Saturday, December 25, 2010

coretan kenangan 2010

sedar tak sedar, kita akan memasuki tahun baru 2011 tidak lama lagi. begitu cepat masa berlalu namun apakah kita sudah memanfaatkan masa yang berlalu itu dengan sebaik2nya? antara kenangan dan pengalaman aku sepanjang tahun 2010 pada bulan januari 2010, aku telah menghadiri beberapa sesi temuduga. maklumlah pada masa itu aku sedang mencari kerja. melalui temuduga itu, aku dapat belajar banyak perkara dan pengalaman baru, contohnya, bagaimana untuk berkomunikasi  secara formal dan berkesan. ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain dan juga apabila berada di khalayak ramai. alhamdulillah, pada bulan februari 2010, aku telah terpilih untuk mengikuti kursus persijilan tahfiz OKU di darulquran, jakim, yang terletak di kuala kubu baru, selangor. kursus tersebut merupakan kursus selama 6 bulan untuk mendapatkan sijil tahfiz. para peserta kursus disyaratkan untuk menghafal sebanyak 6 juzuk Alquran  iaitu bermula dari juz 1 hingga 6 dalam tempoh tersebut. selain itu, mata pelajaran lain turut diajar, termasuklah bahasa Arab, Feqah, tauhid, tajwid, dan tarannum. para peserta juga akan dibiayai oleh pihak Jakim dari segi asrama dan elaun turut diberikan. kepada rakan2 oku masalah penglihatan yang berminat, terutamanya yang lepasan spm, dialu2kan untuk mengambil peluang ini. kemudian, pada bulan april 2010, aku terpilih untuk menghadiri satu lagi sesi interview iaitu temuduga Kursus perguruan lepas ijazah (KPLI). sesi interview kali ini amat mencabar dan menguji minda. namun alhamdulillah, aku telah cuba untuk buat yang terbaik sedaya upayakuu. beberapa minggu kemudiannya, keputusan temuduga diumumkan. alhamdulillah kali ini rezeki Allah sekali lagi menyebelahi diriku. aku telah terpilih untuk mengikuti kursus KPLI pula selama setahun. sekali lagi hati dan mentalku teruji apabila terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan kursus tahfiz dan juga kursus kpli. setelah berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk mengikuti kursus KPLI dan terpaksalah menarik diri dari kursus persijilan tahfiz yang sedang aku ikuti ketika itu. aku berasa sedih juga dengan keputusan yang aku buat namun, aku bersyukur kerana telah mendapat ilmu asas tentang teknik menghafal Quran dengan betul dan ianya amat berguna kepada diriku. pada 28 jun, aku telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus KPLI di institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas di jalan yaacob latif, cheras. sesungguhnya, kursus ini amatlah mencabar. persediaan untuk menjadi guru, bukanlah sesuatu yang mudah, fizikal, mental, emosi, rohani dan emosi perlu dilatih dan didik dengan baik sebelum kita mendidik anak bangsa pada masa akan datang. apa pun dugaan dan cabaran yang mendatang, aku akan tempuh demi satu niat suciku iaitu untuk membantu golongan senasibku agar menjadi insan yang berguna kepada negara dan   dipandang mulia dalam masyarakat.
  

No comments:

Post a Comment