Tuesday, December 14, 2010

aktiviti semasa cuti semester

cuti semester kali ini aku bercadang untuk menziarahi rakanku Siti Atikah yang didapati menghidap penyakit barah usus. rakanku itu menetap di Pulau pinang. beliau telah hampir setahun  menderita menghadapi ujian tersebut namun setelah pelbagai usaha, ikhtiar, doa rakan dan keluarga serta tawakal kepada Allah, kini beliau didapati sudah hampir sembuh daripada penyakit itu. aku mengambil keputusan untuk pergi ke ipoh terlebih dahulu sebelum ke pulau pinang.di ipoh, aku tinggal di rumah kawanku dan juga merupakan seniorku di universiti malaya dahulu. pada 24 november bersamaan hari rabu, aku bertolak ke parit buntar dengan menaiki bas. kemudian setibanya di sana, salah seorang ahli keluarga rakanku itu telah mengambilku di stesen bas parit buntar. pada lebih kurang jam 5 petang, aku pun sampai di rumah rakanku itu. alhamdulillah, keadaannya sudah beransur pulih setelah hampir setahun menderita sakit barah usus tersebut. setelah beberapa hari berada di sana, aku bertolak ke ipoh semula dengan menaiki bas. pada 2 disember aku menaiki bas untuk pulang ke kuantan. aku terpaksa duduk selama hampir 10 jam di dalam bas. ini kerana bas itu telah melalui kl dan singgah di beberapa stesen di kuala lumpur untuk mengambil penumpang antaranya termasuklah stesen bas jalan duta, dan bukit jalil. sepanjang perjalanan, aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam karenah pemandu. pemandu bas itu bersikap tidak sabar dan sering mengeluarkan kata-kata kesat apabila berhadapan dengan keadaan jalan raya yang kebetulan jam teruk di kuala lumpur. selain itu, dia juga kerap kali menghisap rokok semasa memandu, langsung tidak menghiraukan perasaan penumpang yang terpaksa menghidu asap rokok yang menyesakkan dada dan hidung itu. sabar je la. pada kira-kira jam 7 petang, aku pun sampai di terminal makmur iaitu stesen bas kuantan. ayah dan ibu telah datang untuk menjemputku di situ. sesungguhnya, sesuatu pengalaman yang dilalui itu amatlah berharga dan dapat mematangkan pemikiran. sekian sahaja buat kali ini.

No comments:

Post a Comment