Kenali 5 golongan yang menghina al-Quran
OLEH: DATO' DR HARON DIN
PERIHAL penghinaan terhadap al-Quran bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sudah berlaku seawal Islam itu diturunkan kepada manusia. Bentuk dan caranya sahaja
yang berlainan tetapi natijahnya sama iaitu penghinaan terhadap al-Quran.
Menghina al-Quran bererti menghina Islam. Menghina Islam bererti menghina Allah SWT. Di akhir-akhir ini heboh (bukan Sure Heboh), berita panas tentang al-Quran
diletakkan dalam tandas yang dipetik sumbernya daripada majalah Newsweek edisi 9 Mei 2005 di ruangan Periscope halaman 5.
Disiarkan berita ekslusif mengenai pasukan penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan taktik deraan terhadap tahanan Islam di Teluk Guantanamao
(Gitmo) di Cuba, tajuk berita asalnya ialah 'Scandals speards'.
Lebih malang lagi menurut sumber tersebut, al-Quran bukan sekadar diletakkan dalam tandas, malah difahamkan ianya dijadikan kertas pengelap najis dan dimasukkan
ke dalam mangkuk tandas.
Malah akhbar juga memaparkan bahawa aduan mengenai penghinaan terhadap al-Quran berlaku sejak tahun 2002 lagi.
Media-media dalam negara juga memaparkan berita-berita mengenai penghinaan terhadap al-Quran yang mencetuskan kemarahan amat sangat di kalangan umat Islam
khususnya di Afghanistan dan Pakistan yang mengakibatkan beberapa rusuhan berlaku.
Rusuhan tersebut mengakibatkan ramai yang terkorban dan beratus-ratus orang tercedera.
Dalam negara kita pula, akhbar melaporkan tentang suatu kes 'Jubin hina Islam dirampas.' Berita tersebut Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) merampas sejumlah jubin lantai mengandungi tulisan mirip kalimah Allah dalam serbuan
di dua kedai di Kulai, Johor.
Saya memetik laporan, bahawa menurut sumber itu, jubin tersebut dikesan hasil aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati tulisan kalimah Allah, jelas pada
corak permukaan jubin.
Saya menyebut di awal tadi bahawa sejarah manusia menghina wahyu Allah, iaitu al-Quran, bukan perkara baru. Sewaktu Islam mula berkembang dalam keadaan
pengikutnya yang amat terhad ketika pengikutnya terdiri daripada golongan lemah dan tidak berdaya, al-Quran dihina oleh masyarakat jahiliyyah dengan mengatakannya
sebagai cerita-cerita donggeng.
Peristiwa ini dipaparkan oleh al-Quran dalam banyak surah. Antaranya firman Allah yang mafhumnya;
"Apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Allah, dia berkata itu adalah cerita-cerita donggeng. Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang mereka selalu
usahakan itu menutup hati mereka dari kebenaran." (Surah al-Mutaffifin ayat 13-14)
Allah berfirman yang mafhumnya;
"Orang-orang yang kufur itu, apabila mendengar ayat-ayat Allah, mereka akan mengatakan bahawa itu adalah cerita-cerita donggeng." (Surah al-An'am ayat 53)
Perkataan sedemikian itupun sudah merupakan suatu penghinaan terhadap kalamullah!
Oleh kerana musuh Islam pada dasarnya tidak mengimani al-Quran itu sebagai suatu yang benar, turun daripada Allah SWT, maka mereka melakukan apa sahaja
untuk menghina al-Quran.
Lain halnya apabila al-Quran itu sendiri dicerca dan dihina oleh orang yang beragama Islam seperti yang dilakukan oleh penulis yang bernama Salman Rushdie
dalam bukunya 'The Satanic Verses' yang menggambarkan al-Quran bukan kalamullah tetapi ungkapan-ungkapan yang ditiupkan oleh syaitan ke dalam telinga Nabi
Muhammad S.A.W atau diambil daripada kata-kata batil untuk menyesatkan manusia.
Apabila hal ini berlaku, timbul kemarahan umat Islam sehingga menggerakkan Kerajaan Islam Iran dibawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menawarkan jutaan dolar
AS bagi sesiapa yang boleh menghapuskan Salman Rushdie yang jelas menghina al-Quran dan dijatuhkan hukuman murtad.
Tindakan tegas terhadap penulis 'The Satanic Verses' ini adalah bertepatan dengan al-Quran, al-hadis serta ijmak ulama bahawa orang yang murtad setelah
cukup segala keterangan dan bukti hendaklah dibunuh.
Seluruh media massa dari dahulu hingga sekarang, seolah-olah hanya menumpukan penghinaan terhadap al-Quran dengan membangkitkan isu-isu seperti meletak
al-Quran dalam tandas, memijak ayat al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai bungkusan makanan, mencetak al-Quran di pakaian dan meletakkan ayat-ayat al-Quran
pada permainan kanak-kanak.
Seolah itulah sahaja bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Hampir tidak pernah ditulis atau diulas bahawa mengenepikan atau memulaukan al-Quran sebagai pedoman
utama dalam penghidupan bernegara boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap al-Qurannul Karim.
Perihal ini Allah SWT berfirman yang mafhumnya;
"Dan mengadulah Rasul kepada Allah dengan madahnya 'Ya Tuhan-Ku, sesungguhnya kaumku telah mengambil sikap memulaukan al-Quran. Seperti itulah telah Kami
adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah Tuhan-Mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong." (Surah al-Furqan, ayat 30-31).
Perkataan 'Mahjuura' dalam ayat di atas, seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi
telah memulaukan pada 5 perkara utama iaitu:
1. Memulaukan al-Quran tanpa membacanya;
2. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil faham petunjuk-petunjuk-Nya dalam;
3. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil hukum hakam-Nya;
4. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikan itu sebagai pemutus kepada semua masalah kehidupan dan
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya penawar kepada permasalahan sakit jasmani dan rohani mereka.
Jika tafsiran ini dapat difahami, maka jelas jika dilihat dalam diri umat Islam kini, khasnya di Malaysia, rata-rata telah memulaukan al-Quran.
Khususnya golongan yang berkuasa dengan tidak menjadikan al-Quran sebagai kitab utama, petunjuk yang menjadi tumpuan dan diambil iktibar sebagai pedoman
serta pengajaran.
Penghinaan al-Quran dalam hidup kita dengan meletakkan atau mengkategorikan al-Quran (ciptaan Allah) di bawah perlembagaan ciptaan manusia. Kita menjadikan
dan meletakkan undang-undang ciptaan manusia mengatasi undang-undang ciptaan Allah.
Hal ini jelas merupakan suatu penghinaan terhadap al-Quran!
Jika kita merujuk kepada hukum-hukum al-Quran seperti hukuman hudud misalnya, bukan sahaja tidak mahu diambil untuk dijadikan undang-undang negara, malah
pernah pernah dikatakan oleh pemimpin kanan negara bahawa hukuman itu tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak relevan.
Kita pernah juga mendengar komen yang menghina al-Quran seperti ungkapan "kalaulah hukuman hudud (khususnya kepada golongan pencuri dan perompak) dilaksanakan
ke atas umat Islam, maka akan jadilah mereka anggota masyarakat yang cacat anggota dan tidak boleh bersaing, di pandang hina dan tertindas kerana kecacatan
anggota yang nyata."
Kita juga pernah mendengar kata-kata "sesiapa yang hendak merasa makanan sup tangan maka pergilah ke Kelantan". "Jika hukuman ini dilaksanakan, maka akan
bersepahlah tangan-tangan yang dipotong akan busuklah seluruh negara."
Terdapat golongan yang menuduh hukum-hukum Islam, dengan mengatakan adanya tidak adil kerana kononnya wujud diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita
dalam beberapa hal seperti yang dibangkitkan tentang soal pemberian harta, kuasa cerai kepada lelaki, khalifah disyaratkan lelaki, imam solat Jumaat lelaki
dan berbagai-bagai lagi.
Semua ini adalah penghinaan yang amat berat terhadap al-Qurannul Karim.
Malah, akhir-akhir ini kedengaran wujud ketidakyakinan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, sebagai agama yang sempurna, yang mampu menjana kekuatan
bagi membina negara yang bertamadun yang sepatutnya diterima sepenuhnya untuk dilaksanakan.
Krisis keyakinan ini terbongkar apabila perkataan Hadhari terpaksa ditambah menjadikan Islam Hadhari sebagai gagasan baru untuk menjadi penggerak suatu
usaha baru ke arah pengukuhan tamadun dunia yang berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan.
Hal ini sebenarnya mencerminkan ketidakyakinan kepada Islam sebenar seperti yang disebutkan dalam al-Quran (mafhumnya) "Sesungguh agama disisi Allah SWT
adalah Islam". Bukan Islam Hadhari, tetapi Islam!
Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini, tidak menjadikan Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak ke arah tamadun yang sebenar.
Islam memberi keutamaan kepada mencapai keredaan Allah SWT.
Malah kita melihat dari sudut yang lain bahawa hukum hakam ada dalam al-Quran itu telah dijadikan sebagai suatu bahan untuk dipilih mana yang selaras dengan
selera pihak berkuasa dan memberi keuntungan keduniaan yang nyata, khasnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan jasmani.
Adapun hukum yang tidak memberi keuntungan yang nyata, ia ditinggal atau diketepikan.
Lebih parah daripada itu dilihat aktiviti ekonomi manusia, yang terang-terang melaksanakan prinsip yang bertentangan dengan al-Quran seperti mengamalkan
aktiviti riba, membolehkan aktiviti perjudian yang mendatangkan faedah duniawi dan menyumbang ke arah penabungan negara, memberi kebenaran dan lesen untuk
acara-acara hiburan yang melampaui batas yang sepatutnya dikawal, juga tindakan yang memantapkan pengaruh dengan cara melalaikan ummah dengan hiburan.
Aktiviti ini semua jelas bertentangan dengan petunjuk Allah kerana ia mengajak manusia hidup dengan berseronok dan berpoya-poya serta bertuhankan hawa nafsu.
Walaupun ianya mendapat tentangan mufti-mufti dan alim ulama, itu semuanya tidak diendahkan kerana keutamaan bukan menjunjung titah Allah, tetapi memberi
keutamaan kepada pembinaan tamadun dunia yang berasaskan nilai kebendaan.
Oleh kerana itulah, saya melihat bahawa penghinaan terhadap al-Quran tidak begitu parah jika ia berlaku berpunca daripada golongan kuffar kerana mereka
sememangnya buta hati, buta akal dan buta cita rasa.
Akan tetapi saya berasa kesal dan malang apabila berlaku penghinaan (sebagaimana yang saya catatkan sebahagiannya) di kalangan umat Islam yang rata-rata
membaca al-Quran dan mengimaninya sebagai salah satu rukun iman, tetapi dalam amalan mereka meragui dan mempunyai prasangka buruk bahawa al-Quran mampu
menjadi penyelesaian permasalahan manusia.
setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Wednesday, December 21, 2011
Saturday, December 10, 2011
bestnya di melaka
selama 10 hr aku berada di bumi melaka untuk menemani dan membantu salah seorang kawanku setelah tiba di melakacentral pada 25 november, aku telah dijemput oleh kawanku bersama2 adiknya menuju ke rumah nenek saudaranya. menurutnya, dia terpaksa menjaga dan menemani nenek saudaranya untuk tempoh beberapa hari.pada keesokannya, aku dan kawanku telah ke klinik untuk membuat medical chekup. selain itu, pada hari berikutnya, kami pergi membeli barang-barang keperluan untuk adiknya yang akan menyambung pengajiannya ke politeknik merlimau tidak berapa lama lg. pada kesempatan ini, aku pun turut membeli sedikit barang2 yang aku minati termasuklah beberapa buah buku yang aku gemari.
untuk percutian kali ini, aku tidak dapat menziarahi atau melawat ke tempat2 menarik di sekitar melaka kerana rakanku itu mempunyai pelbagai urusan penting yang perlu beliau selesaikan, di samping perlu menjaga neneknya yang berada dalam keadaan kurang sihat. namun, aku berasa amat seronok kerana dapat berjumpa dengan rakanku sambil bercerita dan berkongsi masalah dan pelbagai kisah suka duka yang dihadapi.
.
untuk percutian kali ini, aku tidak dapat menziarahi atau melawat ke tempat2 menarik di sekitar melaka kerana rakanku itu mempunyai pelbagai urusan penting yang perlu beliau selesaikan, di samping perlu menjaga neneknya yang berada dalam keadaan kurang sihat. namun, aku berasa amat seronok kerana dapat berjumpa dengan rakanku sambil bercerita dan berkongsi masalah dan pelbagai kisah suka duka yang dihadapi.
.
Thursday, December 1, 2011
seminggu di Melaka
assalamualaikum dan salam sejahtera. sedar tak sedar, hari ini, telah genap seminggu aku berada di negeri melaka. ini merupakan salah satu aktiviti pengisian cuti persekolahanku untuk kali ini. aku berada di rumah salah seorang rakan rapatku sambil2 bercuti dan mengisi masa lapang. aku bercadang untuk pulang ke kuantan pada minggu hadapan. jom cuti-cuti sambil rehatkan minda dan tenangkan fikiran sebelum kembali ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab dan tugas baru sebagai seorang pendidik. aku akan manfaatkan percutian ini dengan sebaik-baiknya.
Wednesday, November 23, 2011
nenek suruh balik kampung
semalam aku telah dihubungi oleh bapa saudaraku yang telah pulang ke kampung nenekku untuk bercuti di sana. beliau telah bertanyakan kepadaku sama ada aku ingin pulang ke kampung atau tidak. pakcikku memberitahu aku yang nenek berharap agar aku pulang. sebentar tadi pula, jiran yang tinggal bersebelahan rumah nenekku pula telah menghubungiku dan memberitahu yang nenekku mengharapkan agar aku dapat pulang ke kampung. aku pun tidak faham kenapa dia beria-ia mengharapkan agar aku dapat berbuat demikian, sedangkan, aku baru sahaja pulang bersama keluargaku pada hari raya aidil adha baru-baru ini. terasa amat sukar untuk aku memahami dan menjaga hati orang tua-tua ni. aku bukannya tidak mahu memenuhi kehendak beliau, namun, aku telah mempunyai pengisian yang lain untuk memenuhi musim cuti persekolahan kali ini. terdapat beberapa orang kawanku telah meminta bantuan aku untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer dan menunjukkan cara menggunakan brailler dan kod braille. namun semuanya belum menetapkan tarikh secara muktamad bilakah mereka akan mula belajar dengan aku. hal ini telah membuatkan aku berasa serba salah untuk menetapkan keputusan sama ada memenuhi harapan nenek atau menolong rakan-rakanku. di samping itu, aku pun mempunyai rancangan aku yang tersendiri bagi mengisi masa cuti persekolahan ini. aku tidak dapat untuk memuaskan hati semua orang. apabila membuat suatu keputusan , aku terpaksa memilih salah satu dan tidak mampu untuk menunaikan semua kehendak orang lain. jika aku memilih untuk menemui nenek, tidak akan jadi masalah jika dia membenarkan aku pergi ke tempat-tempat lain dengan menaiki bas. aku boleh duduk di sana selama untuk beberapa hari dan kemudian aku pergi pula ke rumah rakan-rakan ku. tapi yang merumitkan keadaan sekarang ini adalah sebab nenek tidak membenarkan aku menaiki bas seorang diri ke mana-mana. sedangkan aku mempunyai banyak pengisian lain. dia terlalu risaukan tentang keselamatan diriku jika aku menaiki bas seorang diri. tapi bagi aku, jika sesuatu perkara malang itu hendak berlaku, dimana-mana sahaja ianya boleh berlaku, malah di dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat. contohnya, kejadian sumbang mahram. kebanyakannya berlaku hanya di dalam rumah sendiri sahaja dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri juga. begitu juga dengan kes kecurian. kita duduk di dalam rumah pun, pencuri boleh masuk ke rumah dan mencuri barang- barang di dalamnya. saya sering membaca tentang kejadian-kejadian ini di dalam akhbar. jadi, pada pandangan saya, di mana sahaja, kemalangan boleh berlaku. tapi itulah kan, susah untuk kitapuaskan hati semua orang. orang yang lebih senior dengan cara mereka berfikir. orang muda pula mempunyai cara dan pemikiran yang berbeza. semua itu hanyalah dugaan dunia yang sementara semata-mata. sabar je lah.
Monday, November 21, 2011
ttidak akan terhenti di sini
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. untuk posting kali ini, saya ingin menceritakan tentang impian saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. walaupun saya baru sahaja sebulan bekerja, namun saya mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian di peringkat master. perkara ini hanya boleh dilakukan setelah 3 tahun berkhidmat. kalau tak silap saya lah. iaitu apabila sudah dilantik secara tetap dan sah jawatan. bagi saya, biarlah berapa lama pun saya perlu menunggu untuk meneruskan impian saya ini, namun saya amat mengharapkan agar semangat untuk belajar ini tidak hilang atau lemah dengan mudah apabila berhadapan dengan cabaran atau dugaan semasa bekerja. memanglah cita-cita sebenar saya sejak dahulu lagi ingin menjadi guru tetapi pada masa yang sama, saya merupakan seorang yang amat suka mempelajari dan belajar sesuatu yang baru. oleh yang demikian, tidak salah rasanya anugerah Allah ini saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya. smoga impian saya ini akan dapat direalisasikan suatu hari nanti iaitu untuk belajar sampai ke tahap tertinggi. pohon kalian mendoakan agar saya dapat ditetapkan hati dan dikuatkan semangat bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.
Sunday, November 20, 2011
coretan malamku
assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1malaysia kepada semua pembaca setia blog ini. smoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia. tadi, saya telah keluar menemani sahabat saya ke kedai untuk membeli sedikit barang keperluan beliau. kemudian, kami singgah di kedai makan untuk menikmati sedikit hidangan. saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan dan dipertemukan dengan rakan-rakan yang baik dan memahami. saya amat menghargai rakan2 saya yang sanggup bersusah payah membantu saya ketika dalam kesusahan. menurut rakan saya, ramai orang di sekeliling yang memandang kami dengan pandangan yang pelik iaitu apabila melihat saya yang buta atau bermasalah penglihatan ni dibawa oleh rakan2 saya ke sana ke sini. dalam erti kata yang lebih mudah, masyarakat di sekitar tempat tinggal aku ni berasa amat pelik apabila melihat orang buta seperti aku ni. mereka melihat aku ni macam melihat makhluk asing je. kenapakah masyarakat di sini terlalu berfikiran sempit? salahkah orang buta macam aku ni keluar rumah untuk menikmati kehidupan macam orang lain? kenapa perlu tengok kami macam tengok makhluk asing je sedangkan aku yang buta ni mempunyai hak yang sama dgn mereka yang normal. cuma bezanya, aku ni tidak dapat melihat sedangkan mereka normal. kenapa masyarakat di sini terlalu pelik melihat orang buta? ini bukan lah pertama kali perkara seperti ini berlaku. sebelum2 ni pun sama juga. apabila aku keluar membeli belah di supermarket atau pasar raya, atau aku bersiar2 dan pergi makan di mana2 restoran atau gerai makan, setiap kali itulah ada sahaja mata yang memandang kami seolah2 kami ni pesalah.
wahai orang2 normal umumnya dan orang2 kuantan khususnya, marilah buka minda dan buka hati. janganlah berfikiran terlalu jumud dan sempit atau bersikap terlalu prijudis terhadap orang oku penglihatan seperti aku. aku bukannya nak meminta simpati, tetapi, tolonglah faham keperluan dan hak orang2 buta seperti aku. aku amat bersyukur kerana rakan2 baikku di sini, tak pernah berasa malu walaupun apabila mereka keluar dengan aku, orang2 sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang sinis. walaupun aku ni buta, namun aku telah berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan alhamdulillah, aku kini telah menjadi seorang guru dan bekerja dengan kerajaan. aku bukan nak bangga diri tapi aku cuma nak bagitahu supaya masyarakat sedar akan kemampuan orang2 kurang upaya penglihatan seperti aku ni. mereka tak perlulah memandang rendah dan bersikap prijudis apabila melihat orang2 buta. aku bukannya pesalah jenayah. aku juga manusia biasa macam orang lain yang perlu bersosial dan bermasyarakat. salahkah kalau aku keluar bersiar2 dengan rakan2ku yang prihatin? salahkah kalau aku keluar untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan keluar untuk menyelesaikan rutin harian urusan hidupku?
masyarakat di sini perlu diberi kesedaran terhadap kewujudan golongan minoriti seperti aku ni. bukan kami yang minta dilahirkan dalam keadaan buta begini. kalau di kuala lumpur, masyarakat di sana sudah biasa dengan orang buta. mereka lebih memahami tentang keperluan dan kewujudan orang2 buta. cara mereka berfikir pun lebih terbuka dan ada antara mereka yang sangat mesra dan biasa dengan orang buta.
wahai orang2 normal umumnya dan orang2 kuantan khususnya, marilah buka minda dan buka hati. janganlah berfikiran terlalu jumud dan sempit atau bersikap terlalu prijudis terhadap orang oku penglihatan seperti aku. aku bukannya nak meminta simpati, tetapi, tolonglah faham keperluan dan hak orang2 buta seperti aku. aku amat bersyukur kerana rakan2 baikku di sini, tak pernah berasa malu walaupun apabila mereka keluar dengan aku, orang2 sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang sinis. walaupun aku ni buta, namun aku telah berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan alhamdulillah, aku kini telah menjadi seorang guru dan bekerja dengan kerajaan. aku bukan nak bangga diri tapi aku cuma nak bagitahu supaya masyarakat sedar akan kemampuan orang2 kurang upaya penglihatan seperti aku ni. mereka tak perlulah memandang rendah dan bersikap prijudis apabila melihat orang2 buta. aku bukannya pesalah jenayah. aku juga manusia biasa macam orang lain yang perlu bersosial dan bermasyarakat. salahkah kalau aku keluar bersiar2 dengan rakan2ku yang prihatin? salahkah kalau aku keluar untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan keluar untuk menyelesaikan rutin harian urusan hidupku?
masyarakat di sini perlu diberi kesedaran terhadap kewujudan golongan minoriti seperti aku ni. bukan kami yang minta dilahirkan dalam keadaan buta begini. kalau di kuala lumpur, masyarakat di sana sudah biasa dengan orang buta. mereka lebih memahami tentang keperluan dan kewujudan orang2 buta. cara mereka berfikir pun lebih terbuka dan ada antara mereka yang sangat mesra dan biasa dengan orang buta.
Saturday, November 5, 2011
salam aidil adha.
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidil adha kepada seluruh umat Islam. semoga ianya memberikan seribu makna kepada kita semua. marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan iaitu bersempena meraikan hari raya korban yang akan disambut pada esok hari. kepada mereka yang diberi peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan telah terpilih untuk menunaikan haji, saya doakan agar kalian berada di dalam rahmat Allah dan semoga mendapat pahala ibadah yang banyak di akhirat kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)