Wednesday, November 23, 2011

nenek suruh balik kampung

semalam aku telah dihubungi oleh bapa saudaraku yang telah pulang ke kampung nenekku untuk bercuti di sana. beliau telah bertanyakan kepadaku sama ada aku ingin pulang ke kampung atau tidak. pakcikku memberitahu aku yang nenek berharap agar aku pulang. sebentar tadi pula, jiran yang tinggal bersebelahan rumah nenekku pula telah menghubungiku dan memberitahu yang nenekku mengharapkan agar aku dapat pulang ke kampung. aku pun tidak faham kenapa dia beria-ia mengharapkan agar aku dapat berbuat demikian, sedangkan, aku baru sahaja pulang bersama keluargaku pada hari raya aidil adha baru-baru ini. terasa amat sukar untuk aku memahami dan menjaga hati orang tua-tua ni. aku bukannya tidak mahu memenuhi kehendak beliau, namun, aku telah mempunyai pengisian yang lain untuk memenuhi musim cuti persekolahan kali ini. terdapat beberapa orang kawanku telah meminta bantuan aku untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer dan menunjukkan cara menggunakan brailler dan kod braille. namun semuanya belum menetapkan tarikh secara muktamad bilakah mereka akan mula belajar dengan aku. hal ini telah membuatkan aku berasa serba salah untuk menetapkan keputusan sama ada memenuhi harapan nenek atau menolong rakan-rakanku. di samping itu, aku pun mempunyai rancangan aku yang tersendiri bagi mengisi masa cuti persekolahan ini. aku tidak dapat untuk memuaskan hati semua orang. apabila   membuat suatu keputusan , aku terpaksa memilih salah satu dan tidak mampu untuk menunaikan semua kehendak orang lain.  jika aku memilih untuk menemui nenek, tidak akan jadi masalah jika dia membenarkan aku pergi ke tempat-tempat lain dengan menaiki bas. aku boleh duduk di sana selama untuk beberapa hari dan kemudian aku pergi pula ke rumah rakan-rakan ku. tapi yang merumitkan keadaan sekarang ini adalah sebab nenek tidak membenarkan aku menaiki bas seorang diri ke mana-mana. sedangkan aku mempunyai banyak pengisian lain. dia terlalu risaukan tentang keselamatan diriku jika aku menaiki bas seorang diri. tapi bagi aku, jika sesuatu perkara malang itu hendak berlaku, dimana-mana sahaja ianya boleh berlaku, malah di dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat. contohnya, kejadian sumbang mahram. kebanyakannya berlaku hanya di dalam rumah sendiri sahaja dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri juga. begitu juga dengan kes kecurian. kita duduk di dalam rumah pun, pencuri boleh masuk ke rumah dan mencuri barang- barang di dalamnya. saya sering membaca tentang kejadian-kejadian ini di dalam akhbar. jadi, pada pandangan saya, di mana sahaja, kemalangan boleh berlaku. tapi itulah kan, susah untuk kitapuaskan hati semua orang. orang yang lebih senior dengan cara mereka berfikir. orang muda pula mempunyai cara dan pemikiran yang berbeza. semua itu hanyalah dugaan dunia yang sementara semata-mata. sabar je lah.

No comments:

Post a Comment