salam semua. pada kali ini aku ingin menceritakan sedikit kisah yang agak sedih yang telah berlaku ke atas diriku. aku bukannya hendak memburukkan sesiapa tetapi sekadar ingin meluahkan perasaan dan menjelaskan kebenaran supaya dapat dijadikan iktibar kepada semua.
setelah setahun menjalani latihan sebagai guru pelatih di IPGIK, pada 2 jun yang lalu, iaitu setelah selesai interview SPP, maka aku telah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman atau ke pangkuan keluarga. namun aku menghadapi sedikit masalah apabila orang-orang yang aku hubungi untuk menjemputku di sana memberikan pelbagai alasan dan merungut untuk datang mengambilku dan barang-barang di maktab. bukan aku tidak boleh atau tidak tahu untuk pulang sendiri ke kampungku dengan menaiki bas namun disebabkan barang-barang yang terlalu banyak iaitu segala barang keperluan dan segala bahan2 pembelajaran, tidak mungkinlah untuk aku pulang dengan menaiki bas. bayangkanlah macam mana aku yang buta dan terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ini nak bawa bermacam-macam jenis barang yang berat seperti printer, brailler, beg laptop, tong yang mengandungi muatan buku dan berbagai-bagai lagi barangan lain menaiki bas. aku berasa amat terkilan dengan alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang boleh dikatakan kurang kesedaran sivik ni untuk menunaikan tanggungjawab mereka. seingat aku, bukannya selalu pun aku meminta bantuan daripada mereka, selagi termampu, dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, aku telah berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan hidup yang aku hadapi secara bersendirian ataupun dengan meminta pertolongan daripada kawan-kawan rapatku. kalau tidak kerana hendak membawa balik barang-barang yangbanyak tu, dah lama aku ambil keputusan untuk pulang sahaja dengan menaiki bas dari KL ke Kuantan.
namun aku bersyukur kerana Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui telah menggerakkan hati rsalah seorang rakan sekelasku dketika di maktab iaitu kak nor untuk membantuku. kak nor akan pulang ke terengganu dan dia telah singgah di kuantan untuk menghantar aku bersama barang-barang yang banyak tu. aku amat berterima kasih kepada rakan baikku kerana bermurah hati untuk menolongku. semoga segala urusan hidupnya sentiasa dipermudahkanNya. aku tidak sekali-kali ingin menceritakan keburukan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir manusia yang mempunyai pertalian darah namun taknak cuba untuk memahami diri ini. aku bukannya inginkan layanan yang istimewa tapi cukuplah sekadar diri ini difahami dan disayangi supaya aku dapat menjadi insan yang bermotivasi.
setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Thursday, June 16, 2011
Wednesday, June 8, 2011
berita untuk OKU
Beri peluang OKU tingkat kualiti hidup KUALA LUMPUR: Golongan yang terbabit dalam proses membuat keputusan di kalangan pendidik, pembimbing, keluarga dan masyarakat diseru untuk mendampingi orang kurang upaya (OKU) bagi membuka hati dan minda untuk menghayati keperluan mereka sekali gus memperjuangkan nasib golongan terbabit. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata golongan OKU perlu diberikan hak yang sama seperti individu lain terutamanya dalam aspek pendidikan bagi memberi peluang kepada mereka meningkatkan kualiti hidup ke tahap yang lebih baik. “Tidak kira apa juga jenis dan tahap ketidakupayaan yang dialami seseorang OKU itu, mereka seharusnya tidak dikecualikan daripada terus mendapat pendedahan atau bimbingan dalam pengajaran,” katanya ketika merasmikan Persidangan kali keempat ‘Program Bakti-Mind Conference’ di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Projek Bakti-Mind, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong. Rosmah berkata, OKU turut berpeluang mengurangkan kebergantungan hidup mereka terhadap keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan melalui pemberian aspek pendidikan yang secukupnya yang mana dapat membina keyakinan diri golongan berkenaan untuk mengharungi masa hadapan kelak. Menurutnya, tenaga pendidik perlu mempunyai pengetahuan asas dalam aspek pendidikan khas bagi membantu mempermudahkan tugas guru mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran. “Aspek pendidikan khas adalah antara perkara yang amat penting kerana tanpa pengetahuan secukupnya mengenai perkara berkenaan tugas sebagai pendidik dilihat seakan tidak sempurna dan bakal menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya. Kata beliau, cara mendidik golongan OKU atau kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran perlu dilakukan dengan alternatif yang lebih kreatif seperti penggunaan alat muzik ketika proses pembelajaran bagi menarik minat dan perhatian mereka dalam aspek berkenaan. |
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad
Friday, June 3, 2011
interview spp
salam semua. pada 2 Jun yang lalu aku telah selesai menghadiri temuduga SPP (suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) yang bertempat di maktab teknik cheras. alhamdulillah, aku merasa amat bersyukur kerana soalan yang diajukan oleh para penemuduga tidaklah terlalu sukar untuk dijawab. aku amat berharap agar lulus dan tak perlulah aku menduduki interview tersebut lagi pada masa akan datang. insya allah, keputusan atau jawapan sama ada lulus atau gagal interview tersebut akan diketahui dalam tempoh sebulan akan datang.
Tuesday, May 31, 2011
luahan hati
di kala aku dalam kesusahan,aku terpaksa harunginya sendirian. mujurlah ada rakan2 yang sudi menghulurkan bantuan. syukurlah aku masih diberi kekuatan untuk menempuh segala ranjau dan dugaan. tika aku dilanda masalah, siapakah yang sering memberi dorongan dan sokongan. semestinya insan-insan yang selalu bersama denganku iaitu tak lain dan tak bukan, rakan, teman dan kawan. dikala aku dilanda sejuta kedukaan, siapakah yang selalu mendengar segala rintihan hatiku? jawapan yang paling tepat adalah teman / sahabatku. namun, aku tahu, sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah Swt. yg maha mengetahui. yang aku kesalkan adalah apabila aku hampir di puncak kejayaan, ketika dan masa inilah tetamu2 yg tak diundang pun datang untuk menghampiri. kenapa mereka tak pernah pun ambil tahu tentang diriku sewaktu aku sering ditimpa pelbagai masalah? di manakah mereka ketika itu? semestinya sibuk dengan urusan masing-masing. mereka seolah-olah tak pernah pun ambil tahu tentang kesusahan yang aku hadapi pada masa dahulu. kenapa sekarang ini baru semua orang tertentu itu muncul dalam hidupku? kenapa tidak datang semasa aku dalam kesusahan? dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami, bila susah, kena hadap sendirian, bila senang, ramailah yang nak ambil kesempatan. inikah erti sebuah dugaan yang tak tahu bilakah sampai ke penghujung.
membantu atau menolong
sudah menjadi kebiasaan kalau kita melihat orang yang berada dalam kesusahan, kita akan berkata "aku perlu bantu dia". atau pun, "tolonglah dia" tapi apakah konsep yang sesuai untuk menjelaskan maksud bantu atau tolong ini. menolong atau membantu bukan hanya melalui bentuk fizikal semata-mata. sebenarnya, pertolongan yang berupa sokongan moral atau kata-kata perangsang juga boleh menjadi faktor penting untuk menolong seseorang. contohnya, orang buta. apakah bentuk pertolongan yang anda boleh berikan kepada orang buta? kami tidak mengharapkan anda menolong atau membantu dengan cara memberikan wang ringgit. namun, kami lebih memerlukan pertolongan dari aspek yang lain seperti menjadi pembaca secara sukarela, menjadi sahabat yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada golongan Oku penglihatan seperti kami. selain itu, tolonglah fahami kekurangan diri kami. berilah peluang untuk kami menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. selain itu, tolonglah fahami hati dan perasaan kami. walaupun dilahirkan sebagai seorang yang buta penglihatan, kami juga mempunyai perasaan seperti mana insan normal yang lain. kami juga mempunyai hak untuk hidup atas dunia ini seperti orang lain.
dugaan oh dugaan
dalam hidup ini, ada sesetengah perkara yang terlalu sukar untuk aku luahkan secara lisan. tapi perkara itu terlalu penting dan perlu difahami oleh orang lain. kadang kala, fikiranku buntu apabila memikirkan sama ada aku perlu beritahu atau diamkan dan simpan dalam hati sahaja. kalau diluahkan, bimbang akan menyebabkan hati orang terguris. namun kalau dipendam, hati dan badan sendiri yang menderita / merana. entahlah, aku buntu. adakah aku perlu redha saja dengan segala yang telah ditetapkan untuk diriku? di manakah hak dan kebebasan memilih yang telah diperuntukkan kepadaku? di manakah hak aku untuk berusaha sebelum menyerah pada takdir? oh Tuhan, bantulah hambamu yang lemah ini.
luahan rasa
di saat ini hatiku berasa teramat sedih. bukan aku tak redha dengan takdir Illahi tapi sedih kerana sikap orang2 tertentu yang seolah-olah hendak mengongkong dan menentukan masa depanku. aku tahu dan amat menghargai sgala jasa mrk yang telah banyak berkorban demi kejayaan diri ini. tak pernah terdetik pun di lubuk hati ini untuk melupakan segala jasa mereka terhadap diriku. aku amat menghargai dan menyanjung mereka semua. namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, aku amat berharap supaya mereka dapat memahami diri ini. berilah peluang kepadaku untuk memilih yang terbaik untuk kejayaan dan kebahagiaan diriku. sesungguhnya, perjalanan hidup ini terlalu berliku dan aku perlu hadapi semua itu. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. aku tahu, aku hanya mampu merancang, tetapi di tanganMU sahajalah penentu yang terbaik. sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)