setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap yang datang, pasti akan pergi. sesungguhnya, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Thursday, December 18, 2014
panduan pengguna perkhidmatan SaveMe 999 Blind
pada 6 disember 2014 yang lalu, saylah berpeluang menyertai bengkel panduan perkhidmatan SaveMe 999 Blind yang telah dianjurkan oleh Telekom Malaysia kepada Oku penglihatan. program ini telah diadakan di Pearl International Hotel yang telah disertai oleh Oku Penglihatan dari seluruh Malaysia. pada kali ini, saya akan menceritakan sedit pengenalan tentang perkhidmatan ini yang amat berguna kepada golongan cacat penglihatan.SaveMe 999 merupakan satu aplikasi penghantaran teks untuk menghubungi talian 999. aplikasi ini menggunakan fungsi GPS di dalam telefon pintar untuk mendapatkan lokasi sebenar pengguna. ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang boleh membantu dan memudahkan golongan cacat penglihatan untuk menghantar permohonan bantuan kecemasan menggunakan telefon pintar. antara ciri yang dilengkapi oleh software ini termasuklah pilihan warna bagi pengguna rabun,screen reader, rakaman suara dan "Where am I".
sumber rujukan: Telekom Malaysia Berhad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment