Thursday, December 30, 2010

minat atau hobi

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. pada kali ini, saya akan bercerita tentang hobi saya pada masa lapang. sejak di bangku sekolah lagi,  minat atau hobiku adalah membaca. bahan bacaan yang saya minati adalah seperti bahan2 yang berunsur keagamaan, motivasi, novel, cerpen dan tidak ketinggalan juga berita-berita atau hal ehwal semasa. selain itu, saya juga gemar melayari internet. hobi terbaru saya ialah membaca blog dan juga mendownload lagu terutamanya lagu nasyid. sekian sahaja buat kali ini....

Tuesday, December 28, 2010

keputusan muktamad

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blok sekalian. terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya. untuk pengetahuan rakan2 sekalian, saya akan menjalani latihan mengajar selama tiga bulan yang akan bermula pada 16 januari. keputusan penempatan praktikum telah pun dikeluarkan oleh  pihak maktab dan inimerupakan keputusan akhir. saya telah diarahkan untuk menjalani latihan mengajar di SKPK Princes  Elizabeth Johor Bharu. berbagai perasaan yang entah apa-apa melanda diri setelah mendapat tahu tentang berita penempatan praktikum tersebut. rasa risau pun ada, sedih dan takut turut melanda. kadang kala datang juga rasa gembira kerana ku yakin akan dapat mencari pengalaman dan maklumat baru apabila berada disana nanti. entahlah, apabila mengenangkan cabaran yang bakal mendatang, tiba-tiba hati ini dilanda  pula rasa       risau dan takut untuk kuhadapi semua itu. maklum sajalah, bagiku yang belum ada pengalaman mengajar dan ditambah pula aku pun tidak pernah menjejakkan kaki di situ. tetapi syukurlah kerana aku ditempatkan di sekolah pendidikan khas, rasanya mudahlah sedikit untuk kupelajari macam mana untuk bergerak di kawasan sekolah itu. aku harap agar segala urusan akan dipermudahkan berkat sokongan, usaha, doa dan ikhtiar sehabis daya. walaupun berat untuk kutempuh   dugaan ini, aku yakin disebalik kesukaran, pasti ada kesanangan dan setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. ku harap rakan2 dapatlah membantu memberi sokongan dan dorongan serta doa yang tulus ikhlas. bagiku, ini merupakan cabaran baru dan pengalaman baru kepada diriku. sekian buat kali ini. wassalam.

Saturday, December 25, 2010

coretan kenangan 2010

sedar tak sedar, kita akan memasuki tahun baru 2011 tidak lama lagi. begitu cepat masa berlalu namun apakah kita sudah memanfaatkan masa yang berlalu itu dengan sebaik2nya? antara kenangan dan pengalaman aku sepanjang tahun 2010 pada bulan januari 2010, aku telah menghadiri beberapa sesi temuduga. maklumlah pada masa itu aku sedang mencari kerja. melalui temuduga itu, aku dapat belajar banyak perkara dan pengalaman baru, contohnya, bagaimana untuk berkomunikasi  secara formal dan berkesan. ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain dan juga apabila berada di khalayak ramai. alhamdulillah, pada bulan februari 2010, aku telah terpilih untuk mengikuti kursus persijilan tahfiz OKU di darulquran, jakim, yang terletak di kuala kubu baru, selangor. kursus tersebut merupakan kursus selama 6 bulan untuk mendapatkan sijil tahfiz. para peserta kursus disyaratkan untuk menghafal sebanyak 6 juzuk Alquran  iaitu bermula dari juz 1 hingga 6 dalam tempoh tersebut. selain itu, mata pelajaran lain turut diajar, termasuklah bahasa Arab, Feqah, tauhid, tajwid, dan tarannum. para peserta juga akan dibiayai oleh pihak Jakim dari segi asrama dan elaun turut diberikan. kepada rakan2 oku masalah penglihatan yang berminat, terutamanya yang lepasan spm, dialu2kan untuk mengambil peluang ini. kemudian, pada bulan april 2010, aku terpilih untuk menghadiri satu lagi sesi interview iaitu temuduga Kursus perguruan lepas ijazah (KPLI). sesi interview kali ini amat mencabar dan menguji minda. namun alhamdulillah, aku telah cuba untuk buat yang terbaik sedaya upayakuu. beberapa minggu kemudiannya, keputusan temuduga diumumkan. alhamdulillah kali ini rezeki Allah sekali lagi menyebelahi diriku. aku telah terpilih untuk mengikuti kursus KPLI pula selama setahun. sekali lagi hati dan mentalku teruji apabila terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan kursus tahfiz dan juga kursus kpli. setelah berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk mengikuti kursus KPLI dan terpaksalah menarik diri dari kursus persijilan tahfiz yang sedang aku ikuti ketika itu. aku berasa sedih juga dengan keputusan yang aku buat namun, aku bersyukur kerana telah mendapat ilmu asas tentang teknik menghafal Quran dengan betul dan ianya amat berguna kepada diriku. pada 28 jun, aku telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus KPLI di institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas di jalan yaacob latif, cheras. sesungguhnya, kursus ini amatlah mencabar. persediaan untuk menjadi guru, bukanlah sesuatu yang mudah, fizikal, mental, emosi, rohani dan emosi perlu dilatih dan didik dengan baik sebelum kita mendidik anak bangsa pada masa akan datang. apa pun dugaan dan cabaran yang mendatang, aku akan tempuh demi satu niat suciku iaitu untuk membantu golongan senasibku agar menjadi insan yang berguna kepada negara dan   dipandang mulia dalam masyarakat.
  

Thursday, December 23, 2010

persiapan untuk kembali ke maktab

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian. pejam celik pejam celik tak sedar cuti semester aku sudah hampir sampai ke penghujungnya, cuma berbaki lagi seminggu sahaja. semalam aku telah pergi membeli belah di carefor ditemani oleh rakan zaihasra yang merupakan kawan lamaku sejak sekolah lagi. aku membeli sedikit barang-barang keperluan untuk kubawa ke maktab nanti. aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa orang kawan yang sanggup membantu di kala aku dalam kesusahan. antara rakan-rakan baikku yang satu sekolah denganku ialah hidayah, syikin, farah, mas, dan zai. kami selalu keluar bersama2 apabila masing2 ada kelapangan. pada 3 hb 1 nanti, aku akan memulakan semester baru kursus yang amat  penuh dengan cabaran. bulan depan juga, aku akan menjalani prakctikum selama 3 bulan tetapi tempatnya belum diketahui lagi di sekolah mana aku akan ditempatkan sebagai guru pelatih. aku berasa amat risau untuk berhadapan dengan cabaran ini. tetapi aku yakin, setiap ujian yang Allah berikan kepada setiap hambaNya adalah mengikut kempuan, seperti firman allah dalam surah albaqarah, allah tidak akan bebani seseorang hambanya melainkan apa yang terdaya olehnya. sekian sahaja buat kali ini, wassalam.

Thursday, December 16, 2010

bercuti di rumah nenek

sudah lebih seminggu aku berada di rumah nenek. ini merupakan salah satu pengisian aktiviti cbersempena cuti semester yang panjang ni. di sini, tak banyak perkara yg aku lakukan setiap hari. dalam erti kata lain, memang cuti dan rehat sungguhlah. masau seharian banyak dihabiskan di depan laptop je lah seperti membaca cerpen, membaca email dan akh bar. kadang-kadang tu aku rasa amatlah boring tapi apakan daya dah tak tau nak buat apa. selain mengadap laptop, aku sembang-sembang jugak dengan nenek dan bertandang ke rumah jiran-jiran. kalau ada cuti yang panjang begini, sudah menjadi kemestian bagiku untuk balik menziarahi nenek di kampung. ini kerana beliaulah insan yang telah menjaga dan memeliharaku semasa aku kecil dahulu. sungguh banyak jasa dan pengorbanannya terhadapku. sekianlah saja buat kali ini. terima kasih.

Tuesday, December 14, 2010

aktiviti semasa cuti semester

cuti semester kali ini aku bercadang untuk menziarahi rakanku Siti Atikah yang didapati menghidap penyakit barah usus. rakanku itu menetap di Pulau pinang. beliau telah hampir setahun  menderita menghadapi ujian tersebut namun setelah pelbagai usaha, ikhtiar, doa rakan dan keluarga serta tawakal kepada Allah, kini beliau didapati sudah hampir sembuh daripada penyakit itu. aku mengambil keputusan untuk pergi ke ipoh terlebih dahulu sebelum ke pulau pinang.di ipoh, aku tinggal di rumah kawanku dan juga merupakan seniorku di universiti malaya dahulu. pada 24 november bersamaan hari rabu, aku bertolak ke parit buntar dengan menaiki bas. kemudian setibanya di sana, salah seorang ahli keluarga rakanku itu telah mengambilku di stesen bas parit buntar. pada lebih kurang jam 5 petang, aku pun sampai di rumah rakanku itu. alhamdulillah, keadaannya sudah beransur pulih setelah hampir setahun menderita sakit barah usus tersebut. setelah beberapa hari berada di sana, aku bertolak ke ipoh semula dengan menaiki bas. pada 2 disember aku menaiki bas untuk pulang ke kuantan. aku terpaksa duduk selama hampir 10 jam di dalam bas. ini kerana bas itu telah melalui kl dan singgah di beberapa stesen di kuala lumpur untuk mengambil penumpang antaranya termasuklah stesen bas jalan duta, dan bukit jalil. sepanjang perjalanan, aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam karenah pemandu. pemandu bas itu bersikap tidak sabar dan sering mengeluarkan kata-kata kesat apabila berhadapan dengan keadaan jalan raya yang kebetulan jam teruk di kuala lumpur. selain itu, dia juga kerap kali menghisap rokok semasa memandu, langsung tidak menghiraukan perasaan penumpang yang terpaksa menghidu asap rokok yang menyesakkan dada dan hidung itu. sabar je la. pada kira-kira jam 7 petang, aku pun sampai di terminal makmur iaitu stesen bas kuantan. ayah dan ibu telah datang untuk menjemputku di situ. sesungguhnya, sesuatu pengalaman yang dilalui itu amatlah berharga dan dapat mematangkan pemikiran. sekian sahaja buat kali ini.