Tuesday, June 21, 2011

aku bersyukur

alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi atas segala nikmat limpah kurnyaNya ke atas diriku.
sesungguhnya nikmat Allah itu terlalu banyak dan tak mampu untuk dihitung jumlahnya.
1. aku bersyukur kerana Allah telah menghidupkan aku di muka bumi ini. walaupun aku dilahirkan dalam keadaan tak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang, namun alhamdulillah kerana Allah telah memberikan peluang untuk mendiami dan mengenal dunia ini.
2. aku amat bersyukur kepadaNya, walaupun aku diuji denga tidak dapat melihat (buta), namun aku masih dikurniakan empat lagi pancaindera yang boleh berfungsi dengan baik.
3. aku amat bersyukur kerana telah mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi iaitu ijazah walaupun aku terpaksa berusaha dengan gigih dan perlu bersaing dengan mahasiswa normal yang lain.
4 aku juga rasa amat bersyukur kerana telah terpilih untuk mengikuti kursus perguruan lepas ijazah yang membolehkan aku untuk menjadi seorang guru kelak.
5. nikmat yang paling aku perlu dan wajib bersyukur adalah nikmat Islam dan Iman.  syukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam dan aku perlu sentiasa meningkatkan tahap keimanan kepadaNya. aku akan berusaha untuk menunaikan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya. ini adalah sebahagian nikmat Allah ke atas diriku. sesungguhnya, nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. seluas langit dan bumi dan segala isinya. aku harap agar diri ini sentiasa mensyukuri segala limpahkurnia dan rahmatNya ke atas diriku. sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment