Friday, June 24, 2011

sikap suka mencari kelemahan orang.

pada kali ini aku ingin berkongsi tentang sikap segelintir manusia yang terlalu suka mencari kelemahan dan kekurangan orang lain. kemudian menceritakan pula kelemahan dan kekurangan orang tersebut kepada orang-orang lain yang tidak berkenaan. apakah motif utama perbuatan tersebut? adakah mereka berasa satu kepuasan setelah dapat mendedahkan keaiban orang lain. sedangkan mereka tahu akan akibat daripada aktiviti yang kurang sihat ini. daripada duk mengutuk mengata orang, lebih baiklah yang empunya diri itu bermuhasabah diri. lebih baik cari kelemahan diri sendiri dan cuba perbaiki. kalau boleh, semua orang nak hidup di atas dunia ini dalam keadaan sempurna seratus peratus tapi apakan daya kita sebagai manusia biasa yang diciptakan Tuhan dengan ada kekurangan dan kelemahan. ingatlah, hanya Allah sahajalah yang Maha Sempurna. tak perlulah kaorang terlalu berbangga dengan sedikit nikmat atau kelebihan yang dianugerahkan. pastu duk cari pula kelemahan dan kekurangan orang lain. janganlah merasakan diri kamu tu terlalu bagus. kalau Allah nak tarik balik nikmat, dalam sekelip mata saja segalanya boleh berubah. hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. bukan selamanya kita akan berada dalam zon selesa. hari ini kita duk mengutuk mengata orang, esok lusa atau lau tidak pun sepuluh tahun akan datang, orang lain pulak akan mengutuk mengata dan mencari kelemahan kita. ingatlah, setiap perbuatan ada balasan. lau tak kat dunia yang fana ni, akan dapat juga balasan yang setimpal di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment