Thursday, August 25, 2011

menunggu keputusan peperiksaan KPLI

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang dikasihi. aku kini dalam mood menanti dan menunggu. keputusan peperiksaan KPLI yang belum lagi diposkan ke rumah. dua minggu yang lepas, aku telah pun menulis surat permohonan dan mengeposkannya ke IPGIK tetapi sehingga ke saat hari ni, aku masih lagi menunggu ketibaan pakcik posman yang menjadi pengantara antara aku dan pihak maktab. dalam tempoh ini, selagi aku belum dapat mengetahui keputusan peperiksaan akhirku, aku sering dilamun beraneka rasa: bimbang, sedih, marah, risau dsb. namun di sebalik dihantui pelbagai emosi itu, terselit juga setitis harapan iaitu, dapat keputusan yang baik,  biarlah kalau tidak dapat pangkat cemerlang pun, jika boleh dapat kepujian dan lulus dengan baik itu pun, aku berasa amatlah bersyukur. ini kerana, setahun berhadapan dengan cabaran sebagai peserta kursus KPLI pendidikan khas masalah penglihatan, pelbagai dugaan dan rintangan yang kurasakan amat berat terpaksa aku harungi. dengan menyedari kekurangan pada diri namun disedari kelebihan, semangat yang kuat dan pengorbanan serta pertolongan ikhlas daripada insan-insan yang berhati mulia, kuhargai dan kusyukuri seadanya walaupun apa keputusan / hasil yang bakal kuterima. hanya aku harap, agar aku tidak perlu repeat paper, itu sahaja. bilalah agaknya sekeping kertas (slip peperiksaan) itu akan sampai ke rumahku? aku masih menanti ketibaan pakcik posman.

No comments:

Post a Comment