Wednesday, October 26, 2011

aku baru bekerja

assalamualaikum dan salam sejahtera. baru 2 hari aku ke sekolah untuk mengajar. semalam, aku telah ambil inisiatif untuk belajar mobiliti di sekitar sekolahku. aku telah meminta bantuan salah seorang rakan baikku untuk menunjukkan aku jalan di dalam kawasan sekolah iaitu pergerakan  ke kantin,  bilik resos, pejabat, jalan ke tempat perhimpunan dsb. dari sehari ke sehari, aku akan berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat kerjaku sama ada persekitaran luaran mahupun dalaman. aku akan mempelajari dan memahami selok-belok yang berkaitan dengan bidang tugasku dan juga memahami sikap dan karenah rakan-rakan sejawat dan para pentadbir. aku akan cuba jadi dan buat yang terbaik untuk kebaikan diriku dan semua orang. aku akan kuatkan semangat dan perbanyakkan usaha serta doa bagi mengatasi setiap permasalahan yang kuhadapi. sekarang, aku dalam proses untuk mencari kenderaan atau rumah sewa bagi memudahkanku untuk pergi dan pulang dari kerja. walaupun untuk permulaannya aku pergi dan pulang dari sekolah dengan bantuan ahli keluargaku, namun bagi memudahkan lagi urusan kerjaku, aku bercadang untuk menyewa teksi atau mencari rumah sewa di yang berhampiran dengan sekolah tempat aku bertugas. smoga permasalahanku ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya, awal tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment