setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Friday, June 24, 2011
sikap suka mencari kelemahan orang.
pada kali ini aku ingin berkongsi tentang sikap segelintir manusia yang terlalu suka mencari kelemahan dan kekurangan orang lain. kemudian menceritakan pula kelemahan dan kekurangan orang tersebut kepada orang-orang lain yang tidak berkenaan. apakah motif utama perbuatan tersebut? adakah mereka berasa satu kepuasan setelah dapat mendedahkan keaiban orang lain. sedangkan mereka tahu akan akibat daripada aktiviti yang kurang sihat ini. daripada duk mengutuk mengata orang, lebih baiklah yang empunya diri itu bermuhasabah diri. lebih baik cari kelemahan diri sendiri dan cuba perbaiki. kalau boleh, semua orang nak hidup di atas dunia ini dalam keadaan sempurna seratus peratus tapi apakan daya kita sebagai manusia biasa yang diciptakan Tuhan dengan ada kekurangan dan kelemahan. ingatlah, hanya Allah sahajalah yang Maha Sempurna. tak perlulah kaorang terlalu berbangga dengan sedikit nikmat atau kelebihan yang dianugerahkan. pastu duk cari pula kelemahan dan kekurangan orang lain. janganlah merasakan diri kamu tu terlalu bagus. kalau Allah nak tarik balik nikmat, dalam sekelip mata saja segalanya boleh berubah. hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. bukan selamanya kita akan berada dalam zon selesa. hari ini kita duk mengutuk mengata orang, esok lusa atau lau tidak pun sepuluh tahun akan datang, orang lain pulak akan mengutuk mengata dan mencari kelemahan kita. ingatlah, setiap perbuatan ada balasan. lau tak kat dunia yang fana ni, akan dapat juga balasan yang setimpal di akhirat nanti.
Tuesday, May 31, 2011
dugaan oh dugaan
dalam hidup ini, ada sesetengah perkara yang terlalu sukar untuk aku luahkan secara lisan. tapi perkara itu terlalu penting dan perlu difahami oleh orang lain. kadang kala, fikiranku buntu apabila memikirkan sama ada aku perlu beritahu atau diamkan dan simpan dalam hati sahaja. kalau diluahkan, bimbang akan menyebabkan hati orang terguris. namun kalau dipendam, hati dan badan sendiri yang menderita / merana. entahlah, aku buntu. adakah aku perlu redha saja dengan segala yang telah ditetapkan untuk diriku? di manakah hak dan kebebasan memilih yang telah diperuntukkan kepadaku? di manakah hak aku untuk berusaha sebelum menyerah pada takdir? oh Tuhan, bantulah hambamu yang lemah ini.
luahan rasa
di saat ini hatiku berasa teramat sedih. bukan aku tak redha dengan takdir Illahi tapi sedih kerana sikap orang2 tertentu yang seolah-olah hendak mengongkong dan menentukan masa depanku. aku tahu dan amat menghargai sgala jasa mrk yang telah banyak berkorban demi kejayaan diri ini. tak pernah terdetik pun di lubuk hati ini untuk melupakan segala jasa mereka terhadap diriku. aku amat menghargai dan menyanjung mereka semua. namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, aku amat berharap supaya mereka dapat memahami diri ini. berilah peluang kepadaku untuk memilih yang terbaik untuk kejayaan dan kebahagiaan diriku. sesungguhnya, perjalanan hidup ini terlalu berliku dan aku perlu hadapi semua itu. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. aku tahu, aku hanya mampu merancang, tetapi di tanganMU sahajalah penentu yang terbaik. sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)