Monday, May 23, 2011

telah selesai exam

salam semua. slamat malam. trima kasih krana sudi berkunjung ke blog sy. pagi tadi aku telah selesai menjalani peperiksaan akhir di maktab sebagai calon KPLI AMBILAN JUN 2010.  alhamdulillah. aku amat bersyukur kpd Allah Kerana telah mempermudahkan sgala urusanku sepanjang setahun menjalani kursus KPLI ini. walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan   kepayahan, akhirnya semuanya itu telah sampai jua ke penghujungnya. namun, cabaran itu tidak akan terhenti di sini. aku tahu selepas ini, aku akan berhadapan dengan pelbagai ranjau dan dugaan sebagai seorang guru pula. apa yang mampu aku lakukan hanyalah sentiasa berusaha, berikhtiar, berdoa dan akhirnya tawakkal kpd Allah. pada kesempatan ini, aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kpd semua pensyarah, keluarga, dan rakan-rakan yg banyak membantu di kala aku dalam kesusahan, dan sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepadaku. terima kasih atas segalanya. smoga Allah memberkati dan merahmati segala jasa baik yg kalian curahkan.

Thursday, May 19, 2011

exam owh exam

pagi tadi aku telah menduduki peperiksaan paper pendidikan khas masalah penglihatan kertas 1. alhamdulillah, ianya telah pun selesai dijawab dengan jayanya. harap2 nanti dptlah keputusan yg baik. lau aku tak berjaya dapat cemerlang pun tak pe lah. yg penting lulus pun dah cukup. aku jawab exam guna braille dan ada juga yg kena jawab dgn laptop. smua tu kena bawa sendiri. tak pe. lau nakkan kejayaan, terpaksalah berkorban. balik dari exam td, duk sembang2 dgn rakanku smbil tgk cerita "lagenda budak setan"

Monday, May 16, 2011

pengalaman hari ini

salam semua. hari ini 16 Mei merupakan hari guru. slamat hari guru kepada semua guru dan warga pendidik di Malaysia. smoga kalian terus tabah dan bersemangat dalam menunaikan amanah sebagai pendidik anak bangsa. pada hari ini juga (16 mei 2011) saya telah menduduki peperiksaan mata pelajaran Ilmu Pendidikan. pada pukul 8.00 pagi tadi saya bersama rakan2 telah berjalan kaki menuju ke blog muzik bagi mengambil peperiksaan tersebut. terasa agak penat kerana terpaksa membawa brailler sendiri dan berjalan kaki menuju ke situ. semasa di universiti malaya dahulu, untuk pergi ke tempat peperiksaan, boleh pergi dengan menaiki van yang disediakan dan tak perlu bawa brailler sendiri. tapi tak apa lah, di sini, biarlah susah sedikit namun itu semua adalah sebagai pengorbanan dan cabaran yang perlu saya lalui untuk menjadi bakal guru. sesungguhnya, pengalaman itu terlalu bernilai walaupun ianya pahit

Saturday, April 23, 2011

berakhirnya tempoh praktikumku

assalamualaikum kepada semua. pada 22 april 2011 yang bersamaan hari jumaat, tamatlah sudah tugasku sebagai guru praktikum di SKPK Princess elizabeth johor bharu. sepanjang lebih tiga bulan menjalani latihan praktikum, telah banyak pengalaman berguna yang telah kuperoleh. ada yang pahit dan ada juga yang manis. biasalah, lumrah kehidupan. semua pengalaman itu akan tersemat kukuh dalam ingatanku sampai bila2.

Saturday, April 16, 2011

catatan pengalaman 14 Ogos 2009.

pada tarikh keramat 14 ogos 2009 bersamaan hari jumaat, berkat usaha gigih yang diiringi doa yang tidak pernah putus kepada Allah swt, serta sokongan padu keluarga dan rakan-rakan, alhamdulillah, aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. sepanjang tiga tahun menuntut di universiti malaya, terlalu banyak pengalaman dan kenangan telah kulalui. ada yang manis dan ada yang pahit yang berlaku silih berganti.namun ianya tidak sekali-kali membuatkan ku berputus asa untuk meneruskan kehidupanku sebagai mahasiswa. aku tahu aku mempunyai banyak kelemahan dan aku sedar tentang kekurangan diri ini. namun, sebagai seorang manusia dan sebagai hamba Allah, aku perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri dan mengubah nasib diriku supaya menjadi lebih baik. pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan memberikan sokongan. aku amat menghargai segala jasa baik yang kalian curahkan sama ada dalam bentuk sokongan moral, bantuan secara fizikal, mahupun nasihat dan teguran. bagi diriku, semua itu amatlah bermakna dan terlalu bernilai. terima kasih semua. kolej kediaman zaaba (kolej kediaman ke-7), akademi pengajian melayu, perpustakaan Um, semuanya terpahat kukuh dalam ingatan. terima kasih semua.

mutiara kata

andai hari ini aku derita, kuyakin pasti ada kebahagiaan pada akhirnya. andai hari ini aku terluka dan dilukai, aku hanya mampu bersabar dan kuyakini bahawa setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. kalau aku diam bukan bererti aku lemah, bukan bererti aku kalah namun kupasti bahawa setiap kebenaran itu akan diketahui suatu hari nanti.

Wednesday, March 23, 2011

luahan hati.

salam. pada kali ini saya nak kongsi cerita atau ingin meluahkan sedikit rasa terkilan dengan sikap atau perangai2 sesetengah manusia. pada cuti persekolahan baru2 ni aku telah pulang ke kampung selama seminggu. setelah tamat cuti persekolahan, aku pulang semula ke johorbahru untuk menyambung kembali tugasku sebagai guru pelatih atau guru praktikum. apa yang menyedihkan ialah apabila aku pulang semula ke rumah sewaku, aku dapati barang keperluan yang aku tinggal di rumah tersebut semasa pulang ke kampung telah hilang. aku terpaksa membeli semula barang2 tersebut. aku dapat meneka angkara siapa yang menyebabkan kehilangan tersebut. ini kerana aku dapati barang2 tersebut berada di dalam rumah tersebut. apa yang menyedihkan ialah barang2 tersebut telah diambil atau digunakan dengan tidak meminta izin terlebih dahulu daripadaku. mung si pelaku tidak berniat mencuri tetapi sebaliknya ingin meminjam sahaja tetapi kenapa dia tidak memberitahuku atau meminta kebenaran daripadaku untuk meminjam atau hendak menggunakan barang2 tersebut. susah ke nak meminta kebenaran terlebih dahulu? aku bukannya tamak sangat dgn harta2 dunia tu. mungkin dia fikir aku ni buta kot. x perasan apabila dia ambik barang2 aku. tapi dia harus ingat bahawa orang buta macam aku ni pun ada perasaan. aku belum bodoh lg tp saja je malas nak bising2 sebab malas nak cari gaduh. tapi ini tak bermakna aku tak tau apa yg orang buat kepadaku. aku tak akan merestui perbuatan tersebut. sekiranya dia tidak meminta maaf dan tidak memulangkan kembali barang2 ku yg dia ambil. aku tak halal dunia akhirat. ini kerana atau mengambil barang orang lain tanpa izin samalah seperti mencuri hukumnya. di sisi islam hukum mencuri ialah haram.