Tuesday, May 31, 2011

luahan hati

di kala aku dalam kesusahan,aku terpaksa harunginya sendirian. mujurlah ada rakan2 yang sudi menghulurkan bantuan. syukurlah aku masih diberi kekuatan untuk menempuh segala ranjau dan dugaan. tika aku dilanda masalah, siapakah yang sering memberi dorongan dan sokongan. semestinya insan-insan yang selalu bersama denganku iaitu  tak lain dan tak bukan, rakan, teman dan kawan. dikala aku dilanda sejuta kedukaan,  siapakah yang selalu mendengar segala rintihan hatiku? jawapan yang paling tepat adalah teman / sahabatku. namun, aku tahu, sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah Swt. yg maha mengetahui. yang aku kesalkan adalah apabila aku hampir di puncak kejayaan, ketika dan masa inilah tetamu2 yg tak diundang pun datang untuk menghampiri. kenapa mereka tak pernah pun ambil tahu tentang diriku sewaktu aku sering ditimpa pelbagai  masalah? di manakah mereka ketika itu? semestinya sibuk dengan urusan masing-masing. mereka seolah-olah tak pernah pun ambil tahu tentang kesusahan yang aku hadapi pada masa dahulu. kenapa sekarang ini baru semua orang tertentu itu muncul dalam hidupku? kenapa tidak datang semasa aku dalam kesusahan?  dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami, bila susah, kena hadap sendirian, bila senang, ramailah yang nak ambil kesempatan. inikah erti sebuah dugaan yang tak tahu bilakah sampai ke penghujung.

No comments:

Post a Comment