Tuesday, May 31, 2011

membantu atau menolong

sudah menjadi kebiasaan kalau kita melihat orang yang berada dalam kesusahan, kita akan berkata "aku perlu bantu dia". atau pun, "tolonglah dia" tapi apakah konsep yang sesuai untuk menjelaskan maksud bantu atau tolong ini. menolong atau membantu bukan hanya melalui bentuk fizikal semata-mata. sebenarnya, pertolongan yang berupa sokongan moral atau kata-kata perangsang juga boleh menjadi faktor penting untuk menolong seseorang. contohnya, orang buta. apakah bentuk pertolongan yang anda boleh berikan kepada orang buta? kami tidak mengharapkan anda menolong atau membantu dengan cara memberikan wang ringgit. namun, kami lebih memerlukan pertolongan dari aspek yang lain seperti menjadi pembaca secara sukarela, menjadi sahabat yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada golongan Oku penglihatan seperti kami. selain itu, tolonglah fahami kekurangan diri kami. berilah peluang untuk kami menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. selain itu, tolonglah fahami hati dan perasaan kami. walaupun dilahirkan sebagai seorang yang buta penglihatan, kami juga mempunyai perasaan seperti mana insan normal yang lain. kami juga mempunyai hak untuk hidup atas dunia ini seperti orang lain.

dugaan oh dugaan

dalam hidup ini, ada sesetengah perkara yang terlalu sukar untuk aku luahkan secara lisan. tapi perkara itu terlalu penting dan perlu difahami oleh orang lain. kadang kala, fikiranku buntu apabila memikirkan sama ada aku perlu beritahu atau diamkan dan simpan dalam hati sahaja. kalau diluahkan, bimbang akan menyebabkan hati orang terguris. namun kalau dipendam, hati dan badan sendiri yang menderita / merana. entahlah, aku buntu. adakah aku perlu redha saja dengan segala yang telah ditetapkan untuk diriku? di manakah hak dan kebebasan memilih yang telah diperuntukkan kepadaku? di manakah hak aku untuk berusaha sebelum menyerah pada takdir? oh Tuhan, bantulah hambamu yang lemah ini.

luahan rasa

di saat ini hatiku berasa teramat sedih. bukan aku tak redha dengan takdir Illahi tapi sedih kerana sikap orang2 tertentu yang seolah-olah hendak mengongkong dan menentukan masa depanku. aku tahu dan amat menghargai sgala jasa mrk yang telah banyak berkorban demi kejayaan diri ini. tak pernah terdetik pun di lubuk hati ini untuk melupakan segala jasa mereka terhadap diriku. aku amat menghargai dan menyanjung mereka semua. namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, aku amat berharap supaya mereka dapat memahami diri ini. berilah peluang kepadaku untuk memilih yang terbaik untuk kejayaan dan kebahagiaan diriku. sesungguhnya, perjalanan hidup ini terlalu berliku dan aku perlu hadapi semua itu. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. aku tahu, aku hanya mampu merancang, tetapi di tanganMU sahajalah penentu yang terbaik. sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu.

luahan rasa.

ada kalanya aku berasa amat sedih dan terkilan dengan orang atau manusia yang suka mencari dan mengutuk kelemahan dan kekurang orang lain. adakah manusia seperti ini terlalu sempurna dan hanya nampak kesalahan dan kelemahan orang semata-mata? sedangkan diri sendiri yang mengata dan mengutuk orang tu pun merupakan manusia biasa yang juga memiliki kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri.

perjalanan hidupku

salam semua. pada posting kali ini, aku ingin menceritakan perjalanan hidupku dari sejak lahir hingga kini. aku telah dilahirkan pada 18 februari 1984 di kuantan pahang. aku telah menerima pendidikan awalku di sekolah kebangsaan cenderawasih sehingga ke darjah 5. ketika darjah enam, aku bertukar ke sekolah kebangsaan sultan abdullah. untuk pendidikan sekolah menengah pula, aku telah menerima pendidikan di SMK tengku panglima perang tengku muhammad, kuantan pahang. iaitu hingga ke tingkatan enam. pada tahun 2006, aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Melayu (ijazah) selama 3 tahun.  kemudian, pada jun 2010, aku telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan (diploma pendidikan) iaitu berjaya mengikuti kursus perguruan lepas ijazah selama setahun. kini, aku telah pun tamat menjalani kursus tersebut dan sedang menunggu keputusan untuk ditempatkan di sekolah rendah. namun aku belum tahu lagi ke manakah aku akan ditempatkan. dalam masa terdekat ini, aku perlu melalui dua perkara penting iaitu temuduga spp dan kursus induksi. aku amat berharap agar dapat perform yg terbaik terhadap kedua-dua urusan penting tersebut.

Wednesday, May 25, 2011

tarikh2 penting yg perlu aku lalui

2 jun 2011 : interview SPP.
28 Jun 2011 : kursus Induksi slama 3 hari di IPIK

coretan rasa

andai aku tersilap, tegurlah aku,
andai aku tak tahu, tunjukilah aku, andai aku lemah, doronglah aku agar aku terus bersemangat utk  berusaha perbaiki diri demi menjulang sebuah kejayaan