Sunday, October 16, 2011

coretan malam dan luahan hatiku

pada ketika ini, hatiku dilanda rasa sedih dan sayu. terlalu sukar untuk aku yakinkan orang2 sekelilingku terhadap kemampuan diriku untuk berdikari. pada hakikatnya, mereka sudah tahu yang aku mampu dan selalu bergerak ke mana2 destinasi dengan menaiki bas sendirian. aku telah memberitahu mereka yang aku selalu pergi dan balik dari satu tempat ke satu tempat sorang2 diri dengan menaiki  bas.aku pernah bergerak dari kuantan ke KL, pahang ke ipoh, melaka ke pahang, kl ke pinang dan sebagainya. aku telah maklumkan kepada mereka dengan tujuan agar mereka memahami kebolehan diriku dan mereka berasa yakin terhadap kemampuan dan dapat memberi sedikit kebebasan kepada  diriku.
namun, sehingga ke masa ini, mereka sering tidak membenarkan aku untuk pergi balik sendirian dalam negeri aku sendiri sebagai contoh dari rompin ke kuantan padahal hanya mengambil masa 2 jam sahaja. dari sudut yang negatifnya, aku menganggap mereka telah mengongkong dan menyekat kebolehanku. kalau difikirkan secara positifnya, memanglah mereka tidak membenarkan aku berjalan2 secara seorang diri ke satu-satu destinasi kerana memikirkan tentang keselamatan, tambahan pula, aku adalah seorang perempuan.sepatutnya, aku perlu diberi peluang untuk bergerak sendiri kemana mana destinasi atas tujuan yang tertentu bagi menyelesaikan segala urusan. aku berasa amat buntu bagaimanakah caranya yang berkesan bagi membolehkan mereka membenarkan aku pergi ke mana2 sahaja dengan menaiki kenderaan awam. jika mereka sayangkan aku, sepatutnya mereka perlu memahami keperluanku sebagai seorang yang buta bukannya mengongkong dan menghalang serta menyekat kebebasanku. walaupun aku ni buta, aku perlu menyelesaikan segala urusan hidupku sama sahaja seperti mereka yang normal dari segi penglihatan. aku juga perlu pergi bekerja, keluar membeli-belah, membayar bil, menziarah rakan2 dan berbagai-bagai lagi urusan harian dan kehidupan. wahai ahli keluarga celik penglihatan, tolonglah jangan terlalu mengongkong kehidupanku. jika aku sering mengharapkan pertolongan, sama ada dari keluarga sendiri atau pun rakan-rakan, orang lain akan menganggap aku tidak mampu berdikari dan bergerak sendiri bagi menyelesaikan urusan hidup yang pelbagai. tetapi jika aku ingin berdikari seperti pergi ke mana2 sendirian, ahli keluargaku yang tidak memahami itu tidak membenarkan aku berbuat demikian. walaupun, pada hakikatnya, mereka telah tahu yang aku mampu lakukannya. mereka tetap tidak membenarkan dengan memberikan beberapa alasan.
kadangkala, aku terpaksa bertindak sendirian tanpa memaklumkan kepada mereka yang tidak memahami itu tentang sesuatu tindakan dan pergerakan diriku. tujuan aku bertindak demikian adalah kerana aku hendak belajar berdikari seperti bergerak sendirian ke satu-satu tempat dengan menaiki kenderaan awam. mereka perlu sedar, sejauh dan setinggi mana pun rasa sayang mereka terhadap diriku, sampai di suatu masa, mereka tetap akan tinggalkan aku iaitu apabila mereka telah ditakdirkan untuk menghadap Allah suatu hari nanti. oleh yang demikian, mereka tidak perlulah terlalu mengongkong diriku. aku perlu meneruskan hidup ini seperti mana insan lain. itu juga merupakan hak aku sebagai seorang manusia walaupun aku ni cacat penglihatan. aku juga tetap merupakan seorang anggota masyarakat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment