Saturday, April 16, 2011

catatan pengalaman 14 Ogos 2009.

pada tarikh keramat 14 ogos 2009 bersamaan hari jumaat, berkat usaha gigih yang diiringi doa yang tidak pernah putus kepada Allah swt, serta sokongan padu keluarga dan rakan-rakan, alhamdulillah, aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. sepanjang tiga tahun menuntut di universiti malaya, terlalu banyak pengalaman dan kenangan telah kulalui. ada yang manis dan ada yang pahit yang berlaku silih berganti.namun ianya tidak sekali-kali membuatkan ku berputus asa untuk meneruskan kehidupanku sebagai mahasiswa. aku tahu aku mempunyai banyak kelemahan dan aku sedar tentang kekurangan diri ini. namun, sebagai seorang manusia dan sebagai hamba Allah, aku perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri dan mengubah nasib diriku supaya menjadi lebih baik. pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan memberikan sokongan. aku amat menghargai segala jasa baik yang kalian curahkan sama ada dalam bentuk sokongan moral, bantuan secara fizikal, mahupun nasihat dan teguran. bagi diriku, semua itu amatlah bermakna dan terlalu bernilai. terima kasih semua. kolej kediaman zaaba (kolej kediaman ke-7), akademi pengajian melayu, perpustakaan Um, semuanya terpahat kukuh dalam ingatan. terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment