Thursday, September 22, 2011

sikap mementingkan diri sendiri

assalamualaikum dan salam sejahtera. pada kali ini, saya ingin meluahkan sedikit rasa tidak puas hati terhadap segelintir individu yang terlalu bersikap mementingkan diri. individu yang mempunyai sikap sedemikian sering bertindak hanya untuk memenuhi kehendak dan kemahuan diri mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan orang ramai di sekeliling mereka. kadang kala ahli keluarga sendiri pun ada juga yang mempunyai sikap terlalu mementingkan diri yang keterlaluan tanpa memikirkan perasaan ibubapa dan juga adik beradik yang lain. sebagai contoh, seorang kakak atau abang yang hanya memasak makanan untuk dirinya sahaja. apalah salahnya, jika individu itu memasak untuk sekeluarga untuk dinikmati bersama, alangkah lebih berkat jika sesuatu itu dinikmati beramai-ramai. jika sikap ini tidak diubah, ianya akan menimbulkan banyak kesan negatif di kemudian hari. hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas, dan pada masa yang lain pula, kita akan berada di bawah. jika hari ini kita senang, belum tentu lagi beberapa tahun akan datang, kita berada dalam zon selesa. ada kemungkinan, kita akan diuji dengan diberikan sedikit kesusahan, kesakitan, masalah kewangan dan sebagainya. jadi elakkanlah daripada mengamalkan sikap mementingkan diri itu kerana ada masa dan ketika tertentu, kita akan perlu meminta dan mendapatkan pertolongan daripada orang lain juga. jika kita susah untuk memberi, tak mustahil kita juga akan susah untuk menerima daripada orang lain. sesungguhnya, setiap perbuatan dan tindakan, akan ada balasannya jika tidak dari manusia, akan menerima balasan yang sewajarnya daripada Allah Swt di akhirat kelak. bersihkanlah hatimu daripada sifat2 mazmumah yang akan merosakkan segala amalan kebajikan yang telah dilakukan. marilah wahai pembaca blogku sekalian, jom kita muhasabah diri dan cuba untuk menjadi insan yang prihatin. 

No comments:

Post a Comment