Sunday, March 13, 2011

pengalaman berpraktikum

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan pembaca sekalian. sudah lama saya tidak update blog ini kerana saya agak sibuk dengan urusan praktikum. saya mula menjalani latihan praktikum di SKPK princess elizabeth bermula dari 17 Januari 2011 sebagai guru pelatih. alhamdulillah, sepanjang tempoh 8 minggu berpraktikum, ianya telah memberikan saya banyak pengalaman awal sebagai seorang bakal pendidik.saya amat bersyukur kerana segala urusan untuk menghadapi latihan praktikum yang dihadapi pada awalnya telah ddipermudahkan dan segala permasalahan yang melanda dapat diatasi. ini telah memberikan kekuatan kepada saya bahawa setiap ujian dan masalah yang timbul semuanya mempunyai jalan penyelesaiannya. apa yang perlu dilakukan adalah doa, usaha, ikhtiar dan akhir sekali tawakal dan berserah.  saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek bahasa inggeris, matematik dan juga pendidikan sivik dan kewarganegaraan. kini, minat saya untuk mengajar semakin bertambah dan saya berasa amat seronok walaupun kadangkala mengalami sedikit masalah apabila berhadapan dengan karenah murid-murid yang pelbagai. tapi itu semua adalah cabaran dan pengalaman yang perlu saya hargai. setiap hari persekolahan, saya dan seorang lagi rakan terpaksa bertolak awal pagi iaitu kira2 jam 6.30 pagi. ini kerana kami tinggal agak jauh dari sekolah dan terpaksa berhadapan dengan masalah jalan jam yang teruk setiap hari. keadaan akan menjadi lebih teruk apabila terdapat lampu jalan yang rosak.  

No comments:

Post a Comment