Tuesday, October 18, 2011

kisah semalam

pagi semalam, pada kira-kira jam 9.30, aku telah menerima satu panggilan dari jabatan pelajaran Pahang. aku telah diminta untuk menghadiri taklimat untuk guru KPLI ambilan jun 2010. taklimat akan diadakan pada 20 oktober 2011 bersamaan hari Khamis. ini bolehlah dikatakan berita gembira setelah hampir 5 bulan menunggu untuk ditempatkan sebagai guru.
namun, 2 jam kemudian, aku dihubungi semula oleh pegawai dari unit rendah JPN tersebut. beliau mengatakan saya dan beberapa orang lagi rakan, tidak perlu menghadiri taklimat seperti yang dinyatakan tadi disebabkan terdapat masalah yang berkaitan dengan SPP. aku akan dihubungi kemudian iaitu setelah mendapat kelulusan dari pihak atasan yang berkaitan. walau apa pun keputusannya, aku bersyukur kerana aku telah dapat mengetahui negeri mana aku akan ditempatkan. syukur Alhamdulillah. aku yakin, setiap masalah yang dihadapi akan ada jalan penyelesaiannya. namun kadangkala, kita perlu terima dengan redha apa sahaja keputusan yang telah ditentukan.
sebenarnya, jauh di sudut hatiku, aku amat mengharapkan agar aku ditempatkan di negeri lain, ini kerana, aku ingin hidup berdikari dan mencari pengalaman baru di tempat lain. kalau boleh, itu lah yang aku harapkan sebenarnya. tapi, keluargaku dan orang2 tertentu inginkan agar aku dapat ditempatkan di pahang. puaslah hati mereka kan. apa yang mereka hajatkan dah tercapai. aku akan bersabar untuk tempoh 3 tahun. setelah itu, aku akan berusaha untuk berkhidmat di tempat atau negeri lain pula. aku ingin mencari pengalaman baru dan belajar berdikari serta ingin menikmati kemudahan yang pelbagai yang disediakan untuk OKU cacat penglihatan. tapi tidak mengapalah, aku akan usahakan sesuatu yang baru dan terbaik untuk golongan cacat penglihatan di negeri aku sendiri. aku akan berusaha untuk memajukan diri aku dan orang yang senasib denganku di negeri aku sendiri selama aku ditempatkan di sini. semoga Allah akan permudahkan dan memberkati setiap usaha baik yang bermanfaat. aku hanya merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan. redha je lah. 

No comments:

Post a Comment