setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Showing posts with label dugaan hidupku. Show all posts
Showing posts with label dugaan hidupku. Show all posts
Wednesday, October 26, 2011
aku baru bekerja
assalamualaikum dan salam sejahtera. baru 2 hari aku ke sekolah untuk mengajar. semalam, aku telah ambil inisiatif untuk belajar mobiliti di sekitar sekolahku. aku telah meminta bantuan salah seorang rakan baikku untuk menunjukkan aku jalan di dalam kawasan sekolah iaitu pergerakan ke kantin, bilik resos, pejabat, jalan ke tempat perhimpunan dsb. dari sehari ke sehari, aku akan berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat kerjaku sama ada persekitaran luaran mahupun dalaman. aku akan mempelajari dan memahami selok-belok yang berkaitan dengan bidang tugasku dan juga memahami sikap dan karenah rakan-rakan sejawat dan para pentadbir. aku akan cuba jadi dan buat yang terbaik untuk kebaikan diriku dan semua orang. aku akan kuatkan semangat dan perbanyakkan usaha serta doa bagi mengatasi setiap permasalahan yang kuhadapi. sekarang, aku dalam proses untuk mencari kenderaan atau rumah sewa bagi memudahkanku untuk pergi dan pulang dari kerja. walaupun untuk permulaannya aku pergi dan pulang dari sekolah dengan bantuan ahli keluargaku, namun bagi memudahkan lagi urusan kerjaku, aku bercadang untuk menyewa teksi atau mencari rumah sewa di yang berhampiran dengan sekolah tempat aku bertugas. smoga permasalahanku ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya, awal tahun hadapan.
Tuesday, May 31, 2011
luahan hati
di kala aku dalam kesusahan,aku terpaksa harunginya sendirian. mujurlah ada rakan2 yang sudi menghulurkan bantuan. syukurlah aku masih diberi kekuatan untuk menempuh segala ranjau dan dugaan. tika aku dilanda masalah, siapakah yang sering memberi dorongan dan sokongan. semestinya insan-insan yang selalu bersama denganku iaitu tak lain dan tak bukan, rakan, teman dan kawan. dikala aku dilanda sejuta kedukaan, siapakah yang selalu mendengar segala rintihan hatiku? jawapan yang paling tepat adalah teman / sahabatku. namun, aku tahu, sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah Swt. yg maha mengetahui. yang aku kesalkan adalah apabila aku hampir di puncak kejayaan, ketika dan masa inilah tetamu2 yg tak diundang pun datang untuk menghampiri. kenapa mereka tak pernah pun ambil tahu tentang diriku sewaktu aku sering ditimpa pelbagai masalah? di manakah mereka ketika itu? semestinya sibuk dengan urusan masing-masing. mereka seolah-olah tak pernah pun ambil tahu tentang kesusahan yang aku hadapi pada masa dahulu. kenapa sekarang ini baru semua orang tertentu itu muncul dalam hidupku? kenapa tidak datang semasa aku dalam kesusahan? dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami, bila susah, kena hadap sendirian, bila senang, ramailah yang nak ambil kesempatan. inikah erti sebuah dugaan yang tak tahu bilakah sampai ke penghujung.
Subscribe to:
Posts (Atom)