Sunday, November 20, 2011

coretan malamku

assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1malaysia kepada semua pembaca setia blog ini. smoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia. tadi, saya telah keluar menemani sahabat saya ke kedai untuk membeli sedikit barang keperluan beliau. kemudian, kami singgah di kedai makan untuk menikmati sedikit hidangan. saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan dan dipertemukan dengan rakan-rakan yang baik dan memahami. saya amat menghargai rakan2 saya yang sanggup bersusah payah membantu saya ketika dalam kesusahan. menurut rakan saya, ramai orang di sekeliling yang memandang kami dengan pandangan yang pelik iaitu apabila melihat saya yang buta atau bermasalah penglihatan ni dibawa oleh rakan2 saya ke sana ke sini. dalam erti kata yang lebih mudah, masyarakat di sekitar tempat tinggal aku ni berasa amat pelik apabila melihat orang buta seperti aku ni. mereka melihat aku ni macam melihat makhluk asing je. kenapakah masyarakat di sini terlalu berfikiran sempit? salahkah orang buta macam aku ni keluar rumah untuk menikmati kehidupan macam orang lain? kenapa perlu tengok kami macam tengok makhluk asing je sedangkan aku yang buta ni mempunyai hak yang sama dgn mereka yang normal. cuma bezanya, aku ni tidak dapat melihat sedangkan mereka normal. kenapa masyarakat di sini terlalu pelik melihat orang buta? ini bukan lah pertama kali perkara seperti ini berlaku. sebelum2 ni pun sama juga. apabila aku keluar membeli belah di supermarket atau pasar raya, atau aku bersiar2 dan pergi makan di mana2 restoran atau gerai makan, setiap kali itulah ada sahaja mata yang memandang kami seolah2 kami ni pesalah.
wahai orang2 normal umumnya dan orang2 kuantan khususnya, marilah buka minda dan buka hati. janganlah berfikiran terlalu jumud dan sempit atau bersikap terlalu prijudis terhadap orang oku penglihatan seperti aku. aku bukannya nak meminta simpati, tetapi, tolonglah faham keperluan dan hak orang2 buta seperti aku. aku amat bersyukur kerana rakan2 baikku di sini, tak pernah berasa malu walaupun apabila mereka keluar dengan aku, orang2 sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang sinis. walaupun aku ni buta, namun aku telah berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan alhamdulillah, aku kini telah menjadi seorang guru dan bekerja dengan kerajaan. aku bukan nak bangga diri tapi aku cuma nak bagitahu supaya masyarakat sedar akan kemampuan orang2 kurang upaya penglihatan seperti aku ni. mereka tak perlulah memandang rendah dan bersikap prijudis apabila melihat orang2 buta. aku bukannya pesalah jenayah. aku juga manusia biasa macam orang lain yang perlu bersosial dan bermasyarakat. salahkah kalau aku keluar bersiar2 dengan rakan2ku yang prihatin? salahkah kalau aku keluar untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan keluar untuk menyelesaikan rutin harian urusan hidupku?
masyarakat di sini perlu diberi kesedaran terhadap kewujudan golongan minoriti seperti aku ni. bukan kami yang minta dilahirkan dalam keadaan buta begini. kalau di kuala lumpur, masyarakat di sana sudah biasa dengan orang buta. mereka lebih memahami tentang keperluan dan kewujudan orang2 buta. cara mereka berfikir pun lebih terbuka dan ada antara mereka yang sangat mesra dan biasa dengan orang buta.  

No comments:

Post a Comment