksanakan prinsip yang bertentangan dengan al-Quran seperti mengamalkan
aktiviti riba, membolehkan aktiviti perjudian yang mendatangkan faedah duniawi dan menyumbang ke arah penabungan negara, memberi kebenaran dan lesen untuk
acara-acara hiburan yang melampaui batas yang sepatutnya dikawal, juga tindakan yang memantapkan pengaruh dengan cara melalaikan ummah dengan hiburan.
Aktiviti ini semua jelas bertentangan dengan petunjuk Allah kerana ia mengajak manusia hidup dengan berseronok dan berpoya-poya serta bertuhankan hawa nafsu.
Walaupun ianya mendapat tentangan mufti-mufti dan alim ulama, itu semuanya tidak diendahkan kerana keutamaan bukan menjunjung titah Allah, tetapi memberi
keutamaan kepada pembinaan tamadun dunia yang berasaskan nilai kebendaan.
Oleh kerana itulah, saya melihat bahawa penghinaan terhadap al-Quran tidak begitu parah jika ia berlaku berpunca daripada golongan kuffar kerana mereka
sememangnya buta hati, buta akal dan buta cita rasa.
Akan tetapi saya berasa kesal dan malang apabila berlaku penghinaan (sebagaimana yang saya catatkan sebahagiannya) di kalangan umat Islam yang rata-rata
membaca al-Quran dan mengimaninya sebagai salah satu rukun iman, tetapi dalam amalan mereka meragui dan mempunyai prasangka buruk bahawa al-Quran mampu
menjadi penyelesaian permasalahan manusia.

Monday, October 3, 2011
rumah dikunjungi malaikat diberkati Allah
Pedoman: Rumah dikunjungi malaikat diberkati Allah DALAM kehidupan di dunia ini, setiap orang memerlukan tempat tinggal yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni sebagai tempat berlindung atau berteduh. Malah, sebagai umat Islam, pasti kita juga mengharapkan rumah yang diduduki sentiasa mendapat rahmat dan berkat Allah. Persoalannya, bagaimanakah cara kita selaku umat Islam untuk mendapatkan rumah yang dirahmati? Sebenarnya, antara faktor menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah itu sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat. Malaikat Rahmat sentiasa taat menjunjung akan perintah Allah SWT dan tidak pernah menderhakai-Nya sebagaimana firman Allah dalam Surah At Tahriim ayat 6, yang bermaksud: “Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Apabila Malaikat Rahmat memasuki rumah seseorang, inilah yang disifatkan sebagai satu rahmat, keuntungan dan kebaikan bagi penghuninya. Penghuni yang beriman akan dikawal dan dijauhkan daripada gangguan syaitan, memperoleh ketenangan dan ketenteraman hati serta dipohonkan keampunan oleh malaikat. Mereka dipelihara ketika tidur dan jaga, didoakan malaikat, selain doa mereka turut ‘diaminkan’ malaikat ketika mengerjakan solat. Ini antara kebaikan atau faedah rumah yang dimasuki Malaikat Rahmat. Oleh itu setiap orang mukmin hendaklah sentiasa memelihara perkara yang boleh mendekatkan dan memudahkan Malaikat Rahmat memasuki rumah kita. Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya. Apabila syaitan berada pada satu tempat disebabkan ada maksiat dilakukan, malaikat tidak akan masuk ke tempat itu kerana syaitan adalah musuh malaikat. Perlu diketahui, ada banyak sebab mengapa rumah atau tempat kediaman tidak dimasuki Malaikat Rahmat, antaranya: · Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib, manakala memutuskannya maksiat dan berdosa besar. · Rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Menderhaka adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah terletak pada kebencian ibu bapa terhadap anaknya. · Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah) · Rumah yang mempunyai anjing. Islam menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan adanya najis pada persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing atau seumpamanya. Riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, Abi Talhah mendengar baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.” · Rumah yang mengadakan majlis namun langsung tidak menyebut perkataan mengingati Allah. Sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tidak diisi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya syaitan dalam majlis itu. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah satu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah SWT melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala.” (Riwayat Al-Imam Ahmad) · Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya. Ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang yang beriman bukan orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya.” (Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi) · Rumah orang yang dilaknat. Antara golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. |
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhadsumber : harian matro
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhadsumber : harian matro
Subscribe to:
Posts (Atom)